Thursday, 12 May 2016

P.O.C.K.Y


Dear Shoko's,

   Assalamualaikum and good night! Memandangkan aku update ni malam so, good night lah kan. Ya Allah lama gila aku mendiamkan diri. Sebenarnya banyak je masa wifi ke data ke tak ada masalah pun sebenarnya. Masalah sebenarnya adalah MALAS! Hmmm rasanya aku tak adalah menghilang sangat. Ada je update kan. Paling rajin update gambaq kat IG lah! Hehe go to ig and search hannynadia__ . Tapi kalau boleh aku nak update selalu lagi-lagi time cuti sem nih. Nak pulun update.

   So, topik kali ni adalah pasal pocky! Aku terlalu GILAkan POCKY nih! Rasanya semua orang tau. Motif? Nak bagitau semua orang kau minat pocky? Tu je? Hahaha. Tak adalah nak cerita sebenarnya macam mana aku boleh TERbeli pocky limited edition nih. Ngee.

   Aku ni jenis orang bila dah minat sangat dekat sesuatu benda tu, aku pantang gila kalau nampak benda tu. Memang dah macam orang sawan laa rupanya. Nampak pocky strawberry ataupun banana dekat giant pun dah buat aku happy sepanjang hari. Hehe. Tak tau laa pasaipa tapi benda tu boleh buat aku happy. Lelebih lagi time stress. Hari tu time nak study untuk final bukan main lagi aku borong pocky dekat giant. Ada oreo, chocolate, dark chocolate and my favourite strawberry! Hasilnya penuh satu plastik sampah dengan kotak-kotak pocky and coco crunch.

   Ceritanya bermula macam nih, aku pun suka makan kuih mochi. Uolls tau kan apa tu mochi? Mochi dia macam kuih koci lah tapi dia ada macam-macam perisa. Abang sepupu selalu bawak mochi balik terutamanya perisa kacang merah. So, time lepas exam tu actually time exam lagi tekak nih nak merasa mochi. Awal-awal lagi siap bagitau encik boyfriend. Tau tak dia cakap apa "Ish sayang nih makanan pelik-pelik." Yang sweetnya, dia siap google taw cari tau mochi tu apa and mana nak dapat. Bila exam dah habis pada hari khamis, sabtu tu kitaorang pon gigihlah gi Midvalley. Menurut dekat google tu, kat mid ada mochi tu. Nama dia Sweet Mochi. Puas kitaorang round kat situ tapi tak ada pun. Adapun perisa durian. Dah laa aku nih tak makan durian so dah tentu-tentulah OUT!

Sebab tak dapat mochi, dia belanja kita sticky! Yeahh

   Dan tau-tau lah aku ni jenis tak putus asa. Aku kalau dah nak benda tu,aku tak akan mengalah tau. Aku tak kira, sebelum balik Sabah aku nak jugak beli benda mochi ni. So, next week nya lagi kitaorang pegi lah Pavilion. Katanya dekat Tokyo Street tu ada. Gigih tau akak dik oi! Hehe

Sudah-sudahlah tu mengunyah cik  abang oi. Haha

 
Masuk-masuk je ninja turtle nih kat depan

   Puas pusing kat dalam tu tapi seketul mochi pun tak nampak kay. Tanya orang kat dalam tu, dia cakap kedai mochi dah pindah kat level 1. Kau bayangkan laa dari level 6 tu nak turun balik. Allah penat. Nak punya pasal turun jugak ah. Kesian encik boyfriend ngan kawan-kawan. Thanks taw. Tapi tapi sebelum turun tu, masuklah kat dalam satu kedai ni. Dalam tu dia jual semua makanan Jepun. Kalau korang yang minat makanan Jepun nih sumpah korang takkan dapat duduk diam kat dalam tu.

   Yang buat aku tak tentu arah time tu bila aku dah ternampak pocky kat dalam tu. Paket besar lak tu. Allah! Terkinja-kinja laa aku kat dalam kedai tu. And tak boleh bla boyfriend aku gi cakap macam ni kat aku "Sayang, kat sini lagi banyak pocky!" Dengan sepantas kilat aku pegi kat tempat dia and uolls nak tau tangan aku dah dekat pipi mulut terngangah luas kau, lalat langau pon boleh masuk hah! Berbaris-baris pocky awak awak. Dari yang tak limited ke limited edition. Aku amek tak adalah banyak sangat. Yang aku minat aje. Apa yang si Venus Angelic tunjuk dekat video dia tu, semua ada. Kalau ikutkan hati aku, macam semua aje aku nak amek. Tapi tu lah, orang tu cakap amek yang betul-betul nak aje. Nanti tak makan lak. Hmmm so, yang ada kat dalam picture di bawah nih aje laa yang aku amek.

Ni pocky bentuk heart. Sweet kan. Konon-kononya nak makan sesama ngan boyfriend kat tepi pantai. Haha

Yang nih Almond. Nak rasa

Pocky panda! Limited edition!

Lemon ni pun also limited edition!

   Tak jumpa pun mochi kat pavi tu, tapi kitaorang jumpaaaaaaaaa

Abang Sam. Best aje dia nih. 

   Esoknya, kitaorang pegi Times Square tau tak aku jumpa mochi tu dekat situ. Encik boyfriend jugak yang ajak gi situ. Tapi aku tak borong banyak sangat pun. Aku amek untuk aku and untuk my bff Avie. Sebab aku dah tawar hati ngan mochi sebenarnya sebab dah ada pocky! ehehehehe

Ni aje yang tinggal! Hehe

Tata!



Pssstt akak dah tak pakai dnars taw! Nanti akak cer..hehehe muahhh! XOXO






No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page