Skip to main content

Featured

REVIEW NOVEL : HERO UNTUK JIYAN OLEH YUMI HYRA

 Dear Shoko,     Nama aku Nadia dan setelah sekian lama akhirnya mengambil keputusan untuk mula menulis lagi seperti dahulu kala. Since, ini adalah entry comeback gitu, aku putuskan untuk buat review novel Hero untuk Jiyan.     Okay, mari kita teruskan dengan beberapa details di bawah terlebih dahulu ya. Tajuk: Hero untuk Jiyan Harga: Sem.Malaysia - RM35.00 , Sabah / Sarawak - RM38.00 Penulis: Yumi Hyra Genre: Teen love crush Penerbit: Manes Wordworks     Novel ini menceritakan tentang seorang budak perempuan yang nak ambil SPM tetapi ada beberapa subjek yang dia macam tak boleh go macam tu lah. Kemudian, abah dia ni cari kan tutor tambahan dekat rumah untuk dia.     Tup tup tak sangka pula abah dia ni jadikan mamat stone yang dia jumpa dekat kafe fav dia tu. Betul-betul lah dah kalau namanya benda nak jadi tu kan haha. Pertemuan pertama mereka dekat kafe tu pula memang tersangatlah tak patut pun terjumpa sebenarnya hehe. Adalah benda yang buat Jiyan ni sakit hati.     Lepas tu mestila

Saya Suka Awak Dalam Penulisan2u!


Dear Shoko's,



Aku ni kan jenis yang suka berangan.Dah namanya berangan mestilah yang melampau-lampaukan.Sampai diri sendiri pun tak tahu dapa tercapai atau tak.Errrr..hahaha disebabkan tu,aku fikir lebih baik aku jadikan benda yang aku angankan tu jadi satu cerita.In fact,selalu berharap jadilah dekat diri sendiri.Hahaha over kan.



Syukur alhamdulillah,dapat jugaklah membuahkan hasil yang.....(tak tahu describe macam mana).Dann dann anak-anak sekalian semua bolehlah baca cerita dongeng ni dekat Penulisan2u.yeahhhhhh..hehehe..bolehlah pergi klik link tu.Tapi lambatkan nak tunggu sambungan ceritanya.So,saya sebagai ketua kampung dekat sini,nak share laaa story tu dekat sini.Hehehe boleh nengok picture diaorang.So,lagi best..kannn..please jawab,"aha betul tu nadia,best sangat!" hahaha..okay,silalah baca..tata

Fahri Hakimi


BAB 1


Seiring langkah kaki yang semakin menghampiri sebiji rumah banglo tersergam indah di tepi sebuah tasik yang diberi nama Full House itu,dari jauh lagi terdengar suara teriakan seorang lelaki semakin kuat kedengaran.Aku menyusun langkah kaki dengan teratur menuju ke arah Full House .Mukaku kini bagai kehabisan stok darah merah kerana berasa gerun hendak masuk ke dalam rumah. Bukannya aku sengaja balik lewat ke rumah pun.Aku ada urusan penting yang tak boleh ditangguhkan.Lelaki tu langsung tak pernah nak faham diri aku.Asyik menyusahkan aku adalah.Jika hendak ikutkan hati dah lama aku tinggalkan lelaki serupa singa itu. Mahu tak mahu aku terpaksa juga masuk ke dalam rumah.Langkah kakiku kini semakin lemah dek kerana memikirkan nasibku selepas ini.Apa yang akan dia buat kali ini.Mesti kerja yang dia berikan kepadaku berlambak.


Belum pun sempat aku menekan bell,pintu rumah telah pun terkuak dan muncul seorang lelaki yang kelihatan agak kurang kemas penampilannya.Ku lihat lelaki ini dengan penuh hairan.Apabila lihat dengan lebih teliti terasa kelakarlah pula.Sudah beberapa bulan aku tinggal serumah dengannya baru hari ini ku lihat dia memakai apron dan topi yang chef selalu guna ketika memasak itu.Mesti dia kelaparan kalau tak jangan haraplah lelaki tu nak masuk dapur.


Kalau ya pun kelaparan tidak perlulah berpakaian seperti itu.Perasan dia tu chef lah.Mataku masih tertumpu ke arahnya tanpa berkedip.Aku tidak dapat menahan tawaku lagi.Tidak sampai beberapa saat tawaku terhambur juga.Hahahahahahahahahahahahahaha "Awak dah kenapa nih ? Dah tak betul eh ? Ke dah salah makan ubat ? " Soalanku tidak dilayan malah diriku kini menjadi habuan matanya.Bukan main tajam lagi jelingannya.Lagaknya seperti hendak memakan diriku pula.


"Oh! Kau gelakkan aku ye ? Dah puas sekarang ? Kalau tak puas lagi kau gelaklah sampai pagi biar orang ingat kau tu orang gila ! " Alamak! Aku dah buat mamat ni naik angin.Habislah aku lepas ni.Mesti dia akan hukum aku.Bukannya aku tak tahu perangai dia itu macam mana.Aku hanya mampu berserah kepada Allah sahaja saat ini.Tawaku automatik terhenti. "Kenapa kau diam ?" tanya lelaki itu dengan pandangan sinis.Soalannya ku biarkan saja.Malas aku hendak layan dan aku segera melangkah menuju ke arah dapur.Kalau layan mamat tak berapa nak betul itu,silap hari bulan aku yang masuk hospital sakit jiwa. Mungkin kalau aku buat tak tahu saja dekat lelaki itu mesti dia akan diam.Ahh diam sajalah.Lantaklah dekat dia.Sangkaan ku meleset apabila dia menarik tanganku.Apa pula mamat ni nak ? “Kau dari mana hah ? Dari tadi aku tunggu tak jugak balik-balik,dahlah rumah kau tak kemas lagi ! “ marahnya sambil memulas cuping telingaku yang comel ini. “Sa..sa..saya jumpa abang tadi ada urusan penting,” jawabku terketar-ketar menahan rasa sakit akibat cubitan lelaki garang tu. “Aku tak peduli apa pun alasan kau,yang aku nak sekarang kau pergi basuh semua baju kotor aku yang ada dekat dalam bilik tu dan masak untuk aku.Faham tak ni!”arah lelaki itu tanpa menoleh ke arahku.


Lelaki itu melangkah longlai menuju ke arah tangga untuk naik ke tingkat atas Full House.Ku lihat lelaki itu langsung tidak bermaya.Kasihan pula melihat dia sebegitu rupa.Mesti tak makan sejak semalam. Aku terus memerhatikannya tanpa berkedip mata sedetik pun.Risau pula rasanya melihat keadaannya ketika itu.Takut nanti dia pengsan kemudian jatuh tergolek-golek dari atas hingga ke bawah.Sudahlah tangga Full House itu tinggi dan agak tajam di bucunya. Kalau apa yang aku fikirkan ini terjadi mesti aku juga yang susah.Aku juga yang kena bawa dia pergi hospital.Tidakkah itu lebih menyusahkan.Jadi,sebelum apa-apa terjadi adalah lebih baik sekiranya aku yang membantu dia menaiki anak tangga itu.Tanpa tunggu lebih lama lagi,aku pun segera menaiki anak-anak tangga untuk mengejarnya. Tanpa meminta pamit dengan lelaki itu aku terus memegang tangannya dengan erat.Tak sampai seminit lelaki itu mula mengeluarkan suaranya yang tak berapa sedap nak didengar itu. “Heh kau ni dah kenape hah ?” “Ape?” “Ape..ape kau tanya aku ? Yang kau pegang tangan aku ni apesal ?” “Ape awak ni ? Saya nak bantu awak je.Saya tengok awak macam tak larat je nak jalan.Jadi,sebelum apa-apa berlaku lebih baik saya bantu awak.Nanti mesti awak menyusahkan saya jugak.” “Ke kau saja nak goda aku?” Ini yang aku tak berapa nak minat dengan dia ni.Aku dah baik hati nak tolong dia,boleh dia cakap aku nak goda dia pulak.Ish.Periuk nasi betullah mamat ni.Menyesal aku tolong.Aku lepaskan pegangan tanganku dan melancarkan perang mata. “Heh awak ingat awak tu handsome ke macam Lee Min Ho sampai saya nak goda awak.Jangan mimpilah saya nak goda lelaki macam awak ni.Awak langsung tak menarik tau dimata saya.Menyampah adalah”.Aku tidak dapat menahan perasaanku lagi apabila dia berkata sedemikian. Lelaki itu hanya memberikan pandangan tajam dan membalas serangan laser dari mataku sebentar tadi. “Dah kau pergi siapkan sekarang kerja yang aku suruh kau buat tadi!” “Oh ye aku rasa lagi baik kau masak dulu sebab aku dah lapar sangat nih !” lelaki itu mengosok-gosok perutnya yang kelaparan itu.Kalau tak makan sekejap lagi mesti masuk angin.


Perasaan amarahku tadi tiba-tiba terbang entah ke mana.Perasaan simpati masih ada terbuku di dalam hati meskipun lelaki itu umpama seekor singa.Perang yang tercetus sebentar tadi tamat begitu saja.Aku mula menuruni anak tangga. Malas hendak layan aku terus melangkah ke dapur dengan pantas.Rasanya kalau lawan dengan Superman pasti kalah sebab kelajuan pergerakan kakiku berada di tahap maksimum..Perasaan geram memonopoli diriku.Ish mamat ni memang teruk nak mampus. Masuk sahaja di ruang dapur badanku automatik menjadi kaku ibarat ada ais yang menyelaputi seluruh tubuh badanku dan mulutku ternganga seluas-luasnya.Rasanya satu batalion lalat boleh masuk.


Apa tidaknya,dapur kini bukan lagi serupa dapur.Malah sudah menjadi seperti tongkang pecah.Garam dan gula bertaburan di atas lantai bukan lagi berada di tempatnya.Sos dan rempah-ratus bersepah di atas kabinet dapur. Aku beralih pula ke arah kuali yang mengeluarkan bau yang kurang enak.Bahasa kasarnya berbau hangit.Ya Allah sayur tak serupa sayur kau.Cara potongan sayur yang hancur dan apabila di lihat sangat tidak menyelerakan. Sedang aku asyik meneliti apa yang berlaku di dapur ini,tiba-tiba aku rasa ada sesuatu yang tajam seperti penyepit sedang menyepit kakiku.Ku alihkan pandanganku ke bawah untuk melihat apa sebenarnya benda yang tajam itu. “Ya Allah ketam.Ketam.Ketam.Sakit.Sakit.Sakit,”aku menjerit sekuat. Nasib baik si ketam tak dapat menyepit semua isi kakiku dapatlah aku menjauhkan dia dari kakiku.Nampaknya,nasib tidak menyebelahiku kali ini.Boleh pula ketam itu menuju ke arahku semula.Aku apa lagi terkincah-kincahlah aku menyelamatkan diri.Berlarilah aku bersama-sama si ketam yang menyakitkan itu.

Comments

Popular Posts