Featured
- Get link
- X
- Other Apps
Skincare Routine 2020
Dear Shoko's,
Di post kali ini aku nak share lagi pasal skincare routine haha. Yah! I know, kebanyakannya yang singgah di belogg aku nih adalah untuk tau pasal penjagaan kulit muka. Di sebabkan hal itu, hari ni aku nak share pasal skincare lagilah. Huhu.. Jangan marah haa.. Kalau korang yang pembaca setia ataupun yang terbuka sebab cik Google syorkan link blog aku nih, korang mesti tau yang aku anti local-product since muka aku teruk selepas pakai krim timbang kilo yah.
So, bagi aku pada masa itu aku memang pantang segala jenis produk kulit muka yang di produce oleh orang-orang Malaysia nih. Aku memang loyal customers Kiehls. Ramai jugak aku hasut orang-orang di sekeliling aku untuk try Kiehl's. Seiring berjalannya waktu, aku rasa yang produk tu dah tak immune di muka aku. Haha Aku dah try banyak jenis brand macam The Body Shop, Hada Labo, Simple dan banyak lagi. Cleanser je aku memang stick with Kiehl's. Masa awal-awal PKP hari tu, aku bertukar ke Laneige. Buat pertama kali aku tukar pencuci muka aku ya haha. Impressive!
Jenis aku ni, aku suka untuk mix mix kan setiap brand. Contoh, pencuci muka jenama nih, serum jenama ni, moisturiser jenama ni, sunscreen jenama ni. Haa macam tu lah. Kalau korang yang sepesen dengan aku, korang kena amik tau ingredients produk tu betul-betul untuk mengelakkan perkara yang kita tidak inginkan seperti breakout. Tapi kalau brand tu memang bagus, aku akan ambil satu set rangkaian brand tu lah kan. Tak perlu untuk buang-buang masa nak masuk kedai tu, masuk kedai ni bukan?
Tapikan, semenjak negara kita di landa COVID-19, aku tersedar yang kenapa kita sendiri tak support negara kita dengan cara beli produk-produk keluaran negara kita sendiri. Ting!! Kebetulan, moisturiser aku habis, aku cari-cari dan buat kajian (cehh.. kajian) produk apa yang best dan apa yang paling penting bukan produk timbang kilo yah! Sebab pantang tetap pantang. Macam mana kita nak tau tu produk timbang kilo? Caranya adalah kalau dekat IG tu korang nampak iklan lepas tu selfie muka putih nak mampus dan kalau korang tengok kulit muka dorang macam telur rebus dan ada blushing-blushing bila kena panas matahari. PLEASE! Jauhi. Aku tak mau kulit macam tu ye.
Tadaaaaaa
Loveliee |
Muka aku time nih agak kusam ye |
Dah nampak perubahan walaupun ada seketul jerawat haha |
Nampak Korea sikit kulit tu haha |
- Get link
- X
- Other Apps
Popular Posts
REVIEW NOVEL : HERO UNTUK JIYAN OLEH YUMI HYRA
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment