Dear Shoko's,
Inilah salah satu sebab aku memang tak pernah bercita-cita jadik cikgu
Rokiah. Aku ni spesies sapinata yang cepat kesian dekat orang lain.Terutamanya orang-orang tua yang ditinggalkan anak-anak daaaaaaan anak yatim piatu.Kalau yang mintak sedekah ni aku jaranglah sedih nengok.Sebab takut tertipu*
sia-sia ja air mata aku nanti . Aku ingat lagi sampai sekarang pernah sekali tu aku menangis nengok orang gila.Yah agak pelik di situkan.Biasanya bila kita nengok orang gila ni mesti ketawa sebab dia buat perkara yang tak betul! Dah namanya orang gila aka orang tak siuman so dia pun tak tahu apa yang dia buat.Yang buat aku sedih tu,abah bagi dia duit tapi dia langsung tak mau.Kebetulan dia berdiri di hadapan kedai bakeri.So,pekerja kedai tu panggil abah dorang cakap dia tu langsung tak terima duit.Dia akan amek kalau kita bagi dia makanan.Tu bukan nasi-nasi tau.Dia hanya akan amek roti kacang hitam ngan air oren ja.Kesiankan.
Seterusnya,budak-budak kecik yang telah kehilangan kedua orang tuanya.Sedih sangat-sangat.Lagi-lagi time raya nih. Allah. Bersyukur sangat masih di beri peluang merasa kasih sayang kedua orang tuaku.Biarpun kehidupan kami sangat sederhana.Aku tak perlukan wang ringgit yang berjuta-juta untuk aku bahagia.Masihku ingat ex-cikgu Ict aku cakap "
zaman sekarang nih semua benda kita boleh cari dekat internet.Kau nak cari jodoh pun boleh.Tapi satu ja yang kita tak boleh cari iaitu ibubapa kita.Ingatlah selagi kita ada ibubapa berkorbanlah untuk mereka." dan pesanan ex-pensyarah matematik time dekat matrik.Time tu minggu restu ilmu laa macam tu.Final exam dah.So mula-mula tu madam bagi nengok video ala biasalah yang sedih-sedih tu.Tapi kitaorang langsung tak ada feeling sebab muak dah nengok taaaaaaaapi bila masuk dah pesanan ikhlas dari madam apa lagikan.Kawan laki aku pon meleleh wehh."
saya tau kamu dah boring ngan video tu kan.Tapi tak apalah saya just nak share sahaja.Saya nak bagi motivasi pun saya tak pandai tapi saya akan kongsi apa yang saya ada.Mak saya dah meninggal masa saya dekat u.cita-cita saya nak besarkan rumah mak ayah,nak beli kereta yang besar tapi sekarang bila saya dah ada semuanya langsung tak bermakna.Mak saya dah tak ada.Saya pesan dekat kamu selagi mak ayah kita ada bahagiakan laa mereka.Itulah peluang yang kita ada." Fuhh bila cerita balik bertakung jugak air mata aku.
Tadi bila aku buka fb terjumpa benda ni.Memang sedih sesangat.Sabarlah wahai adikku,ayahmu pergi menyambut seruan ilahi.Tapi ingatlah wahai adikku pesanan ayah.Belajar berusaha walau di mana jua
Sedihnyaaaaa. teacher jgn nges depan budak2 ye. hehe . btw comel la murid tu... kirim salam dekat dia eh :)
ReplyDeletehehehe dhia bukan teacher laa..scr dekat fb jea..ngee
ReplyDelete