Skip to main content

Featured

REVIEW NOVEL : HERO UNTUK JIYAN OLEH YUMI HYRA

 Dear Shoko,     Nama aku Nadia dan setelah sekian lama akhirnya mengambil keputusan untuk mula menulis lagi seperti dahulu kala. Since, ini adalah entry comeback gitu, aku putuskan untuk buat review novel Hero untuk Jiyan.     Okay, mari kita teruskan dengan beberapa details di bawah terlebih dahulu ya. Tajuk: Hero untuk Jiyan Harga: Sem.Malaysia - RM35.00 , Sabah / Sarawak - RM38.00 Penulis: Yumi Hyra Genre: Teen love crush Penerbit: Manes Wordworks     Novel ini menceritakan tentang seorang budak perempuan yang nak ambil SPM tetapi ada beberapa subjek yang dia macam tak boleh go macam tu lah. Kemudian, abah dia ni cari kan tutor tambahan dekat rumah untuk dia.     Tup tup tak sangka pula abah dia ni jadikan mamat stone yang dia jumpa dekat kafe fav dia tu. Betul-betul lah dah kalau namanya benda nak jadi tu kan haha. Pertemuan pertama mereka dekat kafe tu pula memang tersangatlah tak patut pun terjumpa sebenarnya hehe. Adalah benda yang buat Jiyan ni sakit hati.     Lepas tu mestila

MND-BAB 6


Dear Shoko's,



Oh aku tak
(Ku tak mahu ku tak mahu) emas permata
(Ku tak mahu ku tak mahu) apa pun darimu
Cintaku tak perlu dijual beli dengan duitmu
Tetapi 
(Ku mahu aku mahu) kau disisiku selalu
(Ku mahu aku mahu) kamu layan aku selalu
dengarlah hatiku
dengan hati tulus kerna
I am not for sale

 “Amboi bukan main anak dara Puan Atitah seorang ni menyanyi siap menari ikut rentak tarian Stacy engkau. Siaplah aku kerjakan.” Terperanjat Chuki ketika melangkah masuk ke dalam ruang tamu tadi. Sangkanya ada konsert di dalam rumah mereka. Rupa-rupanya Hasya Dhia yang sedang membuat persembahan solo di hadapan macbook nya.

   Tanpa membuang masa, Chuki bergerak dengan perlahan-lahan menghampiri  adiknya yang asyik menari sakan itu. Gatal sahaja tangannya hendak menggeletek pinggang adik kesayangannya itu biar terkejut beruk!

  “Satu…dua…tiga.. Hasya!” Jerit Chuki seirama dengan kepantasan jarinya mencuit pinggang si adik.

   “Opocot Hasya not for sale!” Terhenjut badannya akibat terkejut.

   Chuki sudah tergolek-golek ketawa di lantai melihat reaksi spontan Hasya Dhia yang padanya tidak masuk dek akal langsung. Sejak bila adiknya pandai melatah macam nenek mereka ini. Di lihatnya muka Hasya Dhia sudah merah padam menahan marah sahaja gayanya lantas tawanya berhenti serta-merta.

   “Seronok dapat kenakan orang?” Soal Hasya geram dengan perangai kebudak-budakan abangnya.

   “Seronok tu tak lah jugak tapi kelakar adalah.” Jawab Chuki lantas ketawanya meletus. Tawanya tidak dapat di kawal lagi.

  “Not funny.” Bibirnya di muncungkan ke hadapan tanda dia tidak suka dengan gurauan abangnya.

   “Okay, fine! Ni sejak bila pandai melatah macam nenek?” Soal Chuki. Tak sanggup rasanya melihat muncung panjang Hasya Dhia.

   “Abang ingat Hasya tak terkejut ke abang buat macam tu? Nasib baik Hasya melatah je kalau jantung Hasya nih gugur sekali tadi macam mana? Bukan abang jugak ke yang susah nanti kena masukkan jantung Hasya nih balik?”

   “Amboi amboi, jantung gugur katanya. My sweetheart nih, bukan main eh. Agaklah jantung awak tu nak gugur pun. Dah tu siapa suruh menari tak ingat dunia. Abang terpacak dekat belakang dia pun, dia boleh tak perasan. Berangan nak jadi Stacy eh? Ke teringat dekat si Emel tu lagi?” Jawab Chuki sambil mengesat air matanya yang mengalir keluar kerana sakit perutnya ketawa terbahak-bahak tadi.

   “Abang please jangan nak mention nama si hagemaru tu lagi.” Kata Hasya.

 “Hagemaru?” Tanya Chuki pelik. Apa kaitan Hagemaru dengan Emel? Takkan ada talian persaudaraan kot.

 “Abang ni takkan lah tak faham-faham. Bukan ke perangai Hagemaru dengan Emel tu sebijik?”

“Ahhh… apa-apalah. Malas abang nak fikir. Dah pergi siap cepat.” Arah Chuki.

“Nak buat apa pergi bersiap? Malaslah nak jalan time-time macam ni.”

“Abang nak bawak Hasya pergi shopping barang dapur ni. Masuk hari ni, dah dua minggu tekak abang nih asyik makan makanan Korea aje. Muak tau tak! Tak lalu dah tekak nih nak makan. Lagipun, bukannya adik abang nih tak pandai masakkan? Hasya masak sedaplah sayang. Abang rindu dah nak makan masakkan Hasya.” Jari-jemari Chuki mencuit pipi Hasya Dhia.

 Tangan Chuki di tepisnya. Rajuknya masih bersisa walaupun Chuki sudah memuji yang masakannya sedap. Senyuman yang terukir di sembunyikan. Sengaja dia mahu menguji sejauh mana abangnya dapat memujuk dirinya.

  “Hasya please…. Hasya follow abang malam ni, esok ada kejutan yang menanti untuk Hasya.” Pujuk Chuki.

   “No. Malaslah. nak jalan. Buat penat aje.” Bantah Hasya.

    “Ala… Takkan Hasya tak kesiankan abang langsung?” 

  “Hmmm… tak!” Jawab Hasya begitu yakin tetapi muka di halakan ke tempat lain untuk menyembunyikan senyuman nakalnya. Padan muka siapa suruh suka sangat nak menyakat dia. Sekali-sekala kenalah balas balik.

  “Kalau macam tu terpaksalah abang bagi present tu dekat Da Hae noona.” Balas Chuki bersahaja. Jangan cakap dia tak nampak senyuman nakal adiknya tu. Hasya. Hasya. Nak menyakat orang pun tak reti. Kalau orang lain mungkin boleh terpedaya tetapi tidak dirinya.

Terdiam sejenak Hasya Dhia memikirkan kata-kata abangnya. Kalau betul apa yang abangnya cakap sebentar tadi dia juga yang akan rugi besar nanti. Ah! Baik menyerah kalah sahajalah Hasya Dhia oi! Next time aje lah kau sakat abang kau tu lagi.

“Hmmm… okay lah. I’m agree. But make sure tomorrow, bila mata Hasya celik aje, Hasya nak present abang tu ada dekat depan pintu bilik Hasya tu hah.” Jari telunjuk di halakan ke pintu biliknya.

Trust me, sweetheart. Now, Hasya pergi mandi wangi-wangi dulu, dah siap nanti Hasya panggil abang. Abang nak rehat dekat dalam bilik sekejap. Kata Chuki seraya bangkit menuju ke biliknya. Sengal-sengal badannya memandu dari Seoul sebentar tadi belum hilang lagi. Sebenarnya boleh sahaja dia suruh Ucid yang turun ke site, tapi memandangkan kerenah Datin Malinah yang macam-macam , itu tak kena ini tak kena adalah lebih baik dia sendiri yang turun padang. Lebih selamat katanya.

Hasya Dhia memandang abangnya dengan muka toya. Seriously dia rasa malas sangat nak bergerak buat masa sekarang. Sudah seminggu dirinya ditinggalkan bersendirian di rumah menyebabkan sel-sel malasnya laju sahaja berhubung. Bukannya Chuki sengaja hendak mengurung dia di rumah, Chuki ada projek yang perlu dia siapkan. Ada juga Chuki menyuruh dia keluar mengambil angin tak pun bersiar-siar sendiri di luar. Jalan kaki? Memang tak lah jawabnya. Adalah lebih baik dia duduk di rumah makan popcorn sambil menonton drama Korea yang so sweet. ****

“Baiklah puan-puan di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, akhir sekali masukkan pula daun sup dan tutup api. Maka siaplah menu kita untuk hari ini. Sebelum saya terlupa, kalau nak lagi sedap hidangkan bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sebagai pelengkap menu nasi ayam hainan kita.” Ujar Hasya Dhia acah-acah chef terkemuka. 

Semua sudah siap di masaknya. Tinggal masukkan ke dalam bekas sahaja lagi untuk di bawa ke set penggambaran abangnya. Mujur hari ini abangnya hanya shooting berdekatan rumah mereka jadi mudahlah untuk dia menghantar makanan tengah hari yang telah dia siap masak itu. Mesti abang Chuki suka.

Tambahan pula, sebagai tanda terima kasih yang tidak seberapa untuk abang Chuki. Sangkanya Chuki hanya akan memberi dia surprise dengan memberi sekuntum bunga ros putih di hadapan pintu tetapi lain pula yang di beri. Betul dia ada meminta sebuah basikal dengan Chuki tetapi tidaklah Huffy Disney Minnie Mouse Adult Cruiser Girls Bicycle Limited Edition berserta reben berwarna merah sedondon dengan warna merah putih basikal tersebut. Sungguh dia terharu dengan pemberian itu. Hasya Dhia! Apa ke bongok sangat kau ni, abang kau tu sanggup buat apa sahaja untuk kau! Bagi dia, kau tu segalanya untuk dia. Apa lah sangat setakat sebuah basikal.

****

“Alhamdulillah, nasib baik basikal ni ada bakul dekat bahagian depan jadi bolehlah letak bekas ni, ringanlah sikit beban dekat bahu ni.” Kata Hasya sendirian ketika meletakkan bekas berisi sup di bakul hadapan basikalnya. 
Kemudian bahagian depan selendang di perbetulkan kedudukannya. Hari ini Hasya memakai blouse pendek berwarna putih  dipadankan dengan jaket panjang berwarna pink belacan di serikan lagi  dengan shawl ungu cair dan memandangkan dia akan mengayuh basikal sebentar lagi, dia mengambil keputusan untuk memakai jeans H&M sahaja.

Setelah memastikan semuanya baik-baik saja, Hasya mula mengayuh basikal barunya. “Bismillahirrohmanirrahim… ajah lets go.” Tangan digengggam dan di naikkan ke atas.

“Andainya ku hilang dalam cinta… suluhkanlah aku dengan rasa yang sempurna…” Nyanyi kecil Hasya Dhia. Best nya kayuh basikal sambil dengar lagu pastu menyanyi. Siapa yang tak pandai kayuh basikal tu dia lah spesis sapinata yang paling rugi di bumi ini. Ya lah, semakin laju, semakin nyaman kita akan rasa dengan udara dingin yang menyapa muka.

Sudah agak jauh Hasya mengayuh di sekitar Central Park namun kelibat abangnya masih tidak kelihatan. “Abang Chuki ini pun satu, tinggalkan memo pun tak bagitahu location dia betul-betul. Tahulah dekat Central Park. Masalahnya abangku sayang, Central Park tu luas! Takkan Hasya nak redah satu taman ni.” Ujar Hasya geram lalu mengeluarkan Iphone nya.

Time-time ni jugaklah dia tak nak jawab.” Talian di matikan saat kakak operator yang tolong jawabkan bagi pihak Chuki. Call abang Ucid ajelah fikir Hasya.

Anyeong Ucid oppa?” Sapa Hasya.

“Hah Hasya nape call abang?”

“Hasya nak tahu location. Hasya call abang dia tak angkat pun.”

“Oh! Abang Hasya busy sikit tu. Paham-paham aje lah perangai mak datin ni.”

“Hmm.. Faham sangat. Ni korang dah lunch belum? If you all tak lunch lagi jangan mengada nak pergi cafe tau! Hasya masak ni. So, tunggu aje dekat situ. Abang share location dekat whatsapp tau. Anyeong. Assalamualaikum.” 

Sementara menunggu chat daripada Ucid, Hasya memutuskan untuk meneruskan perjalanannya untuk bersiar-siar di sekitar taman. 

Ting! Bunyi menandakan chat masuk. Hasya tanpa berhentikan basikalnya mengambil telefon dari dalam bakul kemudian melihat chat daripada Ucid. Daripada kedudukannya sekarang tidaklah terlalu jauh. Hanya beberapa meter di hadapan.

Hasya Dhia terleka sebentar melayan Iphone nya. Akibatnya, Hasya tidak perasan ada batu-batu sederhana besar di hadapan dia menyebabkan dia hilang daya keseimbangan dan hampir terjatuh. Mujurlah ada sebuah tembok yang tiba-tiba muncul di bahagian tepi dan menampung berat badan Hasya, beg yang berisi makanan dan juga basikalnya.

“Ehem…”

“Aik apesal tembok ni bercakap pulak.” Katanya terpinga-pinga sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Alangkah terkejutnya dia saat berpaling. Hasya Dhia! Kau dah gila kah apa. Mustahil untuk tembok tiba-tiba berdiri utuh di saat kau nak jatuh. Dia juga bukan Frankeinstein! Dia hanyalah seorang lelaki yang tidaklah begitu kurus dan bukan juga sado. Sedang-sedang saja. Tetapi wajahnya seperti pernah dia lihat. Ya wajah kacak itu.

Excuse me, miss?”

“Opss. Sorry.” Hasya menstabilkan kembali basikalnya.

“Ya Allah. Sup aku! Alhamdulillah…Nasib baik aku dah pack siap-siap dalam plastik kecik-kecik ni.” Ujarnya tanpa mempedulikan lelaki di sebelahnya itu.

Dengan perlahan Kim Luq melangkah pergi meninggalkan Hasya Dhia.

Seketika kemudian baru dia teringat akan si tembok jadian sebentar tadi. Matanya melilau mencari lelaki yang menyelamatkannya. Untung lelaki itu masih kelihatan. Dengan kadar segera dia mengambil sebekas tempat berisi nasi ayam hainan dan kuah sup kemudian di masukkan ke dalam beg plastik. 

Hello Mr! Wait a minute.” Hasya melambai-lambaikan tangannya dan berlari-lari anak ke arah lelaki itu.
Thanks for your help.” Kata Hasya lalu menyuakan beg plastik berbentuk teddy bear itu.  Kemudian dia membongkokkan sedikit badannya dan melangkah pergi. Tak sanggup dia nak berbahasa basi dengan lelaki itu. Malu weh!

Tersenyum-senyum Kim Luq menerima pemberian daripada gadis itu. Dan yang paling penting inilah pertama kali seorang wanita tidak ingin mengetahui siapa dirinya dan tergedik-gedik dengannya. Adakah si gadis basikal itu tidak tertarik kepada dirinya. Sebelah keningnya dinaikkan.

Bukannya dia tidak tahu yang gadis itu juga berasal daripada Malaysia. Sengaja dia tidak berbahasa ibundanya di hadapan gadis itu. Nak test market kononnya tapi hampeh.

“Hasya Dhia…” Ucap Kim Luq ketika melihat papan yang serupa flat number yang tergantung di belakang basikal itu. Akan dia cari gadis itu lagi.



psstt dapat idea dalam flight insiden Kim jumpa Hasya hahaha...Thanks sudi baca
     

Comments

  1. wowww,nice dear. selalu2 ingat aku kalau nak dapat idea. hehehe ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts