Skip to main content

Featured

REVIEW NOVEL : HERO UNTUK JIYAN OLEH YUMI HYRA

 Dear Shoko,     Nama aku Nadia dan setelah sekian lama akhirnya mengambil keputusan untuk mula menulis lagi seperti dahulu kala. Since, ini adalah entry comeback gitu, aku putuskan untuk buat review novel Hero untuk Jiyan.     Okay, mari kita teruskan dengan beberapa details di bawah terlebih dahulu ya. Tajuk: Hero untuk Jiyan Harga: Sem.Malaysia - RM35.00 , Sabah / Sarawak - RM38.00 Penulis: Yumi Hyra Genre: Teen love crush Penerbit: Manes Wordworks     Novel ini menceritakan tentang seorang budak perempuan yang nak ambil SPM tetapi ada beberapa subjek yang dia macam tak boleh go macam tu lah. Kemudian, abah dia ni cari kan tutor tambahan dekat rumah untuk dia.     Tup tup tak sangka pula abah dia ni jadikan mamat stone yang dia jumpa dekat kafe fav dia tu. Betul-betul lah dah kalau namanya benda nak jadi tu kan haha. Pertemuan pertama mereka dekat kafe tu pula memang tersangatlah tak patut pun terjumpa sebenarnya hehe. Adalah benda yang buat Jiyan ni sakit hati.     Lepas tu mestila

Hati-hati Ketika Memilih Skincare!


Dear Shoko's,

   Kalau ada yang mengikuti perkembangan belogg ni mesti perasankan beberapa bulan yang lalu tak pun tahun lalu, muka aku bersih gila-gila. PEHLOLESS gitu. Dan aku pun dah share pasal produk apa yang aku pakai time tu. Tapi, bila belek-belek muka sendiri hari-hari depan cermin sebelum dan selepas pakai cream apa benda semua tu aku perasan yes memang betul tak ada jerawat taaaaaaaapi blackhead engkau merata-rata. So, disebabkan hal tersebut,aku mengambil keputusan untuk menukar ke skincare baru.

   Ex housemate aku adalah tanya kat aku, aku pakai skincare apa kan sebab muka halus aje, so aku bagitau laa kan yang aku pakai dnars tu. So, dia pun ceritalah pengalaman dia pakai dnars jugak. Pengalaman dia agak sadis sikitlah. Dulu muka dia putih gilalah sampai tak sama dengan warna badan sampai dia pergi majlis family dia kira cousin-cousin dia dok carutlah apasal muka aje putih tangan gelap alaaa macam iklan terlajak laris tu kan. Kot ya pun janganlah cakap sampai macam tu sekalikan. Then, dia pun berhentilah pakai dnars tu. Yang pastinya muka dia jadi agak bermasalah iaitu agak teruk jugaklah. Sekarang dia pakai korean skincare.

   So, dia pun suggest lah pakai korean skincare jugak. Aku pakai dinars tu tak ada masalah papa pun tapi tu laa banyak sangat kan yang cakap dnars tu tak bagus so aku sesaja aje laa nak stop. Takut sebenarnya. Kebetulan time tu yadah tengah banyak buat iklan. Ramai yang pakai tu tak adalah tapi aku tertarik jugak nak try kan. Aku pilih keluaran terbaru mereka. Aku tak order terus eh, tapi aku chat jugak ngan orang yadah Malaysia nih. Dorang memang sporting.

Aku pilih yang white boosting nigh

   You know what, aku stop pakai dnars selama seminggu jugaklah sebelum pakai skincare baru nih. Kira okay jugaklah tak ada masalah papa pun. Taaaaaaapi bila aku dah pakai yadah Ya Allah sumpah muka aku gatal gila and merah macam terbakar tu! Aku positif lagi time tu kira dia nak pulihkan muka aku laa agaknya. Tapi dia berlanjutan sampai aku tak tahan sampai ada satu hari tu aku nangis sorang-sorang. Sumpah sedih gila takut pun ada jugak. Semua orang tegur kenapa dengan muka aku. Hmmm.

Dua hari selepas menggunakan yadah *muka tahan gatal* 

   Dalam masa yang sama aku tetap tunjuk muka happy



Daaaaaaaaaan dua minggu selepas tu,

Tongue flight awal pagi

   Nampak tak muka yang dah macam chibi maruko chan tu. Huwarghhhh sedih nasib baik air mata tak mengalir. Hehe sampai aje jumpa mama Allah mama bebel kau kalau buat novel pun boleh rasanya. Terus mama suruh berhenti pakai yadah tu. Tapi aku teruskan jugak. Aku pakai cleanser ajelah untuk bersihkan muka. Toner ngan emulsion dia aku tak sentuh langsung sebab kalau pakai aje mesti gatal kat muka. So, ianya berterusan sampai pertengahan puasa hari tu, aku pegi KIEHL'S kat pavi. Yeahhhhh

I love my bulus-bulus blouse!

  Pergi kiehl's ni best dia bagi sampel umtuk kita try produk dia yang lain. 



  Bukan tu aje, sempat hah pergi menyinggah kat sephora, tapi tak beli apa pun kat sephora. 


cute sangat deco dia


buat wax dia pastu dapat free benda alah tu! Best sangat.

  Psssttt kalau nak beli barang benefit, staff dia cakap better pergi kiosk dorang terus. Tak yah beli melalui sephora sebab harga sephora mahal sikit daripada beli terus kat dorang. Pastu kalau beli kat dorang kadang dorang memang akan bagi free sample! Sapa yang tak suka right.

   Okay sambung pasal kiehl's balik, kalau korang pergi korang x yah susah-susah pening kepala nak pilih yang mana satu sesuai untuk keadaan kulit korang. Dorang akan test kulit korang, dorang akan nengok kulit korang kering ke, oily ke tak pun combination. You know what, sebelum nih kuit aku normal aje. Tapi selepas pakai yadah tu dorang cakap kulit aku kerng sangat. Bahagian dahi normal time tu, tapi sekarang dia normal to oily. Last week aku gi kiehl's balik sebab nak beli stok. So, dia check balik. Jangan risau dorang tak kan paksa beli produk dorang pun. 

   Masa mula-mula pakai dulu, aku mix kan kiehl's ngan body shop. Untuk moisturizer aku pakai body shop. Tapi sekrang dah pakai kiehl's. Untuk toner aku pakai daripada brand Muji. Nanti aku update tak pun buat video. Uhuk uhuk. 

   Konklusinya, aku nak bagi nasihat sikit please before uolls beli skincare tu pastikan ianya bersesuaian ngan skin kita okay! 




Much love, 
NADIA













Comments

  1. Sebelum ni pernah jugak nak try Dnars tpi tiap kali nak beli ada ja benda yang tak jadi. Habis lah, duit takdak la hahaha. Thankyou bagi nasihat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously you, better jangan beli. Local product sekarang nih macam2 jadi. Semua produk hampir sama iaitu untuk bagi cepat flawless and putih. Hehe dulu2 terjebak jugak

      Delete

Post a Comment

Popular Posts