Skip to main content

Featured

REVIEW NOVEL : HERO UNTUK JIYAN OLEH YUMI HYRA

 Dear Shoko,     Nama aku Nadia dan setelah sekian lama akhirnya mengambil keputusan untuk mula menulis lagi seperti dahulu kala. Since, ini adalah entry comeback gitu, aku putuskan untuk buat review novel Hero untuk Jiyan.     Okay, mari kita teruskan dengan beberapa details di bawah terlebih dahulu ya. Tajuk: Hero untuk Jiyan Harga: Sem.Malaysia - RM35.00 , Sabah / Sarawak - RM38.00 Penulis: Yumi Hyra Genre: Teen love crush Penerbit: Manes Wordworks     Novel ini menceritakan tentang seorang budak perempuan yang nak ambil SPM tetapi ada beberapa subjek yang dia macam tak boleh go macam tu lah. Kemudian, abah dia ni cari kan tutor tambahan dekat rumah untuk dia.     Tup tup tak sangka pula abah dia ni jadikan mamat stone yang dia jumpa dekat kafe fav dia tu. Betul-betul lah dah kalau namanya benda nak jadi tu kan haha. Pertemuan pertama mereka dekat kafe tu pula memang tersangatlah tak patut pun terjumpa sebenarnya hehe. Adalah benda yang buat Jiyan ni sakit hati.     Lepas tu mestila

Kuih Lapis Kacang Hijau

Dear Shoko's


  Hello uolls hari ni aku nak share lah sikit resepi bonda tercinta,,walaupun resepi ni baru cuba alhamdulillah menjadi.Siapa yang pernah rasa kuih ni mesti tau rasanya macam manakan,,bolehlah buat kuih ni,,jadi pukul 6.30 petang tu bolehlah tengok cucu menantu sambil tangan menyuap kuih ni,,so,what you waiting for,,let see the recipe now !!!

Bahan-bahannya

Bahan A
1)200 gram tepung kacang hijau.
2)50 gram tepung hoon kwee/tepung kura-kura.
3)40 gram tepung kanji.
4)1/2 sudu garam
5)1 sudu teh perwarna hijau.

Bahan B
1)300 gram gula melaka.
2)100 gula halus.
3)2 helai daun pandan.
4)800 ml santan pekat kara.
5)400 ml air
6)Loyang empat segi.

Cara-caranya
1)Satukan Bahan B.Masak sehingga gula larut.Ketepikan.
2)Satukan semua Bahan A kecuali perwarna didalam mangkuk dan tuangkan Bahan B tadi.Kacau rata dan tapis.
3)Bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu bahagian asal dan satu bahagian lagi masukkan perwarna hijau.
4)Setiap bahagian pula dibahagi 2.Tuangkan satu bahagian warna hijau dan kukus selama 10 minit.
5)Apabila masak ambil satu bahagian warna asal dan tuangkan ke atas
 lapisan pertama tadi.Kukus selama 10 minit lagi.Ulangi proses mengukus dengan di selang selikan adunan.sekiranya selepas 15 minit terdapat takungan air di permukaan lapisan hendaklah dikeluarkan air tersebut.Ini adalah kerana mendapan kacang hijau dan air dari kukusan yang terbentuk dipermukaannya.Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air dari menitik untuk lapisan yang terakhir kukus selama 25 minit sehingga masak.



 Nampak tak hasilnya?Cantikkan,,hijau-hijau gitu,,okay uolls mama aku ada pesan kalau korang tak suka manis-manis ni kan,,kurangkan gula halus tu ataupun tak yah guna langsung,,so apalagi korang test lah resepi ni !hehe








Comments

Popular Posts