Sunday, 11 January 2015

Tak Salah 'GILA'kan Kpop

Dear Shoko's,

   Sejak semalam sehinggalah ke hari ni negara kita hot tentang isu adalah budak perempuan ni dok kena belai dengan mamat korea kumpulan B apa entah aku tak ingat.Bukak fb jea berjuta-juta lemon post pasal benda tu.Ingatkan bila bukak wechat bolehlah kan nengok benda lain.Ngupanya ek eleh sama jugak.

   Bukan takat tu jea yang jiran sebelah bilik aku ni pulak mengamuk sebab benda tu laa.Bukannya tak puas hati apa.Diaorang pun peminat group tu then macam ntah susah aku nak describe.Siap cakap'ishh perempuan ni nda malu,sudahlah gemuk'.Lebih kurang macam tu laaa.

   Tapi bagi aku fizikal seseorang tu bukanlah masalahnya.Masalahnya kita ni orang Islam dan awak tu orang melayu asli.Penuh dengan adat sopan santun.Kami yang sumandak ni,tak ada laa macam tu sekali.Aku boleh faham kalau orang tu peminat tegar group tu,aku pun minat kpop jugak dari dulu lagi.Sebelum famous lagi.Hampir setiap hari aku kena carut dengan classmate. Bukan tu saja,cikgu bi aku siap cak,'Nadia,fasihkan dulu english,pastu bolehlah kpop'.Malu gila aku time tu.Start dari hari tu,aku kurangkan kegilaan aku terhadap kpop.Tapi,masalahnya cinta aku dengan Lee Dong Wook terlalu kuat.haha aku still nengok drama.Tapi songs dah kurang kecuali lagu Leessang.

   So,kita ni,walaupun minat dekat kpop ka,thaipop ka,indopop ka,indiapop ka.Kan berpada-padalah.Jangan maruah kita sampai terjatuh.Tak cukup kes mamat thai cop perempuan Malaysia ni gedik,kita tambah lagi dengan yang lain.Aku malaslah nak cerita lebih detail pasal isu tu.Kalau nak tau boleh tanya kak Google.


Ingatlah abah mama kita.Pesanan ikhlas Miss Shoko. X.O.X.O


 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page