REVIEW NOVEL : HERO UNTUK JIYAN OLEH YUMI HYRA
Dear Shoko,
Nama aku Nadia dan setelah sekian lama akhirnya mengambil keputusan untuk mula menulis lagi seperti dahulu kala. Since, ini adalah entry comeback gitu, aku putuskan untuk buat review novel Hero untuk Jiyan.
Okay, mari kita teruskan dengan beberapa details di bawah terlebih dahulu ya.
Tajuk: Hero untuk Jiyan
Harga: Sem.Malaysia - RM35.00 , Sabah / Sarawak - RM38.00
Penulis: Yumi Hyra
Genre: Teen love crush
Penerbit: Manes Wordworks
Novel ini menceritakan tentang seorang budak perempuan yang nak ambil SPM tetapi ada beberapa subjek yang dia macam tak boleh go macam tu lah. Kemudian, abah dia ni cari kan tutor tambahan dekat rumah untuk dia.
Tup tup tak sangka pula abah dia ni jadikan mamat stone yang dia jumpa dekat kafe fav dia tu. Betul-betul lah dah kalau namanya benda nak jadi tu kan haha. Pertemuan pertama mereka dekat kafe tu pula memang tersangatlah tak patut pun terjumpa sebenarnya hehe. Adalah benda yang buat Jiyan ni sakit hati.
Lepas tu mestilah akan jadi semakin rapatkan sampai menyimpan perasaan dan jeng jeng. Tu je lah aku nak share pasal jalan cerita novel ni. Nak cerita lebih tak boleh sebab aku tak nak jadi spoiler pula. Jadinya, korang kena beli dan baca okay.
Bagi aku budak Han ni lelaki green flag walaupun masa tu dia masih budak mentah tapi fikiran dia memang jauh ke depan.
Kalau korang suka vibe cinta-cintun time sekolah ni ataupun nak vibe yang sama macam Cdrama: Hidden love atau cerita yang plot ringan memang sangat di alu-alukan untuk baca ya.
Perkembangan untuk cerita ni aku suka sebab Jiyan ni even dia patah hati, tapi masa depan dia tetap nombor 1 tau. Ingat, kita sebagai perempuan ni janganlah lemah hanya di kerana seorang lelaki.
Baik, itu saja review aku untuk kali ni. Kita jumpa di next entry ya. Kalau korang dah baca novel ni jangan lupa tinggalkan pendapat korang dekat ruang komen okay?
Xoxo,
Nadia
Comments
Post a Comment