Saturday, 22 August 2015

Tidak Bertajuk


Dear Shoko's,

   Baru sekarang aku sedar tujuan sebenar aku berbelog. Wujudnya blog nih bukannya untuk mencari publisiti ataupun duit lebih.Aku sedar yang aku memang tak layak langsung untuk semua tu. Aku sedar yang aku memang kurang orang yang terdekat.Aku cuma ada seorang kawan yang benar-benar faham diri aku.Yang sanggup terima aku seadanya walaupun aku sangat tidak bertamadun.Hanya dia yang faham aku sebenar-benarnya.Terima kasih Lynn sudi bersama aku dalam susah ataupun senang.Masa aku perlukan seseorang yang berada di sisi.Seorang pun tak ada yang faham perasaan aku melainkan dia seorang.Benar aku sorang yang bila orang nengok,orang akan ingat aku langsung tak ada masalah.Gembira sepanjang masa.Tiada yang tahu apa yang aku rasakan.Tiada yang tahu betapa hati perit! Semuanya aku simpan dalam hati.Begitu ramai orang memandang rendah terhadap aku.Memperlekehkan aku.Seumpama aku ini langsung tidak berfungsi.Seorang demi seorang meninggalkan aku secara senyap.Pergi menjauh meninggalkan aku.Tinggalkan aku seorang diri terkapai-kapai tiada tempat meluahkan tentang hati yang perih.Lelaki? Lelaki muncul dan pergi begitu sahaja.Hanya memikat kerana paras rupaku yang alhamdulillah cute Allah jadikan.Mujurlah aku bukan jenis yang keluar ngan orang lelaki nih melainkan family aku sendiri.Terima kasih, Abah didik dhia jadi macam nih. Kini,fahamlah aku kenapa abah macam tu. Abah tak mahu orang lain sakitkan hati anak dia.Sedangkan seorang lelaki yang sederhana pun melukakan hati aku inikan pulak yang spesis perfect 10! Ya Allah bermacam-macam dugaan yang Engkau berikan padaku.Aku bermohon ampuni segala dosaku.Berikanlah aku pelangi yang indah Ya Allah.Aku percaya kejayaan adalah milik orang yang percaya akan mimpi indahnya.Kawan-kawan alam maya,terimalah diri saya seadanya.Hanya blog nih lah kawan yang paling rapat dengan aku.Hanya belog ini yang sanggup menerima bebelan aku.Terima kasih,SHOKODODOLLS.


XoXo
Berharap esok muncul pelangi yang diidamkan
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page