Thursday, 10 November 2016

Antara Dua Garisan


Dear Shoko's,

   Korang ingat tak cerita antara dua garisan tu? Kisah tu menceritakan si widah ni yang memandang jijik dekat kakak dia memandangkan kakak dia berkerja di kelab malam. Mentang-mentang dia ni solat lima waktu sehari semalam tak tinggal dan merasakan diri tu ahli syurga dan manusia yang jijik itu dipandangan dia adalah ahli neraka jahanam. Nauzubillahminzalik.

   Ternyata itu bukan sekadar drama. Ianya benar-benar berlaku dan kena dekat batang hidung aku yang tak berapa nak mancung ini tapi masih kelihatan comel. Tak begitu? Kita berhuhuhuhu sahaja lah. Tadi, selepas aku siap solat isyak, dia mampir ke arah aku dan kawan baik aku. Dia cakap gini taw "Aik? Apa mimpi korang solat?" Allah. Kau tak ada hak nak cakap macam tu! Aku tau perangai aku tak adalah baik mana. Tapi kau harus ingat mengores perasaan orang lain jugak berdosa. Di sebabkan ramai spesis macam inilah ramai orang takut berhijrah. Bukan apa, mereka tak tahu nak menjaga hati orang lain. Asyik tahu membahan orang lain. Ingat ye, belum tentu solat yang kau dirikan selama ini Allah terima.

   Allah maha pemurah lagi maha penyayang. Allah tak pernah tak memaafkan hambanya yang ingin bertaubat. Kepada spesis yang suka merendah-rendahkan orang lain ni, aku nak ingatkan korang. Korang tak ada HAK nak mempertikaikan orang lain! Nabi Muhammad SAW tak pernah ajar umatnya macam tu. Jangan nak mengata-ngata orang. Aku cukup kecewa dengan orang macam nih. Allah.

Sekian,terima kasih.

Tenang tengok :)

Monday, 7 November 2016

Sweet Simple Makeup


 

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page