Tuesday, 4 August 2015

Leessang, Lancer Evo


Dear Shoko's,

   Di kala malam yang sejuk ini, sudah menjadi kebiasaan untuk aku dengaq lagu leessang.Dalam sehari tu mesti dengaq jugak tak kiralah sesibuk mana pun aku. Ececeh. Mengalahkan kpoperss di luar sana! Semenjak aku kena tegur time form 4 tu,aku dah serik menjadi peminat tegar kpop! Seriously,aku lagi teruk berbanding adik-adik sekarang nih. Dulu,disebabkan mama sangat benci kalau aku beli magazine yang membazir tu katanya,aku sanggup beli curik-curik tau x! Huarghh.. Pastu hujung minggu baca dalam bilik curik-curik jugak tu! Ink printer yang ada pulak aku,pegi habiskan dengan print gambaq-gambaq Rain Bi pastu tampal dalam lemari baju! Haha kononnya kalau bukak lemari tu oppa rain tu pandang dekat aku! bahahaha.. But, sorry oppa LDW tetap no 1 dalam hati sampailah sekarang. ngee

  Sampailah masanya saat aku telah di buang ke sebuah pulau untuk menyambung pelajaran. Belajaq mana ni? Kolej Matrikulasi Labuan ataupun nama glamorrnya KML. Abang Mieyth kerja dekat situ.Tu hah syarikat om puteh tu hah schlumberger. Alhamdulillah idok laa aku kesepiankan. Ada jugak tempat bergantung.Selain dapat elaun dari pihak kementerian dan PaMa,abang pun bagi aku elaun! uhuk ! Lain lagi belanja mam apa bagai.Kalau dekat matrik ni kan, para pelajar hanya di benarkan berfoya-foya pada hujung minggu sahaja,hari lain tu setressss laaa engko! ngehehe tak adalah.Biasanya bila abang dah amek tu masuk kereta tros bagitau apa yang jadi dekat aku laa kan.Kalau tak bagitau pun confirm kena tanya.Pastu keluarlah dialog seperti ini "abang mieyth,laparrrrrr." "okay mau makan mana nih? kedai keling*mamak* ka melayu?" Selalunya aku diam sebab dia sendiri akan jawab MCD! hahaha.

    Sebab berputiknya kembali minat terhadap lagu korea nih adalah abang mieyth! Bukan lagu Exo tu eh.Taaaaaaapi lagu LEESSANG.Setiap kali jalan confirm lah dengaq lagu tu sampai aku dah jadi ketagih balik.Yo laa dulu aku minat super junior tu! hahahaha..Zaman-zaman akak dekk. Semenjak naik lancer tu tu tu aku macam dah biasa dengan kelajuan yang hahh faham-fahamlah kalau dah spesis kereta game nih kan.Pernah sekali tu balik dari kk awal-awal tu bukan main lagi aku ni membebel.Bila dia dah 'potong' dalam lima buah kereta macam tu sekaligus hakak terus kaki terdiam babe! hahaha dengan dengaq lagu leessang nyer dengan macam nak jadik f&f dah hah memang hahahaha. Bukan highway nah. Pastu abang tanya "kenapa dhia diam" aku yang dah terdiam nih sekadar jawab ahh? Pastu boleh lak dia gelakkan aku dengan sepuas hatinya! Jahatkan! hehehehe. But,semenjak haritu,aku dah okay! Aku jadi minat lak. Ingat lagi time raya,aku ngan akim gi pekan ngan alphato*van*,pegi drift! hahaha nasib baik masih bernyawa nih hah! gila.


Time nih dah sampai Labuan. Dah tak kaku dah macam biasa dah. Ingatlagi time nih lagu ballerino tengah berkumandang.






    Mama yang dulunya benci bila aku play lagu korea kini tidak lagi.Kalau drama tu tidaklah bencikan.Faham-fahamlah lagu korea macam mana.Tapi lagu-lagu leessang nih lain sikitlah aku rasa.I think kan mama minat lagu ballerino sebab siap nyanyi lagi! hehe. So,di bawah nih aku senaraikan lagu yang aku minat sangat-sangat.Actually cp dari belog minah indo mana ntah.Makseh kay.Sebab kebetulan semua lagu aku minat tersenarai.Malas aku nak tulis.Tapi ada jugak yang tak ada dekat dalam senarai tu. Alaa youtube kan ada.Taip jea leessang macam tak biasa kan.


1. 행복을 찾아서 (Pursuing The Happiness) [Feat Jo Hyuna of Urban Zakapa] 
2. 회상 [feat 백지영] 
3. You're The Answer To A Guy Like Me [feat. 하림] 
4. 내가 웃는게 아니야 [feat Ali] 
5. 너에게 배운다 (My Love) 
6. 헤어지지 못하는 여자, 떠나가지 못하는 남자 [feat Jung In (정인)] 
7. Turned off the TV (TV를 껐네…) [feat. Tasha,Kwon Jungyeol (권정열) of 10CM] 
8. 광대 [feat Bmk] 
9. 겸손은 힘들어 (Hard To Be Humble) 
10. Ballerino [feat Ali]


Lancer hakak Google tapi sebijik lah hmm rindu

6 comments:

  1. same with me la..Semua lagu Leesang Fida ada kecuali yang seksi meksi tu...
    Sebabnya...dulu tak kenal pu n Leesang ni apa..ingat batu nisan ..hehehe..lepas kenal Gary..terus jatuh cinta..sipa hafal lagi tau...Lagu kegemaran offcourselah tear

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yang shower later ke benda tu. hehe yeah kit geng! tu law pasal hafal jug nyanyi dengan penuh yakin yang lirik tu betul. hahaha lagu peberet semestinya remembrance hahaha

      Delete
  2. Saya kenal LeeSsang melalui Running Man :)
    Saya pun layan jugak lagu lagu diorang nie. Hehe
    Tapi bukan Kpopersss ye :P

    ReplyDelete
  3. Bestkan lagu Leessang nih. Hehehe aha laa bukan kpopersss

    ReplyDelete
  4. omg sis pun peminat leesang :P .. Jemput la datang mjlis tp jauh hahahaha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeee hi5! Jauhnya dekat mana tu sis? ngehehe

      Delete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page