Skip to main content

Featured

REVIEW NOVEL : HERO UNTUK JIYAN OLEH YUMI HYRA

 Dear Shoko,     Nama aku Nadia dan setelah sekian lama akhirnya mengambil keputusan untuk mula menulis lagi seperti dahulu kala. Since, ini adalah entry comeback gitu, aku putuskan untuk buat review novel Hero untuk Jiyan.     Okay, mari kita teruskan dengan beberapa details di bawah terlebih dahulu ya. Tajuk: Hero untuk Jiyan Harga: Sem.Malaysia - RM35.00 , Sabah / Sarawak - RM38.00 Penulis: Yumi Hyra Genre: Teen love crush Penerbit: Manes Wordworks     Novel ini menceritakan tentang seorang budak perempuan yang nak ambil SPM tetapi ada beberapa subjek yang dia macam tak boleh go macam tu lah. Kemudian, abah dia ni cari kan tutor tambahan dekat rumah untuk dia.     Tup tup tak sangka pula abah dia ni jadikan mamat stone yang dia jumpa dekat kafe fav dia tu. Betul-betul lah dah kalau namanya benda nak jadi tu kan haha. Pertemuan pertama mereka dekat kafe tu pula memang tersangatlah tak patut pun terjumpa sebenarnya hehe. Adalah benda yang buat Jiyan ni sakit hati.     Lepas tu mestila

Marriage Not Dating Bab 2






      “Hei! Bongkar la copek!” Suara Chuki bergema di bilik Hasya. Namun tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan Hasya Dhia hendak bangun. “Ya Allah laptop tak switch off apa nak jadik nih Hasya. Nengok The Heirs lagi tu. Sampai tertidur ye nengok Kim Tan tu. Macamlah handsome sangat! Handsome lagi abang ekau nih ha!” Ujar Chuki lalu meletakkan tanggannya ke dagu menggosok-gosok janggutnya yang putut itu.
“Ya lah bah. Mau bangun sudah ni. Bikin gerigitan betul bah abang ni!” Bentak Hasya kemudian menolak ke tepi selimut tidurnya.
Poloser amek ekau ni jang. Ntah subuh ka tidak ekau nih hah.”
“Amboi cakap baik sikit key. Orang tak tidur pun selepas solat subuh tadi. Ni pun baru terlelap sekejap mata nih. Tapi tiba-tiba pulak ada makhluk buas muncul dalam bilik Hasya ni.”
“Oh! Tak tidur ye? Habis kalau tak tidur tu, pergilah turun ke bawah. Nak jugak abang dia yang kacak lagi bergaya nih susah-susah naik ke tingkat atas untuk menjemput puteri beradu nih turun ke bawah.Dah,cepat bersiap kita nak balik Kuala Pilah nih. Baba ngan mama yang ajak sebab dah lama tak balik ke sana.”
What?! Are you serious? Kalau macam tu silakan keluar Encik Mohd Shukri sebab beta nak mandi!” Usir Hasya lalu menolak badan abangnya keluar dari biliknya dan mengunci pintu kamar agar abangnya yang nakal itu tidak mengusiknya lagi.
Dari luar bilik Chuki berkata dengan nada yang sangat kuat. “Hoi anak dara tolong cepat sikit bersiap tu! Kalau tertinggal jangan nak salahkan kitaorang pulak eh!” Sebentar kemudian tergelak dia mendengar bebelan adiknya dalam bahasa alien itu. 
“Chuki apa hal tu! Janganlah usik adik tu. Kamu pun sama pergi mandi cepat!” Jerkah mama mereka yang membuat Chuki terkejut yang amat. Nasib baiklah aku tak ada sakit jantung. Kalau tak , dah jadi arwah agaknya aku hari ni. “Baik ma.” Jawab Chuki kembali lalu beredar ke kamar tidurnya.

                  ***
“Hasya dah siap?” Tanya Puan Atitah ketika dia melihat Hasya yang melangkah menuruni anak tangga. Hari itu Hasya memakai dress polos kemudian dipadankan dengan cardigan kimono yang bermotifkan abstrak kelihatan sangat manis sekali. Wideshawl berwarna dusty pink  yang di lilit menambahkan lagi keayuan Hasya Dhia.
“Macam ni kan aegyo. Janganlah asyik tunjuk muka monyok setiap masa. Mama naik rimas tengok muka pesen tu. Lelaki macam tu baik buang jauh-jauh aje dari hidup Hasya. Mama pun tak berkenan kalau dia nak jadi menantu mama.”
“Apa dia mama? Lelaki macam tu? Siapa yang mama maksudkan ni?” Bidas  Hasya sebelum mamanya menyambung ayat yang seterusnya.
“Eh buat tak tahu pulak. Hah baby boy mama pun dah siap? Kalau macam tu eloklah kita berangkat sekarang. Tengok baba kamu tu, dah macam tugu negara berdiri dekat luar menunggu kamu berdua ni siap. Tak sabar-sabar dah lagaknya tu. Pak Salleh ngan kak Muna korang pun dah siap sedia tu hah. Meh cepat.” Kata mama lalu keluar. Sengaja beliau tidak menjawab pertanyaan anak daranya itu. Nanti bertambah sedih pulak.
“Abang! Siap abang Hasya kerjakan.” Geramnya Hasya dengan abangnya yang satu itu. Lantas dia mencubit pinggang abangnya sepuas hati. Mama tak akan tahu kalau abangnya itu tidak memberitahu perihal Emel. Maka, terkedek-kedeklah Chuki berlari menyelamatkan diri. Geli hati Encik Ariffin, Puan Atitah, Pak salleh dan bibik Muna melihat gelagat dua beradik itu. Tanpa mereka, suramlah rumah baba dan mama mereka.
                    ***

“Abangku yang tersayang, ada lagu lain tak? Lagu St12 ke?” Soal Hasya dan memandang raut wajah abangnya yang kacak itu.
“Tak ada!” Jawab Chuki tetapi matanya tetap fokus dengan pemanduannya.
“Berapa ratus kali dah lagu Leessang nih Hasya dengar abang! Tahulah kita nih ada darah Korea taaaaaaaaaaaaapi yang nih dah melampau sangat dah sampai lirik dia pun Hasya terhafal.”
“Hahaha tak ada tak ada. Kalau nak dengar lagu kegemaran awak tu semua, tunggulah dah ada kereta sendiri nanti. Lesen dah ada tapi bila baba suruh pilih nak kereta apa tak nak pulak! Degil!” Kata Chuki kemudian menjeling sekilas melihat adiknya.
Sunyi! Tiada sebarang bantahan daripada Hasya Dhia dan tiada lagi bebelan yang menyakitkan telinga. Kebetulan ketika itu lagu Leessang-Ballerino sedang berkumandang. Apa lagi, volume radionya di tambah menyebabkan mereka berdua menyanyi bersama mengikut lirik dan rentak lagu tersebut. Hati Chuki kini berasa lega lalu menambah kelajuan kereta Nissan Gtr yang sedang dipandunya itu. Pak Salleh pun di potongnya. Beberapa kereta di hadapan mereka juga dia tinggalkan. Begitulah perangai dua beradik itu. Mempunyai minat yang sama sebenarnya. Pergaduhan antara mereka hanya beberapa minit sahaja boleh selesai. Kasih sayang di antara dua beradik ini tiada penghujungnya. Hasya Dhia tidak boleh hidup tanpa abang, baba dan mamanya di sisi.
Lain pula suasana di dalam kereta milik Encik Ariffin. “Ya Allah abang, tengoklah budak-budak tu. Tadi bergaduh sekarang dah sekepala pulak. Macam itulah perangai anak abang tu. Hasya, Hasya tak takut ke budak tu?” Ujar Puan Atitah lantas tersenyum girang. “Janganlah awak nak risau Titah, Chuki tu sayang Hasya tu. Bergaduh sikit-sikit antara adik-beradik tu perkara biasa. Lagipun, air dicincang tidak akan putus.” Jawab Encik Ariffin yakin.
“Aduuuuuuuuuuuuh!” Jerit Hasya dan mengusap-usap perutnya. “Hasya kenapa nih? Hasya sakit ke?” Soal Chuki yang terkejut mendengar erangan adiknya itu.
Hasya menggeleng.Dia membuat mimik muka sedih. “Ha…Ha…Hasya laaaaaaaaaaaaaparlah abang!” Jawab Hasya lalu gelak semahu-mahunya melihat wajah kerisauan abangnya ketika itu. “Kurang asam punya adik! Hahahaha .” Lalu dia mendail mamanya kerana ingin memberitahu yang dia dan Hasya berhenti sebentar di Mcd yang berada beberapa km sahaja lagi jaraknya kerana anak dara kesayangan mamanya itu kelaparan. Namun dia memberitahu yang mereka boleh meneruskan perjalanan mereka.
  ***

“Sayang,bukankah tu perempuan yang sayang jumpa semalam. Perempuan yang sayang malukan tu.kan?” Tanya Bella ketika melihat Hasya Dhia dan seorang lelaki segak yang tidak dikenalinya itu melangkah masuk ke dalam restoran segera itu.
“Mana? Tak mungkinlah dia ada dekat sini. Dia nak buat apa dekat sini. Duit nak makan pun tak ada.” Tempelak Emel yang sombong itu.
“No. No. I rasa yang tu memang betul dia. Dia dengan mamat handsome pulak tu, siap berpegangan tangan lagi. Agak-agaknya kekasih baru dia tak? Kalau macam tu, tak rugi pun dia putus dengan you.” Kata Bella yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang di beri Emel.
Lantas Emel berpaling untuk melihat situasi yang mengganggu temu janji mereka ketika itu. “Maybe tu abang dia,sebab I ingat dulu dia ada cakap yang dia ada seorang abang. Ala, kerja kilang je tu.” Jawab Emel acuh tak acuh.
I tak rasa mereka tu anak orang biasa-biasa aje. Mustahil! You tengok tu! Anak orang miskin pakai kereta mewah? You ni betul ke tidak?” Ujar Bella yang masih sangsi.
“Setakat kereta macam itu I boleh beli dua bijilah!” Kata Emel ketika menunjuk ke arah Hasya dan abangnya. 
“Hmm betul juga.” Balas Bella datar, dan terus menghabiskan sisa air bikarbonat yang masih bersisa. 
        ***

“Manalah anak-anak kamu ni Fin, Titah? Risau mak di buatnya. Abang, tolonglah cari cucu-cucu kita tu hah.” Risau betul Nek Mah di buatnya.
“Janganlah di risaukan sangat budak berdua tu mak. Tahulah mereka jaga diri. Lagipun, saya dah call mereka berdua tadi. Hasya cakap 5 minit lagi sampailah mereka.” Kata Encik Ariffin cuba menenangkan ibunya.
“Mak kamu tu bukannya apa hah, rindu sangat dekat budak berdua tu.”
“Bukan mak seorang aje, ayah kamu tu pun apa kurangnya. Jual nama kita pulak eh.”
“Hahaha nampak gayanya, mak ngan ayah sama aje lah, kan bang?” Usik Puan Atitah. 
“Hah sampai pun budak berdua tu. Alhamdulillah lepaslah jugak rindu aku dekat budak-budak ni.” Senang sungguh hati Tok Ayah melihat kelibat kereta cucunya.
Keluar sahaja dari perut kereta, Hasya Dhia terus berlari ke arah nenek dan atoknya. “Nenek! Tok Ayah! Rindunya, Hasya ngan nenek dan atok.” Ucap Hasya ketika dalam pelukan atok dan neneknya.
“Tolong tepi sikit!” Chuki menolak tubuh Hasya. Nasib baik Encik Ariffin sempat memegang tanggannya. Kalau tidak, terguling-gulinglah Hasya jatuh dari pondok beristirahat atok dan nenek mereka itu.
“Chuki, apa hal lah buat dekat adik macam gitu. Dah besar pun manja lagi. Nak jugak berebut.” Geleng kepala Encik Ariffin di buatnya. Dia memandang ke arah isterinya namun isterinya hanya mengangkat bahu tanda tidak mahu masuk campur.
“Kenapa lambat sampai anak Korea celup berdua ni?” Soal Nek Mah ketika meleraikan pelukannya. Chuki dan Hasya sudah tidak mengambil hati lagi jika nenek dan atok menggelar mereka anak Korea celup. Hendak buat macam mana lagi, kerana kenyataannya memang begitu. Puan Atitah merupakan anak kelahiran Sabah, tetapi mempunyai darah kacukan Korea. Oleh hal yang demikian, kecantikan yang dimiliki Puan Atitah telah di wariskan kepada kedua-dua anaknya. Jadi,jangan hairanlah jika Chuki dan Hasya mempunyai raut wajah yang pastinya dapat memukau orang di sekeliling mereka.
“Ni hah nek, singgah makan lagi budak kecik ni. Itu yang lambat sikit.”
“Kalau macam gitu tak apalah. Meh makan kuih jemput pisang nenek buat ni.”Nek Mah menghulurkan pinggan berisi jemput pisang kepada kedua cucunya. “Malam ni kita makan luar aje lah eh. Atok kamu belanja. Dia dah reserve meja untuk kita.” Sambung Nek Mah.
Malam itu selepas solat isyak mereka keluar untuk menjamu selera. Gembira sungguh Hasya Dhia. Rasanya segala kesedihan yang melanda dirinya pergi entah ke mana.
    ***

Keesokan harinya, seawal pukul 8 pagi sarapan pagi sudah siap terhidang di atas meja makan. Ada air teh kosong hangat, nasi kuning ayam berserta sup dan kuih-muih yang di beli oleh Chuki di hujung kampung.
“Alhamdulillah semuanya dah siap. Terima kasih abang sudi belikan karipap inti kentang kari ini untuk Hasya. Dah lama mengidam nak makan.” Ucap Hasya ketika mengunyah karipap terakhir yang tinggal. Teringin punya pasal, habis 6 biji karipap di bedalnya.
Chuki yang baru selesai mandi itu menghampiri adiknya lalu melihat bekas yang berisi kuih muih yang di belinya tadi. “Ya Allah Hasya! Habis kesemua karipap tu Hasya makan? Melantak ke apa awak nih.” Soal Chuki dengan muka terkejut.
“Abang beli sikit kenapa? Dah tau Hasya ni gila karipap mak cik hujung kampung tu, belilah banyak sikit.” Protes Hasya tidak mahu mengaku salah.
“Abang ingatkan Hasya makan sebiji dua aje. Cubalah ingat orang belakang Sya. Kot kot mama nak makan jugak ke. Lagipun, abang bukannya sesaja beli sikit. Dah karipap dia habis nak buat macam mana. Itu aje yang tinggal.” Chuki mengambil tempat duduk di sebelah Hasya dan cuba memujuk.
Namun, Hasya memalingkan badannya ke arah lain agar abangnya tidak melihat dia ketika itu. “Hasya…”panggil Chuki. Hasya tetap diam membisu dan badannya langsung tiada pergerakan. Kaku macam askar yang sedang mengawal sempadan negara!
“Hasya… abang tak sengajakan. Janganlah macam ni.” Pujuk Chuki lagi.Risau betul dia apabila adiknya berkelakuan sedemikian.
“Abang…hina sangat ke jadi orang biasa-biasa?” Soal Hasya ketika memalingkan tubuhnya ke arah abangnya. Matanya kini menakung air mata yang menunggu masa untuk gugur bercucuran.
“Hasya kenapa ni? Kenapa tanya soalan macam tu. Tak ada salahnya pun. Semua manusia sama darjatnya yang membezakan hanyalah amalan manusia itu sendiri.”
“Kenapa Emel tinggalkan Hasya? Kenapa dia lebih pilih perempuan tu dari Hasya. Dalam satu hari Hasya hilang semua yang Hasya impikan abang! Hasya tak dapat masuk U, Prince Charming Hasya pun tinggalkan Hasya! Why abang, why?
“Pasal U tu, tak semestinya tak masuk U kita tak berjaya. Lagipun, buat apa Hasya nak risau. Hasya nak belajar dekat mana-mana pun boleh. Baba dengan mama mampu nak sara Hasya. Kalau  Hasya tak nak susahkan baba mama, abangkan ada. Emel pulak, Hasya lupakan aje lah dia , sayang. Bukannya Hasya tak tahu abang pun macam Hasya jugakkan dulu? Kena tinggal dengan makwe sebab abang cakap abang tak berduit. So, Hasya move on okey?” Chuki mengusap-usap kepala adiknya. Kesian betul dia dengan adiknya.
“Abang! Hasya nak hug…”  Pinta Hasya lalu mendepakan tangannya.
“Alahai manjanya adik abang seorang ni. Meh sini.” Kata Chuki dan menepuk-nepuk bahu adiknya menenangkan adiknya yang teresak-esak menangis. “Dah laa tu, kejap lagi mama nak sampai dah. Takkan Hasya nak tunjuk muka ni dekat mama.”Cepat-cepat Hasya mengelap air mata nya ketika terdengar bunyi derapan kaki yang semakin menghampiri.
“Whoa…banyaknya makanan. Beli ke masak ni?” Soal nenek yang tiba-tiba muncul.
“Nenek nih mestilah Hasya yang masak. Nenek kan suka makan nasi kuning. Kalau Hasya tak pandai masak, terpaksalah nenek ke Sabah sebab nak makan nasi kuning.”
“Tak pergi Sabah pun tak apa, menantu kesayangan nenek boleh tolong masakkan.” Kata Nek Mah lalu menarik tangan Puan Atitah. “Titah, cuba kamu tengok mata anak kamu tu. Dia sakit mata ke apa?”
“Hah Hasya. Kenapa dengan mata kamu tu?”
“Eh tak ada apa lah ma. Masuk habuk aje ni.”
“Betul? Chuki? Kamu tak buli adik kamukan?” Soal Puan Atitah lagi.
“Betul ma. Takkan lah abang nak buli Hasya. Dah- dah. Jemput makan semua. Penat-penat Hasya masak ni takkanlah tak nak makan pulak.” Kata Hasya cuba berdalih.
“Alahai, rindunya nak makan nasi kuning cucu atok masak ni.”
“Kalau rindu, makanlah banyak-banyak tok. Hari ni, Hasya dan abang akan beri layanan VVIP dekat semua orang. Silakan duduk. Chuki oppa! Tunggu apa lagi cepat tuangkan air teh tu. Hasya nak amek kuah sup dulu.” Kemudian Hasya melangkah pergi ke dapur.

Puan Atitah dan mertuanya berpandangan sesama sendiri. Hasya dhia. Hasya Dhia tak suka menyusahkan orang sekelilingnya. Apatah lagi membuat mereka risau. Mujurlah ada Chuki, tidaklah mereka begitu risau. Bukannya mereka tidak terdengar perbualan dua beradik itu. Sebenarnya sudah lama mereka sampai tetapi ketika terdengar tangisan Hasya itu, sengaja mereka menyorok di luar rumah untuk menyelidik apa sebenarnya yang terjadi.

Comments

Popular Posts