Dear Shoko's,
Agak lama jugak aku menyepi.Janji hari tu sampai ja rumah terus update entry sampai lebam.Tapi apa? Ni semua mesti sebab merajuk plus marah plus geram dengan staff airport
LABUAN.Nanti aku luahkan jugak dekat kau shoko.Okayyy now kita fokus untuk persiapan adik-adik yang bakal menjadi student KM.Okay,apa itu KM?KM ialah singkatan bagi Kolej Matrikulasi.Sebelum tu,hakak Nadia nak ucapkan tahniah kepada yang berjaya diberi peluang untuk sambung belajar ke matrikulasi.Dan yang tidak berjaya tu,yakinlah Allah dah tentukan apa yang terbaik untuk kita.Ingat,Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita inginkan.Sudah-sudah.Meh nengok apa yang perlu dan paling penting kita sediakan.
1-Pastikan semua dokumen telah lengkap
Mesti dah tau apa yang perlu dibuat,apa yang perlu print dan segala pengesahan amat penting.
Borang perjanjian pastikan lengkap okay.Sebab nanti takkan laaa tak maw terima alaun kan..
Hahaha.Oh yah,stem hasil jangan lupa beli okay.Sekali lagi,pastikan dokumen lengkap nanti tak
adalah engkorang ke hulu ke hilir pening-pening kepala lagi.
2-Pastikan pakaian yang diperlukan ada
Mesti dah nengok checklist kan apa yang perlu apa yang tidak.Kalau dekat KML,baju kurung
tu siapkanlah banyak-banyak kalau boleh.Sebab kalau
outing pun kena pakai baju kurung.
Nanti tak kena bagi keluar pulak.Oh kalau laki pon sama jugak.Tapi tak adalah pakai baju
melayu.Agak-agaklah kan.Yang penting kalau formal,pakailah baju formal.Ingat,kita ni kena
ikut peraturan.Kalau ikut peraturan,tak adalah susah hidup korang nanti.Tapi,aku sekali-sekala
langgar peraturan jugak.Hahahaha seriously.Hah chaste PVC jangan lupa okay.Tu kasut pakai
pegi kuliah.No kasut converse baby.
3-Pastikan barang keperluan lengkap
Yang ni paling penting.Heater,iron dan macam-macam lagilah.Beli ikut keperluan okay.Beli
apa yang perlu dan penting sahaja dulu.So,tak adalah besar belanja korang.Ingat berjimat sikit.
Tak baik membazir okay! Ingat pesanan ikhlas hakak Nadia! wahahahaha.
Pasal MPPB tu nanti hakak cerita serba sedikit pengalaman orientasi tu.Memang sangat memenatkan dan tiap malam selagi tak habis mesti kau nangis.Seriously.Tu bagi hakak lahhh.hahahhaa bajet hakak kauuuu..
#kenangan#sakuraKML
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThank you,cantekk gilaaaa tu tak adalah dear,cute jea..hahaha melampau
Delete