Friday, 14 October 2016

Apa Yang Sedap Sangat Dengan Nasi Lemak Anak Dara tu


Dear Shoko's,

  Semenjak dua menjak nih, heboh sangat pasal kisah nasi lemak anak dara tu. Sedap ke? Iolls tak pernah rasa lagi tapi bukan main lagi viral nasi lemak dia tu. Bukan nak pertikaikan apa sangat TAPI aku tengok semua yang beratur panjang tu kaum adam. Nampak sangat marketing dia kat situ. Kalaulah sedap sangat confirm confirm mak cik-mak cik yang beratur dulu. Ni tak semua pakat lelaki.

  Dekat seksyen 7 nih banyak lagi nasi lemak yang sedap. Contohnya nasi lemak seringgit yang kat depan giant seksyen 7 tu. Tambahan pula, yang beratur panjang tu semua dia bagi free. Sebab tu lah ramai yang datang pastu acah-acah sedap sangat.

  Satu hal pulak sekarang nih sikit-sikit nak viralkan. Cantik je pakat viral. Kalau mak cik-mak cik ke budak-budak yang berjual cari duit tak ada pun yang nak viralkan. Sumpah aku tak jeles langsung pun. Cuma aku tak suka dengan cara macam tu. Dia potong timun pun nak upload. Masuk paper bagai. Bagi aku tak munasabah langsung! Okay bye.


Psssstttt bukan jugak aku mengatur-atur.

Nasi lemak mama lagi sedap nyummm

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page