Dear Shoko's,
Wahai my lovely reader sekalian, wakeup please! Kenapa aku nak korang semua bangun,bangkit? Please, jangan jadi mangsa permainan kaum adam. Aku tak cakap yang kesemuanya perangai macam harem. Contoh terbaik adalah abah kita. Dia tak pernah langsung nak menyakitkan hati kita. Alaa setakat marah sikit-sikit, tak bagi apa yang kita nak tu biasalah. Itu tandanya dia sayang kita, dia dah tau benda tu bukan yang terbaik untuk kita.
Zaman sekarang ni bila kita tanya, “Eh, kau ada boyfriend tak?” kalau jawapan dia “Tak adalah. Tak ada maknanya aku nak ada boyfriend.” Itu semua tipu. Yang sebenarnya dia ada kekasih hati. Aku tau sebab aku pun macam tu jugak. So, jangan nak tipu akak kay? Hahaha.
Apa yang membimbangkan adalah, kasih sayang yang awak berikan itu terlalu tulus dan suci sehingga sanggup memberikan apa sahaja untuk lelaki tu. Dekat sini, aku tak nak bincang pasal keterlanjuran tu. Pasal benda tu masing-masing boleh fikir baik buruknya. Ingat ye adik-adik, kita ni bukannya macam cerita dalam novel yang senang-senang kahwinkan anak dia bila dah tahu macam tu.
Aku ada terbaca satu post dekat moment Wechat, cerita dia macam ni, aku just copy and paste, tapi tak kesemuanyalah.
Bukan semua lelaki berperwatakan sebenar dengan siapa diorang dalam chat korang. Tak faham? Okay. Macam ni, dia chat kau ‘aku setia dengan kau, tak pandang perempuan lain’. TIPU! Jujur aku cakap tu semua tipu! Lelaki! Diorang ada nafsu babe. Tak kiralah dia jaga pandangan dia sekalipun, dia tetap akan menoleh dekat perempuan lain. Mungkin lebih cantik daripada kita. Dekat sini, apa yang aku akan buat, akan yakinkan diri aku yang aku lebih cute daripada perempuan-perempuan tu semua. Tak kiralah apa pun percayalah sayang, kita semua ada keistimewaan kita masing-masing. So, please jangan percayakan mereka 100%, pastikan ada benteng pertahanan yang kuat! Jangan asyik percaya cakap dorang nih!
Seterusnya, girl sekarang terlalu bagi perasaan 100 peratus dekat lelaki. Contohnya, update pasal dia hari-hari tapi dia tak pernah nak heboh-heboh pasal kau pun. Yes, dia memang akan komen -auw sweetnya you sayang- Tapi korang tak tahu apa dalam hati dia. Mungin “alahai pompuan nih”. So, kawan-kawan, sadokan hati anda! Jangan nak sayang sangat!
Point ketiga, pasal password. Yes, anda tahu password boyfriend anda dan begitulah sebaliknya. Ini part yang paling hmmm. Biasalah kita ni kan orang perempuan, perasaan cemburu tu perkara biasa. Tapi bila dah sampai tahap kau bukak ig dia then kau unfollow semua ig-ig girl lain. Seriously, dia akan marah gila. Time tu, kau pun merayu-rayu dekat whatsapp mintak maaf dan janji tak nak buat lagi. Yes, dia akan maafkan kau tapi dalam hati dia, “ek eh betina nih, bila kau nak blah hah!” That sad kan! So, nasihat aku, janganlah kita amke tahu password si dia tu. Lantaklah dia nak buat apa pun.
Hah tu lah antara yang aku baca dan faham isi kandungan moment tuh. So, maknanya dekat sini, dia tak nak kita terlalu sayang sehingga menjadi buta dan bongok! Seriously, bila aku fikir-fikir balik kesemua point dia tu memang betul. Aku nak cakap lebih, nasihat lebih memang tak bolehlah. Aku bukannya bahagia sangat pun. Si dia yang aku ceritakan bukannya sempurna sangat pun. Selalu menyakitkan hati. Dan ada sahaja perempuan lain yang hmm aku nak cakap lebih pun susah. Berbalas komen dan jumpa. Aku tak kisah semua tu, dia nak buat apa pun buatlah. Nak enjoy gila-gila pun enjoy lah. Betul, aku memang sayang dia tapi pilihan terletak dekat dia.
Prinsip aku kalau dah jodoh tak kan ke mana. Dan kalau experience ni boleh buat aku more mature, aku akan hadapi tak kiralah.*uhuk kan tu pegangan aku sekarang. Sakit hati, kecewa apa semua tu kita kena kuat hadapi okay! Yang penting jual mahal sikit. Kita bukannya tak cute kan. Haha siapa tahu aku kahwin ngan Chanyeol nanti. Hahaha. Okay, jangan lupa doa. Ingat Allah tu ada. Kalau dia pergi maknanya dia bukan yang terbaik untuk kita.
Tata, sekadar pandangan dan nasihat untuk diri sendiri jugak...
pstt jangan lupa baca my enovel hehe. ->
Marriage Not Dating
Comments
Post a Comment