Saturday, 2 January 2016

Bab 1, 2016


Dear Shoko's,

   Sudah menjadi kebiasaan untuk update entry baru di tahun baru, tapi tak tahulah tahun ni macam malas sangat nak update. Alaaa tak apalah, kira tahun baru jugak lagikan hehehe apa bendalah kau merepek oi!

   Tahun lepas,*ececeh macam dah lama sangatkan macam-macam yang telah aku lalui. Yah seriously, kira hebat jugaklah cabaran yang terpaksa aku lalui. Macam yang Chanyeol selalu cakap, kalau benda tu boleh buat kita more mature, saya akan harungi tak kira susah atau pun senang. So, mulai saat itu,aku akan cuba buat macam yang Chanyeol cakap tu. Jangan cepat melatah. Kan aku nak jadi lebih matang.

   So, apa yang aku nak buat tahun ni adalah, nak buat diri aku more mature! Dan yang paling penting solat lima waktu dan termasuk dalam golongan-golongan dean list. Seriously, rasa tercabar gila bila hakak-hakak dekat rumah semuanya memang perghhh laa wa cakap lu!

   Dan, dan since aku dah masuk 20 series nih, aku harap tahun ni dapatlah aku buat birthday party di samping insan yang tersayang*uwerkk hmm biar pun bajet ciput. Huhu

   Hmm nak terobekk jugaklah!

Adik Heliza Helmi haha tak adalah

Paling penting with my pretty twin



...

I love you so much kakak, Ya Allah janganlah ada yang rosakkan ikatan kami walaupun kekadang tu ada yang tidak kena di hati
 
 My kawaii ruben-ruben also

Love you

 And this guy,

#SRN

Tata...









Sangkaya


Dear Shoko's,

   Cerita sebenarnya dah basi, tapi pedulik apa kan. Aku nak jugak ngupdate. Alkisahnya ketika cuti seminggu masa deepa hari tu. Tau tak betapa kalutnya aku dari Shah Alam ke Kelana Jaya. Memanglah tak jauh mana pun kan tapi ya laa aku pegi sengsorang. Orang yang di harapkan pada awalnya ntah hilang ke mana. Aku time tu tak peduli dah. Janji aku gi rumah twin aku jugak. So, dengan tekad dan keberanian yang ada dalam diri ini, ku gagahkan jugak kaki ini melangkah pergi. Dengan adanya aplikasi myteksi kakak aku tu book kan teksi untuk aku dan alhamdulillah aku sampai betul-betul dekat bawah kondo dia.

   So, bila minah senget berdua ni dah bertemu, apa lagi kan. Nak kata merayau sepanjang masa tu menipulah! Kita orang jalan bukannya tiap hari pun! Ada masanya kita masak, ada masanya kita malas dan apa lagi blah laa cari tempat makan yang best-best. Yang pastinya aku cakap dekat dia no more mamak please. Boring laa. Tetiba pada suatu petang yang hening, terlintas di fikiran nak makan ais krim. Aku peminat tegar mcflurry oreo. So, tetiba lak petang tu teringin nak makan. Taaaaaaaaaaaapi melencong pulak ke Sangkaya. Alaa bukan jauh dari rumah dia pun, jalan kaki sampai. Sebab time tu ada promotion so kitaorang pun nak try laa.


sebelum pegi tu dah google siap-siap

   Sampai je tu terus pergi ke kaunter dan order. Nengok lah menu apa yang ada dan tanya sekali pasal promosi mereka ni. Kalau tak tanya bukannya dia bagitau pun. So, rajin-rajin kan lah diri anda untuk bertanya.

Kaunter dia

   My twin and me order yang mana tak ingat yang penting time tu harga dia Rm12 macam tu lah.. Tapi puas hati weh...

Hah yang ni.. cute kan.. sedapp

   Nampak tak ais dalam cone yang aku pegang tu hehe.. yang tu kalau pilih macam yang dekat dalam tempurung kelapa tu, tambah seringgit aje. Time tu lah. Tak tahu lah sekarang hehehe..



   Semestinya pergi ngan my twin...

Blogger jugak->Nurain How

  Selfie lah apa lagikan hehe

 

   Ni pulak dekorasi dekat Sangkaya ni,



   So, tunggu apa lagi kalau nak makan ais kelapa jemput datang ke Sangkaya nih,hehehe





















 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page