-Dukacita anda TIDAK BERJAYA dalam permohonan ke IPTA -
Saat membaca SMS yang menerpa masuk ke dalam Iphone miliknya,mata Hasya Dhia membuntang seolah-olah apa yang di bacanya itu tidak logik sama sekali.Benarkah apa yang dibacanya ketika itu? Tidakkah dia rabun ketika itu? Laju sahaja tangannya mencari cermin mata di atas meja belajarnya.Namun apa yang dibacanya tetap sama.
“Tak boleh jadi ni. Mesti ada kesilapan teknikal. Maklumlah trafik sesak sebab berpusu-pusu orang nak semak.Aku cuba lagilah.Mana tahu rezeki aku sememangnya ada. Dia just nak main-main kot tadi.” Katanya hendak menyedapkan hati lalu menekan butang hantar.
Beberapa minit kemudian,maklum balas daripada pihak UPU telah pun di terima. Namun,isi kandungan SMS tersebut masih sama. Tidak ada satu perkataan pun yang berbeza.Menggeletar tangan Hasya Dhia memegang Iphone miliknya itu.Tanpa dia sedari air matanya jatuh berguguran lantas dia terduduk di kerusi putih yang terdapat dalam bilik tersebut.
Fikirannya jauh melayang memikirkan nasib dirinya dan kehampaan yang akan diketahui kedua orang tuanya.Hancur berkecai harapan abahnya yang hendakkan dia meneruskan pengajian dalan bidang perakaunan setelah menamatkan program Matrikulasi dalam bidang tersebut.Keinginan abahnya bukan suka-suka tetapi untuk dia mengambil alih firma akauntan milik keluarga mereka itu kelak.Hendak harapkan abangnya,memang kempunanlah abahnya.
Hasya Dhia memicit-micit kepalanya yang berdenyut-denyut.Perlahan-lahan dia bangkit dan berjalan ke arah katil bersaiz king itu.Penghawa dingin yang terdapat di bilik itu bagaikan tidak berfungsi sistemnya menyebabkan manik-manik peluh membasahi baju Hasya Dhia. Lalu tertidurlah dia bersama linangan air mata yang masih bersisa.
****
Berkerut-kerut kening Hasya menahan silau cahaya yang menerpa masuk ke setiap ruangan kamar tidur tersebut. Namun, tidak mengahalang dia untuk menyambung tidurnya kembali. Rasa kantuknya belum hilang lagi dek kerana semalaman dia berjaga. Debaran menunggu keputusan yang nyatanya sangat mengecewakan.
“Hasya Dhia binti Mohd Ariffin! Apa nak jadilah dengan anak dara seorang ni. Dah petang ni,bangkit cepat.Tu telefon kamu tu dari tadi asyik berbunyi. Tak nak jawab ke? Emel yang call tu.”Kata Puan Atitah sambil menggoyang-goyangkan badan anaknya.
“Mama! Hasya tak dapat tawaran ke mana-mana universiti. Hasya fail mama, Hasya fail! Hidup Hasya dah tak bermakna lagi.”Kata Hasya teresak-esak menangis lalu memeluk sekejur tubuh mamanya.
“Apa yang Hasya merepek ni sayang. Walaupun Hasya gagal mendapat tawaran ke universiti,tapi tak bermakna yang hidup anak mama ni dah berakhir. Mungkin sekarang bukan rezeki Hasya. Rezeki Hasya di tempat lain.Dah-dah tak mahu nangis macam ni. Abah ngan mama dah tahu dah.Tu yang mama balik awal ni.”Pujuk Puan Atitah untuk menenangkan anak kesayangannya.Dia dan suaminya telah mengetahui tentang hal tersebut lebih awal lagi.
“Tapi mesti baba kecewa dengan keputusan tu.” Hasya bersuara sedih.
“Sayang,mama nak Hasya lupakan hal ni. Pasal tu tak payahlah Hasya nak fikirkan sangat.Tahulah baba nak buat apa nanti.Dah pergi mandi cepat biar segar sikit. Tengok mata tu dah sembap.Tak comel dah anak mama ni! Pergi cepat. Jangan lupa solat. ”Arah Puan Atitah lalu keluar meninggalkan Hasya bersendirian.
Bunyi lonceng menandakan mesej baru masuk dalam aplikasi Whatsapp.Segera Hasya mencapai Iphonenya yang ada berdekatan dengan deretan pasu kecik yang berwarna putih susu itu. Ramai orang menghantar chat kepadanya namun hanya chat Emel yang dibacanya. Selebihnya malas dia hendak baca. Apa lagi kalau bukan menanyakan tentang tawaran yang diterima.
-Emel:Where are you? I call you more than 5 times!-
-Hasya:I tido lah tadi.Yang you nak marah-marah ni apahal.-
-Emel:Whatever.Yang I tau malam ni you datang jumpa I dekat Delicious Mid Valley.I dont care about your problem! Please be there on time.Bye.
“Kenapa dengan mamat ni.Tiba-tiba nak marah orang.Sakit hati aku ni tak hilang lagi tapi dia dah cari pasal pulak.Aku rasa macam ada yang tak kena ni.Alamak tak sedap hati pulak petang-petang macam ni.”Gumam Hasya sendirian lantas masuk ke dalam bilik air untuk bersihkan diri.
****
“Hah macam tu kan comel,dah mandi, wangi-wangi dah. Macam inilah anak mama. Tabah menghadapi apa jua jenis cabaran. Jangan asyik merengek je.” Puji Puan Atitah tatkala Hasya menghampiri mereka yang sedang minum teh halia di halaman rumah mereka.
“Kamsahamnida,omma! Saranghaeyo omma,appa and you too oppa!” Kata Hasya lalu menunduk hormat.
“Sayang,baba,mama dan abang tak kisah pun kalau Hasya tak dapat IPTA tu. Banyak lagi tempat belajar yang Hasya boleh pergi. Kalau Hasya nak belajar ke oversea pun baba boleh bagi. Tapi baba mohon,janganlah Hasya berputus asa.Cakap hidup dah tak bermaknalah dan sebagainya. Ingat rezeki ada di mana-mana. Hasya tak pernah mengecewakan baba pun. Baba bangga dengan Hasya. So,please dont be sad. Baba always right here.” Tutur Encik Mohd Ariffin untuk menaikkan kembali semangat anaknya yang telah hilang sebentar tadi.
“Enough! Baba, Hasya day okey tu. Chuki tau adik Chuki macam mana. Dia just risau dia kecewakan baba. Tapi bila baba dah cakap macam tu, gembira dahlah budak tu.” Sampuk Chuki yang sejak tadi mendiamkan diri.
“Abang ni! Selalu nak kenakan kita.Merajuklah macam ni!” Rajuk Hasya lalu memuncungkan bibirnya seperti kebiasaan. Itu menandakan yang dia sedang merajuk.
“Merajuk dah anak dara kita seorang ni bang. Mama ngan baba tak tau. Siapa yang buat,dialah yang kena pujuk.”Kata Puan Atitah lalu menggenggam tangan suaminya.
“Ala okey lah malam ni abang ajak keluar. Kita dating macam selalu.” Pujuk Chuki sambil mencubit pipi adiknya.
“Yuhuu nampaknya tak perlulah Hasya minta Pak Salleh hantarkan. Kita dah ada driver ganteng. Hahaha memang Hasya nak keluar pun malam ni.”Ucap Hasya dan mempamerkan senyumannya yang manis.
Mereka ketawa bersama-sama sambil menikmati suasana petang yang sangat damai sekali.Lebih-lebih lagi sekiranya berkumpul bersama-sama keluarga tersayang. Terasa beban yang ditanggung hilang sekelip mata.
****
“Okey baby, kita dah sampai. Ni apasal muka lain macam je ni. Senyum tak ada, manis dekat muka tu pun dah hilang.” Tanya Chuki ketika memandang raut wajah adiknya yang sugul itu.
“Tak ada apa-apa. Abang jangan pergi jauh dari Delicious boleh? Hasya rasa tak sedap hatilah abang.”
“Eh kenapa ni? Abang ikut sekali je lah ngan Hasya. Nak jumpa dengan siapa sebenarnya ni? Izzue Islam ke?
“Abang! Jangan nak memandai ye. Abang nak tengok adik abang yang comel ini kena tibai? Dah Hasya pergi dulu. Bye!”Tutur Hasya lalu keluar dari perut kereta abangnya.Tinggallah Chuki termenung sendirian.
Alahai abang aku ni.Tiap hari ada sahaja idea dia untuk membahan aku.Lantas dia mencari telefon bimbit di dalam tas tangannya. Dalam kesibukannya mencari telefon bimbit itu, tiba-tiba terasa seperti sesorang terlanggar bahunya.
“Sorry. I tak sengaja.”Tutur lelaki itu lalu terus berlari meluru ke arah pintu keluar. Lagaknya seperti terkejar-kejarkan sesuatu.
Amboi dah langgar orang, minta maaf pun macam tak ikhlas. Sudahlah tak berpaling pun ke arah aku. Sakit pula hati ini. Tapi kacak juga mamat tadi tu. Kalaulah dia yang jadi kekasih aku kan best. Berangan apa ni Hasya Dhia kau tu tak cantik mana pun teringin nak dekat dia.Baik aku jalan cepat sebelum mamat tak berapa nak betul itu membebel.
“Hah sampai pun kau akhirnya. Kau tau tak aku dah tunggu kau dekat sini lebih daripada 15 minit. Apa aku cakap dengan kau tadi? Kau tuli ke apa? Apa-apa pun jemput duduk tuan puteri.”Sapa Emel dengan muka tersenyum perli.
“Sorry lah. Saya tak sengaja pun. Cakap tu tak boleh ke sopan sikit. Sakit tau tak telinga saya ni dengar”Jawab Hasya Dhia lalu melihat senarai menu yang terdapat di situ.Lagipun, sejak bila dia cakap dengan aku.Setahu aku dia cuma chat dekat whatsapp.
Sedang asyik Hasya melihat menu, muncul seorang gadis yang tinggi lampai berkulit hitam manis menerpa ke arah mereka. Gadis tersebut mengambil tempat bersebelahan dengan Emel. Hasya memandang pelik ke arah mereka dua.
Pandangan redup Hasya meminta penjelasan ke atas situasi itu di pandang sinis oleh mereka berdua. “Siapa dia ni? Kenapa tiba-tiba duduk dekat sini? Tak salah meja ke? Oh, adik sepupu eh?” Soal Hasya tanpa membuang masa. Sakit hatinya melihat perempuan itu memaut lengan kekasih hatinya.
“Oh! Terlupa pula, ni aku kenalkan Bella. Bella ni girlfriend aku.”Ucap Emel lantas memeluk pinggang Bella.
“Apa dia? Gi..girlfriend baru awak?”Soal Hasya tidak percaya.
“Yup! Dia girlfriend aku. Kenapa? Cantik sangat ye? Jawab Emel sambil memberi senyuman sinis. Bella yang berada di sebelahnya ketawa gedik memandang Hasya.
“Habis saya ni siapa? Sampai hati awak buat saya macam ni”Tutur Hasya dalam nada sedih.
Emel dan Bella ketawa girang melihat wajah sedih Hasya Dhia. Itu yang mereka rancang sejak beberapa hari yang lalu. “Kau? Hahahaha Buat anak patung aku je. Time dekat Matrikulasi dulu bolehlah buat makwe, sebab ramai benar jantan terhegeh-hegeh dekat kau. Siapa yang dapat kau kira hebatlah lelaki tu.Maklumlah kau ni kan stok muka artis Korea.Cute lah kononnya. Tapi sayang, kau tak setaraf dengan aku.Sedikit masa sahaja lagi papa aku akan dapat title Dato’. So,takkanlah anak Dato’ bercinta dengan anak akauntan yang tinggal dekat pangsapuri buruk macam kau! Kalau kau macam Bella ni, anak Tan Sri tak apalah. Tolong sedar diri tu sikit.” Ucap Emel tanpa rasa bersalah.
“Terima kasih Tuan Emel! Terima kasih sebab tunjukkan saya perngai sebenar Tuan Emel dekat saya. Memang betul saya ni anak orang kebanyakan yang tak kaya macam tuan berdua. Tapi saya bersyukur sangat dengan apa yang saya ada sekarang. Sekurang-kurangnya baba dan mama saya ajar saya untuk tidak menjatuhkan maruah orang lain dan tidak bersikap riak dengan apa yang ada!”Kata Hasya lalu mengambil segelas air dan menjirus ke muka Emel.Hasya tersenyum girang lalu melangkah keluar dari kedai tersebut.
“Hoi perempuan! Kurang ajar betul kau! Siaplah kau aku kerjakan, aku akan balas satu hari nanti. Kau ingat tu!” Herdik Emel sambil mengelap mukanya yang basah.
“Good job,baby! Jom! Abang belanja air peppermint kegemaran Hasya!” Kata Chuki dengan senyuman menawannya. Lalu menggenggam erat tangan adiknya.
****
“Cun gila awek tadi tu. Apa pasallah kau tak menoleh dekat dia. Aku tengok muka dia dah macam The Hulk tau tak?” Soal Nazrin bersahaja.Namun tidak dihiraukan oleh Kim Luq.Sekali lagi dia mengulangi soalan yang sama. “Kau ni tuli ke apa hah? Kan aku tanya kau ni? Luq!” Soalnya lagi.
“Sorry,bro! Kau pun satu, bawak aku dekat restoran mamak ni apehal? Sakit tau tak telinga aku dengar bunyi bising dekat sini. Mamak tu pun satu, tak boleh ke dia rendahkan sikit volume suara dia tu!” Jawab Kim Luq. Namun mata tetap menghadap skrin telefon pintarnya.
“Inilah orang zaman sekarang ni. Tak tahu nak bersyukur.Asyik-asyik nak berkepit dengan gajet. Kalau aku tahulah kau macam ni, memang aku tak naklah keluar dengan kau tadi!” Bentak Nazrin namun masih dalam suara yang perlahan. Kecik hatinya dengan perbuatan Luq itu. Bersusah payah dia datang untuk bertemu dengan sepupunya yang satu itu,rupa-rupanya gajet dia lagi berharga daripada diri Nazrin.
“Ya lah. Ya lah. Aku minta maaf. Memang salah aku pun semua ni. Apa kau cakap tadi? Awek cun? Awek yang mana satu? Ramai awek cun aku jumpa tadi.” Kata Kim Luq lalu menyimpan Iphone nya ke dalam poket.
“Kalau kau memang susahlah aku nak cakap. Tapi awek yang ini bukan macam stok simpanan kau tu semua. Spesis kain tak berapa nak cukup. Ala awek yang kau terlanggar tadi.”
“Amboi engkau,sedap membahan aku? Hahaha. Bukannya aku nak buat bini pun perempuan-perempuan tu semua. Apa yang penting, aku tak sentuh pun dia orang okey.”
“But,seriously bro! Awek tu comel sangat walaupun dia bertudung. Macam muka artis Korea bro!”
“Engkau ni. Kau ingat artis Korea tu semua natural beauty ke? Plastik je semua tu bro! Aku dah masak sangat dengan cara hidup mereka tu.”
“Tak semuanya yang buat plastic surgery kan. Ada je yang memang cantik dari kecik.”
“Ye lah ye lah. Ni, macam mana dengan persiapan kedai aku tu? Jangan lupa pulak dua bulan dari sekarang aku nak buka dah tu.” Soal Kim Luq sekadar hendak mengubah topik perbualan mereka. Malas dia hendak berbicara perihal wanita.
“Pasal tu,kau tak perlu risau. Takkan kau tak percayakan aku kot?” Jawab Nazrin bersahaja.
“Hmm okey lah kalau macam tu, aku nak blah dulu. Esok aku nak balik ke Seoul dah. Apa-apa hal nanti aku call kau.” Kata Kim Luq lantas mengambil kunci kereta dan pergi.
Comments
Post a Comment