Dear Shoko's,
Untuk hari ini aku akan kongsikan cara-cara untuk menyahkan encik jerawat yang seringkali mencacatkan penampilan kita. Itu adalah pendapat daripada sesetengah pihak tapi untuk aku ianya normal lebih-lebih lagi dalam tempoh menstruasi. Bukan itu sahaja, jerawat jugak bagus ya sebab dia adalah
hint untuk kita mengetahui apa yang terjadi dalam tubuh kita. Aku tak nak cerita panjang lebar penyebab jerawat tapi aku nak share cara yang baik untuk kita halau dia ni. Shuuu shuuuu. Dah namanya dengan cara baikkan so, tips aku bukan dalam semalaman aje jerawat dah kecut ya. No no. Tips aku ni memerlukan tahap kesabaran ya anak-anak dan rileks. Benda boleh bincangkan. Okay tanpa membuang masa, jom kita ke tips-tips tersebut:
1)
Jangan sesekali picit jerawat. -Ya aku tahu mesti korang geram je tengok jerawat tu kan tapi JANGAN picit atau nak pecahkan! Sebab apa aku larang sangat ni? Bila kita picit jerawat tu akan pecah dan segala bakteria akan berlumba-lumba menapak ke tempat yang baru. Bayangkan, dah lah picit lepas tu dengan tangan kotor dan selepas picit tu tak cuci muka balik. OMG macam manalah jerawat tu hidup dengn meriah di muka kita?
So please, jangan sentuh En J okay?
2)
Jangan lupa cuci muka. -Apa yang aku maksudkan sini jangan cuci menggunakan air macam tu je. Tapi cuci menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan keadaan kulit kita. Bila breakout tu janganlah pulak pakai pencuci muka yang ada biji-biji tu.
Not good ya sahabat-sahabat sekalian. Aku sarankan pakai pencuci muka yang tak mengeringkan muka kita.
You know what i'm saying guys. Kalau rasa masa cuci muka tu, muka jadi tegang semacam haaaaa adalah dengan baiknya tinggalkan dia. Lagi satu tips aku, sebelum cuci muka tu apa salahnya pakai
makeup remover sebelum cuci muka supaya segala kotoran hilang dan tak menyebabkan pori-pori kita tersumbat. Itulah salah satu punca jerawat menapak ya.
3)
Elakkan memakai foundation. -Bagi aku bila muka aku tumbuh En J ni aku langsung tak nak bagi dia sesak. Faham tak maksud aku sesak?Dia rasa muka kita So, biasanya bila ada En. J ni aku just pakai skincare routine macam biasa dan
go. Tapi kalau ada
event ataupun kerja yang memerlukan untuk kita
touch up boleh sahaja asalkan tidak terlalu tebal dan menyiksa En J yang boleh menyebabkan dia meradang ya guys. Dan jangan lupa untuk bersihkan ya jangan bawak tidur!
4)
Jangan scrub muka. -Ini sangat-sangat dilarang ya lebih lagi yang ada biji-biji tu. Kalau degil jugak nak pakai tengoklah nanti En J tu akan meletus dan berdarah ya. No! Kesian muka kita wehhh. So, jangan sesekali scrub ya kalau nak hilangkan daki-daki ataupun kulit mati tu ada je produk yang tak ada biji-biji tu. Kita kena pandai cari laa ya.
5)
Tukar sarung bantal dan jaga pemakanan. -Jangan malas ya untuk tukar sarung bantal. Jangan jadi macam aku pemalas, bila dah ada En J baru nak tukar. Eyuuuu janji lepas ni seminggu sekali ganti. Sebab bukan apa, kadang daripada situ jugak jerawat ni membiak ye lah sebab kotorkan dengan
bebengnya lagi hahaha tak ka haru guys. Aha! Jaga jugak pola pemakanan kita jangan asyik makan makanan yang berminyak. Dan minum banyak air ya guys.
Baiklah setakat ini itu sahaja tips yang dapat aku kongsikan untuk kawan-kawan alam maya sekalian.
See you guys on my next entry! Oh ya, sebelum terlupa jemput singgah ke Youtube Channel aku ya guys. Ni linknya-->
Nadia Mat |
Hai semuanya! Ya inilah aku yang sekarang haha sudah besar bukan? Nanti aku update kisah hidup aku okay?JANJI!
|
Much love,
Nadia
semua boleh buat, kecuali jaga pemakanan tu hmm ��
ReplyDeletekan yang berminyak-minyak hahaha dan jangan stress-stress tu punca jugak tu haha
Delete