Saturday, 29 October 2016

Holiday Gift From Benefit Cosmetic Malaysia


Dear Shoko's,


   Mesti korang dah tau kan yang aku ni suka sangat dengan barang-barang Benefit nih. Dengan packaging dia yang sangat unik dah cute tu, bertambah-tambahlah nafsu aku ngan Benefit nih. Kalau nak brow wax pun aku buat kat Benefit. Nanti aku buat entri khas untuk tu.


..



   Cute tak, cute tak? So, kalau korang berminat ngan holiday collection daripada Benefit nih, cepat-cepat sign up untuk berpeluang memenangi holiday collection tu secara percuma. PERCUMA okay, benda free. So jangan tak rebut peluang nih pulakkan.

   Sign up cep sebelum 11:59pm 1 November 2016. Silas klik gambar di atas until sign up. 

Much love, 
-nadia-

 

Monday, 24 October 2016

#KISSFATALE Lipstick Giveaway with Zamrina Zamrim


Dear Shoko's,

   Hai korang! Sihat tak? Cuti deepavali ni pergi mana? Hehehe. Tak pernah nak tanya soalan tetiba nak tanya. Bukan apa, aku sebenarnya spesis yang cepat sangat terkinja-kinja eksaited kalau buat benda yang aku suka, dapat benda yang aku dah lama teringin dan semestinya kalau melibatkan mekap! Dah memang suka mekap dari tingkatan berapa aku pun tak tahu. Tapi tak adalah dari umur EMPAT TAHUN.

   So, pada 23hb Oct hari tu ada event Nyx yang bertempat di Sephora Nu Sentral. Dorang ada lipstick giveaway untuk 100 nyxlover yang terawal. Dan part yang paling best ada my super duper favourite youtuber Zamrina Zamrim! Yuhuuuu. Ni event kedua Zamrina kitaorang pergi. Kitaorang? Opkoz sebab pergi dengan twin Nurain How.


Fujifilm Workshop


-love-

    Tu gambar event ngan fujifim hari tu.




Layan gambar jap eh, hehe

Nak macam tu pleaseee

   Tadaaaaaaaaa 


I love your
...


   Miss gojes nigh pun sporting sangat 

XOXO

   Event dia simple aje, dorang bagi free lipstick. Satu aje masalah ada orang-orang yang tak reti nak sabar. Boleh aje kan beratur elok-elok tak perlu tolak-tolak. Kita ni bukannya budak sekolah lagi. Dah tau nak fikir. Betul tak? 

   Zamrina! I tak terfikir pun you ingat I. Tak pernah terfikir pun yang you akan tegur dulu. Sebab ye laa malu nak tegur. Hehehehe I love you so much! Kat mana-mana ada event you, I akan cuba untuk datang. Muuuaaahhh XoXo.

And I love you too twin! 

  Much love,

 
-nadia-



 









Friday, 14 October 2016

Apa Yang Sedap Sangat Dengan Nasi Lemak Anak Dara tu


Dear Shoko's,

  Semenjak dua menjak nih, heboh sangat pasal kisah nasi lemak anak dara tu. Sedap ke? Iolls tak pernah rasa lagi tapi bukan main lagi viral nasi lemak dia tu. Bukan nak pertikaikan apa sangat TAPI aku tengok semua yang beratur panjang tu kaum adam. Nampak sangat marketing dia kat situ. Kalaulah sedap sangat confirm confirm mak cik-mak cik yang beratur dulu. Ni tak semua pakat lelaki.

  Dekat seksyen 7 nih banyak lagi nasi lemak yang sedap. Contohnya nasi lemak seringgit yang kat depan giant seksyen 7 tu. Tambahan pula, yang beratur panjang tu semua dia bagi free. Sebab tu lah ramai yang datang pastu acah-acah sedap sangat.

  Satu hal pulak sekarang nih sikit-sikit nak viralkan. Cantik je pakat viral. Kalau mak cik-mak cik ke budak-budak yang berjual cari duit tak ada pun yang nak viralkan. Sumpah aku tak jeles langsung pun. Cuma aku tak suka dengan cara macam tu. Dia potong timun pun nak upload. Masuk paper bagai. Bagi aku tak munasabah langsung! Okay bye.


Psssstttt bukan jugak aku mengatur-atur.

Nasi lemak mama lagi sedap nyummm

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page