Featured
- Get link
- X
- Other Apps
Between Me and Hopeless
Dear Shoko's
Pertama sekali mari kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah kak Siti Sarah Raisuddin yang telah kembali ke rahmatullah. In sha Allah syurga buatnya. Amiin..
Hai! Pembaca sekalian. Apakah khabar kalian? Adakah baik-baik saja? *Sambil dengar lagu Ft Island- I Hope. Ngee, sebab lagu tu ada kaitan dengan tajuk kita hari nih. Kalau korang nak dengar sekali bolehlah klik butang play dekat bawah nih. Harapnya kalian baik-baik saja ya. Jaga kesihatan taw! Kalau korang dengar lagu tu, lagu tu menceritakan di mana si boyfriend mengharap kekasihnya masih kembali kepadanya. Dia menegaskan kepada dirinya yang kekasihnya akan balik jugak tak kira apa jadi pun sebab apa pun yang dia lakukan sama ada berjumpa perempuan lain dia tetap nakkan si kekasihnya itu jugak. Nahhh ini ni, apabila lama kelamaan akan timbulnya Hopeless.
Ketika Miss Rona memunculkan diri, di saat itulah kehidupan aku mulai berubah. Yang dahulunya melupakan Sang Pencipta kini ingin mendekatkan diri kepadaNya. Yang pada dahulunya kehidupan yang bebas ingin melakukan apa-apa, yang mendapat wang setiap bulan hasil titik peluh menjual kasut "JELLY", yang tidak membuat simpanan kini berubah.Aku sempat terkesima dengan kehidupan baru yang aku jalani tetapi membahagiakan.Aisehh.. Korang nampak tak? Seiring berjalannya waktu, aku dah mula belajar menulis ayat-ayat kata pujangga.
Okay, mari kita kembali kepada tema kita yang sesungguhnya daripada tadi tak masuk-masuk lagi ceritanya. HAHA. Maafkan aku guys. Dah lama tak melepak sini aku jadi terlebih excited. Seperti yang ada pada tajuk, tema kita hari ini adalah Between Me & Hopeless. Ya Allah! Dah lama tak menaip baru aku tau yang dah boleh tukar-tukar kaler. OMG! hehe. Mari kita sambung... Apakah itu "Hopeless"? Kalau kita terjemahkan dia kepada Bahasa adalah Tiada Harapan. Ek eleh! Kalau itu semua orang pun tau! Hehe okay okay. Bawak bersabar. Adakah teman-teman yang sedang singgah di belog aku ni tengah merasakan itu sekarang? Chill! Aku jugak pernah merasakan hal yang sama. Jadi, mari kita berkongsi rasa yang sama dan bangkit kembali yah!
Perasaan tiada harapan adalah bukan satu perasaan yang kita boleh buat main-main ya teman-teman. Kepada kalian di luar sana, jika kalian pernah menghadapi kawan kalian yang begini tolong bantu dia okay. Jangan biarkan dia bersendirian melawan perasaan itu. Kita boleh lihat berapa orang yang telah tewas. Kita tidak tahu apa yang di alami mereka tetapi sekurang-kurangnya, talk to them. Dan buat yang sedang melalui ini, you got me bestie. In sha Allah.
Hopeless, by definition adalah sesuatu yang kita percaya atau harapkan tidak berlaku sesuai anggapan kita.Tiada harapan juga adalah ketika kita merasakan tidak ada lagi perkara atau pun jalan di dunia ini yang boleh menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi. Si H akan menyebabkan seseorang merasa hilang minat dalam benda yang penting dalam dirinya, aktiviti-aktiviti, events, ataupun orang sekelilingnya. Dia akan merasa sangat sedih, merasa dia adalah orang paling teruk yang wujud di muka bumi ini. Rasanya tu sakit sangat. Hmm.. Dan yang paling parahnya lagi ketika seseorang itu berfikiran untuk mengakhiri hidupnya. Selain itu, dia akan kehilangan inspirasi, perasaan dia berdaya pun mulai muncul dan dia akan mula mengasingkan diri daripada orang lain. Menurut para pengkaji, si H ini ada kaitannya dengan masalah mental dan menyebabkan seseorang emotional. Maka dengan itu, aku ingin kongsikan cara-cara yang korang boleh buat untuk mengatasi hal ini. Tetapi sekiranya, semakin teruk, korang boleh berjumpa doktor ya sebab aku bukanlah pakar.
Aku ada beberapa tips untuk menghadapi si "Hopeless" ini. Syukur alhamdulillah ketika si H menyerang diri ini, aku tidak terlalu lama melayannya dan pada akhirnya aku boleh bangkit kembali dan mencari kebahagiaan semula. Jangan risau, setiap apa yang terjadi pasti akan ada jalannnya.
Tips pertama: Talk to Allah
Ini adalah yang paling special buat kita. Memang tak ada tandingannya, iaitu ambillah tikar sejadah kita dan berdoalah. Sesungguhnya Allah maha pemurah, maha penyanyang dan maha mendengar. Allah itu, mendengar semuanya yang kita katakan. Allah tu dekat sangat dengan kita. Dan ingat, Allah itu bagi kita ujian supaya kita lebih mendekatkan diri lagi kepadanya. Allah mahu kita bergantung hanya kepadaNya. Berbicaralah kepada Allah.
Tips kedua: Selesaikan masalah
Spend some time untuk fikirkan jalan penyelesaian. Kemukakan idea-idea yang ada. Mahupun itu idea yang terbaik ataupun so-so bagi anda. Just do it! Percayalah dia dalam list yang anda buat pasti akan ada satu jalan penyelesaian bagi masalah anda dan tepat. Misalnya, anda sedang dalam keadaan putus cinta ni, mesti sedihkan. Janganlah sorang-sorang dalam bilik pastu dengar lagu Dadali pulak tu. No. No. Jangan tiru tabiat tu. Pegilah luangkan masa dengan family or your friends. Sekurang-kurangnya korang boleh rasakan yang bukan dia sahaja yang korang ada. Masih ramai lagi yang sayang dekat korang.
Tips ketiga: Do what you like
Ni yang paling best. Cuba buat apa yang korang suka. Like do some of digital illustration atau pun melukis di canvas. Lagipun sekarang ada yang mudah, korang boleh beli dia 1 set siap ada colour dia dan canvas dia ada no dan suggestion untuk korang colourkan in case korang nak mewarna. Tu bagus untuk korang releasekan your mind.
Bawah nih, aku share beberapa hasil lukisan orang yang baru nak berjinak hehe.
Tips keempat: Restart your life again
Untuk tips yang last nih, korang boleh ambil diary ataupun kertas ataupun catat di fon korang. Buat planning korang. Apa yang lepas jangan di ingat lagi. Semua sudah berlalu. Apa yang berlalu biarkan ianya berlalu. Bangun dan kejar mimpi korang! Kalau dia penyebab korang down. Lupakan dia. Masih ada yang lain. Oppa Song Joong Ki masih ada. Hehe. Aku ada tips untuk part yang ni. Cuba buat planning korang sambil dengar lagu-lagu yang boleh boost kan korang punya semangat. Mesti akan ada banyak idea yang akan keluar.
Okay korang! Sampai di sini dahulu untuk entry kali nih. Jumpa di entry akan datang okay. In sha Allah, akan banyak lagi cerita-cerita best yang akan di kongsikan. See you on my next entry. Hehe
Much love,
NADIA
- Get link
- X
- Other Apps
Popular Posts
REVIEW NOVEL : HERO UNTUK JIYAN OLEH YUMI HYRA
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment