Dear Shoko's
Aku rasa terlalu banyak entri yang terpaksa ditangguhkan.Memandangkan sekarang ini adalah hari-hari terakhir seorang
perempuan.Tapi aku rasa lupakanlah dulu pasal entri yang tak dapat nak buat tu.Benda ni lebih penting daripada duduk nengok drama
SAHABAT sambil minum Innershine.
Okay,berbalik kepada tujuan entri ini di buat,aku sebenarnya nak bagi pendapatlah dekat korang.Tapi sebenarnya bukanlah
pendapat,malah lebih daripada itu.Bahasa yang paling tepat digunakan adalah nasihat.Actually,aku saja je letak titik banyak-banyak dekat title tu.Nak bagi suspen gitu..bajet berita tergempak pada abad ini.Kalah cerita pasal Che Tah kena risik Zain Saidin.Hahaha..
Seperti yang korang sedia maklum,internet sekarang ni sangat penting tak kira umur.Ko tua ke muda ke.Even atuk jiran sepupu-sepapat tu pon guna Blackberry uolls.Siap main bbm,wechat,line,kakaotalk,twitter and facebook.Nasib baik tak ada blog.Kalau tak mesti dia lagi popular dari blog aku yang tak seberapa nak best ni.bhahaha..Sebab jaringan sosial yang berjuta-juta lemon ni laa ada orang yang tak berapa nak betul cuba mengambil kesempatan dengan menipu orang ramai.
Seriously aku cakap,benda ni dah semakin berleluasa pulak.Dan tawaran yang aku cakap tu bukanlah tawaran hang dapat masuk Universiti atau kolej ka.Yang tu memang tak pernah laa orang dok tipu.Kalau ada pun kolej-kolej yang tak dapat pengiktirafan lagi..kan..Yang ni tawaran ni berbentuk hadiah..Yes!
HADIAH...Sapa tak nak bila orang offer nak bagi kau sebiji banglo berserta 15 orang bibik.kannn tu tak termasuk lagi sebuah kereta sport dan seketul DUCATI..ehh betoii ka jugak ejaan aku tu.Ahhh lantaklah.
Rehatkan dulu mata korang yang comel tu
Yang ni serious aku cakap,memang tak tipu.Aku dah kena dekat batang hidung sendiri.Aku kena dekat facebook laa.Dia inbox aku then cerita macam-macam.Aku layan je laa.Orang berbudi kita berbahasa.Tak gitu akak ? ngeee..Okay focus! Aku stalk laa fb dia nak nengok dia ni made in mana kan..Stalk punya stalk dia berasal dari Miri,Sarawak dan sekarang tinggal dekat London.Aku apa lagi,mula keluarkan kepandaianku dalam berkelakar Sarawak.Alih-alih dia minta aku speak in english like before.Aku dah mula syak dah dekat mamat boleh bla ni.
Tak lama lepas tu dia cakap nak bagi aku gift.Siap nak bagi DSLR ngan Ipod kauu..Aku ye ye kan je laa.Kemudian,dia minta details aku,alahh macam detail yang butik Cala Qisya nak bila korang nak beli baju dia tu.Memang tak laa kan aku nak bagi.Aku suruh dia snap picture ipod ngan dslr tu.Boleh pulak dia bagi picture dari GOOGLE.Time ni aku memang gelak sambil guling-guling dah.Macam monyet yang tak ingat dunia kau..Aku pun bagitau laa dekat dia baik-baik yang aku tak nak gift tu.Then boleh pulak dia mengamuk lepas tu marah-marah dekat aku.
Part tu memang tak best.Apahal pulak dia nak marah dekat aku kan.Sepatutnya aku laa yang patut tunjuk rasa tak puas hati aku nih..Dia yang block aku dulu.Tak menyempat nokk aku pegi block dia.Takutlah tu kan.Aku bersyukur sangat tak terjebak jauh lagi.Nasib baik jugaklah aku dah baca entri
ni.Thanks bro..So berwaspada laa kita bersama-sama.Jangan mudah percaya dengan orang yang sebegini.Tak adanye orang nak bagi kita free-free barang mahal.Lainlah family atau kawan kita sendiri..tata
Comments
Post a Comment