Wednesday, 30 September 2015

Ost Hello, Mr Perfect (Sorry Sorry Sayangku)


Dear Shoko's

  Sebelum nih cerita pasal lagu yang aku minat. Ala pasal lagu indo tu, hari ni nengok cerita Mr Perfect tu *walaupun tak minat sebab si fattah amin tu mengingatkan aku dengan seseorang TUUU*, bila dengar lagu dia terus jatuh cinta. Cepat-cepat carik dekat youtube. Ingatkan lagu indo ngupa-ngupanya lagu Nomad! Yes Nomad! Kalau ingat lagu tetap menantimu tu hah dia laa tu. Sekarang dia muncul dengan lagu baru yang sangat sweet!


Sila klik gambar kalau nak terjah youtube terus..ngee

  Nak nyanyi sikitlah,

  Sorry sorry sayangku I love You,
  
  Sorry sorry sayangku I miss You,

  Sorry sorry sayangku, kembalilah dikau kepadaku,

  Sorry sorry sayangku, I hate You,

  Sorry sorry sayangku, I dont trust You,

  Sorry sorry sayangku, kerna dulu ku mengkhianati mu..

  Bestkan sebab bukan main banyak cakap sorry. Hati aku pun macam jadik lembut tetiba nak maafkan orang lain yang sakitkan hati aku. Bahahaha over kau Nadia!!! Kejap! Muka heroin dia ada iras Yuyu Zulaikha! hehehe tata....

 

Tuesday, 29 September 2015

Peminat Tegar Lagu Romantik Indonesia


Dear Shoko's,

   Siapa cakap aku ni kpopers. Memanglah kpopers tapi tu dulu zaman aku budak-budak. Sekarang ni semenjak dah masuk baya-baya pokok durian nenek dalam kebun magika tu sedikit sebanyak dah berubah. Minat Leessang ngan Song Triplets tu kira kpopers jugak ke? Hahahaha.. Pastu dah jatuh cinta dekat si Manu sebab ke'kiutan' beliau.

   Taaaaaaaaaaaaaaaaaaaapi kalau bab lagu-lagu sesweet gula-gula kapas berbentuk itik itu, semestinya lagu-lagu indo dapat tempat pertama. Sebab? Aku pun tak tahu. Mungkin sebab suara penyanyi itu sendiri ataupun bait-bait lagu tersebut tak pun muzik dia.

   Bila dengar lagu indo aje mesti hati aku ni berbunga-bunga. Bayangkan Dong Wook oppa tak pun Manu nyanyi lagu tu untuk aku. Pastu bagi bunga ros putih ngan air milky tea peppermint. Fulamak! Alangkah indahnya imaginasi aku. Jangan beranganlah Cik Nadia oi! Hahaha

   So,kawan-kawan yang aku sayang *sayang sebab baca belog nih* aku nak list kan lagu yang aku minat. Tak pun nama band dorang-dorang nih eh.

1-ST12- Hampir kesemua lagu dia aku tau. Terutamanya time si Charlie ada lagi.

2-Dua Mata Band- Lagu dia yang dapat mencairkan hati seorang gadis cute. Terutamanya lagu Menikahlah denganku. Irine Nadia pun minta tau. Siap jadik lagu dekat dalam blog lagi zaman dia anak dara. Ngee...

3- Kangen Band- Banyak sangat tapi tak semua aku minat.

4-D'Wapinz- Berharap kau setia

5-Qiu9- Siang Malam

6-Intan Nuraini- Aduh, Gubrak

7-Acha

8-Rossa- Ayat-ayat cinta

9-Melly

10-Teuku Wisnu- Cinta Kita

   Itu sebahagian jak taw. Hahaha. Aku suggest Menikahlah Denganku! Tata


Budak perasaan kawaii pakai baju batik orang indo. Biar ada feel lah katakan


Sunday, 27 September 2015

Alahai Kekasihku Manu Rios!


Dear Shoko's


Ada kenal dengan mamat dekat atas ni? Tidak? ngehehe



Blur lagi? 

Ada kpop sikit

Hmm.... haha



Hah tau pun kan! Kalau dah nengok dont judge me challenge yang ada mamat-mamat ganteng tu, dia ni salah satunya laa. Kesian betul dengan aku baru nengok benda tu kan. hahaha. Dekat situ laa ketemu mamat ini. Terima kasih ya kakak Nurain How dapatlah tau hehe. Orang zaman purba laa katakan. Dia ni peng'cover' lagu jugak tau. Best suara dia! Budak sweet 17. Yo laa lahir tahun 1998. hehe tu aje. tata. Nunyte!








Saturday, 26 September 2015

Menghitung Hari


Dear Shoko's

With my kakak

Friday, 11 September 2015

Tips Follower Beriban Dekat Instagram


Dear Shoko's,

      Hamek tajuk bukan main gempak. Kan. Apa boleh buat aku nak share jugak. Ini berdasarkan apa yang aku nampak dengan mata doraemon aku nih laa. Hehehe.....


1-Follow orang sebanyak yang mungkin

       Sebab apa? Sebab bila kau dah follow someone tu, pastinya dia akan follow kau balik. Sebab entah dah memang adat dia macam tu. Ngee, tapi janganlah bila dah follow tu kau unfollow balikkan. Tu yang buat rasa sedih hmmm hahahaha


2-Gambar yang cun

   Ni semestinya laa kan. Dah namanya ig mestilah gambar-gambar aje yang kita nampakkan. Bagilah masuk gambar yang kalau orang nengok "Perghhh cun nya!" Sebab ya laa dah jadi kebiasaan kitakan suka nengok benda yang cantik-cantik.


3-Promote dekat semua laman sosial yang ada

    Contohnya dekat facebook, twitter tak pun blog ni hah. Kan...


     Aku rasa itu aje laa tips aku. Tipslah sangat kan. Actually, aku ni tak ada pun follower beriban. Semenjak buka akaun baru ni memang grr laa kan. So, kawan-kawan jom kita main follow-memollow. Sebab aku suka nengok gamba2 orang. Hehe tata. Jangan lupa baca marriage not dating. Kim Luq!!!! hehe


Thursday, 3 September 2015

Kawaii Kid



Dear Shoko's,



   Comelkan budak ni. Tengah viral sekarang budak ni. Budak ni, asal Jepun kalau tak silap aku. Kalau macam nih, kahwin dengan orang Jepun laa. Hahaha oiii papa RiRi kau nak letak mana? Letak dalam hati laaaaaa.. Meh nengok gamba yang lain pulak.



   Bukan tu aje, sakit-sakit pun still cute hah...



Hehe tu jah. Tata









Mengapa Aku Yang Tidak Setia


Dear Shoko's,

   Kesian Cik Shoko terabai. Bianae! Noona busy dengan marriage not dating. Tapi noona tak lupa kamo taw! hahaha ayat menyampah. Seminggu dua nih suka betul dengar lagu ingatkan dia nih. Tak tahu laa kenapa. Sejak bila aku minat kumpulan wings nih. Setahu aku, aku minat iklim ja since abah peminat tegar. Tapi aku paaaaaaaaling suka kalau abah nyanyi lagu isabella! Allah. Terus cakap kenapa tak bagi nama Isabella? hahaha merepek kan. Tak adalah best mana, tapi hari tu abah nyanyi dekat dinner family day tu, mamat cina yang menginap dekat hotel tu siap ikut nyanyi. Hahaha

   Tapi..tapi aku minat lagu ni. UWarghh hahaha. siap replay 5 kali. Melampaukan. Dia punya feel jiwang tu, sampai peluk penyapu nyanyi. hahaha

Lirik->

Semenjak awal lagi
Bila ku mengenalimu
Dunia ini serasa
Cuma dalam genggamanku

Ramai yang datang menduga
Namun tak sama denganmu
Aku...percayalah
Biar pun remuk di hati
Akan aku rawat sendiri
Kerana kau aku rela

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Sesalnya aku cuma
Ingatkan engkau merayu
Itulah kesilapanku
Belum terlewat lagi
Itu kata darimu mudah
Memang begitu indah

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Musuh tak kenal
Jangan diikut tinggalkan dia
Mengapa aku masih kau goda
Masih kau goda

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2014/03/lirik-lagu-ingatkan-dia-wings.html#ixzz3kgOiXz7K




Segmen Bloglist Kekal THEYANAONLY


Dear Shoko's,

    Lama dah take join segmen ni.. uhuk! So, meh kit join lag segment ni! Yahoo..




Wednesday, 2 September 2015

Marriage Not Dating Bab 2






      “Hei! Bongkar la copek!” Suara Chuki bergema di bilik Hasya. Namun tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan Hasya Dhia hendak bangun. “Ya Allah laptop tak switch off apa nak jadik nih Hasya. Nengok The Heirs lagi tu. Sampai tertidur ye nengok Kim Tan tu. Macamlah handsome sangat! Handsome lagi abang ekau nih ha!” Ujar Chuki lalu meletakkan tanggannya ke dagu menggosok-gosok janggutnya yang putut itu.
“Ya lah bah. Mau bangun sudah ni. Bikin gerigitan betul bah abang ni!” Bentak Hasya kemudian menolak ke tepi selimut tidurnya.
Poloser amek ekau ni jang. Ntah subuh ka tidak ekau nih hah.”
“Amboi cakap baik sikit key. Orang tak tidur pun selepas solat subuh tadi. Ni pun baru terlelap sekejap mata nih. Tapi tiba-tiba pulak ada makhluk buas muncul dalam bilik Hasya ni.”
“Oh! Tak tidur ye? Habis kalau tak tidur tu, pergilah turun ke bawah. Nak jugak abang dia yang kacak lagi bergaya nih susah-susah naik ke tingkat atas untuk menjemput puteri beradu nih turun ke bawah.Dah,cepat bersiap kita nak balik Kuala Pilah nih. Baba ngan mama yang ajak sebab dah lama tak balik ke sana.”
What?! Are you serious? Kalau macam tu silakan keluar Encik Mohd Shukri sebab beta nak mandi!” Usir Hasya lalu menolak badan abangnya keluar dari biliknya dan mengunci pintu kamar agar abangnya yang nakal itu tidak mengusiknya lagi.
Dari luar bilik Chuki berkata dengan nada yang sangat kuat. “Hoi anak dara tolong cepat sikit bersiap tu! Kalau tertinggal jangan nak salahkan kitaorang pulak eh!” Sebentar kemudian tergelak dia mendengar bebelan adiknya dalam bahasa alien itu. 
“Chuki apa hal tu! Janganlah usik adik tu. Kamu pun sama pergi mandi cepat!” Jerkah mama mereka yang membuat Chuki terkejut yang amat. Nasib baiklah aku tak ada sakit jantung. Kalau tak , dah jadi arwah agaknya aku hari ni. “Baik ma.” Jawab Chuki kembali lalu beredar ke kamar tidurnya.

                  ***
“Hasya dah siap?” Tanya Puan Atitah ketika dia melihat Hasya yang melangkah menuruni anak tangga. Hari itu Hasya memakai dress polos kemudian dipadankan dengan cardigan kimono yang bermotifkan abstrak kelihatan sangat manis sekali. Wideshawl berwarna dusty pink  yang di lilit menambahkan lagi keayuan Hasya Dhia.
“Macam ni kan aegyo. Janganlah asyik tunjuk muka monyok setiap masa. Mama naik rimas tengok muka pesen tu. Lelaki macam tu baik buang jauh-jauh aje dari hidup Hasya. Mama pun tak berkenan kalau dia nak jadi menantu mama.”
“Apa dia mama? Lelaki macam tu? Siapa yang mama maksudkan ni?” Bidas  Hasya sebelum mamanya menyambung ayat yang seterusnya.
“Eh buat tak tahu pulak. Hah baby boy mama pun dah siap? Kalau macam tu eloklah kita berangkat sekarang. Tengok baba kamu tu, dah macam tugu negara berdiri dekat luar menunggu kamu berdua ni siap. Tak sabar-sabar dah lagaknya tu. Pak Salleh ngan kak Muna korang pun dah siap sedia tu hah. Meh cepat.” Kata mama lalu keluar. Sengaja beliau tidak menjawab pertanyaan anak daranya itu. Nanti bertambah sedih pulak.
“Abang! Siap abang Hasya kerjakan.” Geramnya Hasya dengan abangnya yang satu itu. Lantas dia mencubit pinggang abangnya sepuas hati. Mama tak akan tahu kalau abangnya itu tidak memberitahu perihal Emel. Maka, terkedek-kedeklah Chuki berlari menyelamatkan diri. Geli hati Encik Ariffin, Puan Atitah, Pak salleh dan bibik Muna melihat gelagat dua beradik itu. Tanpa mereka, suramlah rumah baba dan mama mereka.
                    ***

“Abangku yang tersayang, ada lagu lain tak? Lagu St12 ke?” Soal Hasya dan memandang raut wajah abangnya yang kacak itu.
“Tak ada!” Jawab Chuki tetapi matanya tetap fokus dengan pemanduannya.
“Berapa ratus kali dah lagu Leessang nih Hasya dengar abang! Tahulah kita nih ada darah Korea taaaaaaaaaaaaapi yang nih dah melampau sangat dah sampai lirik dia pun Hasya terhafal.”
“Hahaha tak ada tak ada. Kalau nak dengar lagu kegemaran awak tu semua, tunggulah dah ada kereta sendiri nanti. Lesen dah ada tapi bila baba suruh pilih nak kereta apa tak nak pulak! Degil!” Kata Chuki kemudian menjeling sekilas melihat adiknya.
Sunyi! Tiada sebarang bantahan daripada Hasya Dhia dan tiada lagi bebelan yang menyakitkan telinga. Kebetulan ketika itu lagu Leessang-Ballerino sedang berkumandang. Apa lagi, volume radionya di tambah menyebabkan mereka berdua menyanyi bersama mengikut lirik dan rentak lagu tersebut. Hati Chuki kini berasa lega lalu menambah kelajuan kereta Nissan Gtr yang sedang dipandunya itu. Pak Salleh pun di potongnya. Beberapa kereta di hadapan mereka juga dia tinggalkan. Begitulah perangai dua beradik itu. Mempunyai minat yang sama sebenarnya. Pergaduhan antara mereka hanya beberapa minit sahaja boleh selesai. Kasih sayang di antara dua beradik ini tiada penghujungnya. Hasya Dhia tidak boleh hidup tanpa abang, baba dan mamanya di sisi.
Lain pula suasana di dalam kereta milik Encik Ariffin. “Ya Allah abang, tengoklah budak-budak tu. Tadi bergaduh sekarang dah sekepala pulak. Macam itulah perangai anak abang tu. Hasya, Hasya tak takut ke budak tu?” Ujar Puan Atitah lantas tersenyum girang. “Janganlah awak nak risau Titah, Chuki tu sayang Hasya tu. Bergaduh sikit-sikit antara adik-beradik tu perkara biasa. Lagipun, air dicincang tidak akan putus.” Jawab Encik Ariffin yakin.
“Aduuuuuuuuuuuuh!” Jerit Hasya dan mengusap-usap perutnya. “Hasya kenapa nih? Hasya sakit ke?” Soal Chuki yang terkejut mendengar erangan adiknya itu.
Hasya menggeleng.Dia membuat mimik muka sedih. “Ha…Ha…Hasya laaaaaaaaaaaaaparlah abang!” Jawab Hasya lalu gelak semahu-mahunya melihat wajah kerisauan abangnya ketika itu. “Kurang asam punya adik! Hahahaha .” Lalu dia mendail mamanya kerana ingin memberitahu yang dia dan Hasya berhenti sebentar di Mcd yang berada beberapa km sahaja lagi jaraknya kerana anak dara kesayangan mamanya itu kelaparan. Namun dia memberitahu yang mereka boleh meneruskan perjalanan mereka.
  ***

“Sayang,bukankah tu perempuan yang sayang jumpa semalam. Perempuan yang sayang malukan tu.kan?” Tanya Bella ketika melihat Hasya Dhia dan seorang lelaki segak yang tidak dikenalinya itu melangkah masuk ke dalam restoran segera itu.
“Mana? Tak mungkinlah dia ada dekat sini. Dia nak buat apa dekat sini. Duit nak makan pun tak ada.” Tempelak Emel yang sombong itu.
“No. No. I rasa yang tu memang betul dia. Dia dengan mamat handsome pulak tu, siap berpegangan tangan lagi. Agak-agaknya kekasih baru dia tak? Kalau macam tu, tak rugi pun dia putus dengan you.” Kata Bella yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang di beri Emel.
Lantas Emel berpaling untuk melihat situasi yang mengganggu temu janji mereka ketika itu. “Maybe tu abang dia,sebab I ingat dulu dia ada cakap yang dia ada seorang abang. Ala, kerja kilang je tu.” Jawab Emel acuh tak acuh.
I tak rasa mereka tu anak orang biasa-biasa aje. Mustahil! You tengok tu! Anak orang miskin pakai kereta mewah? You ni betul ke tidak?” Ujar Bella yang masih sangsi.
“Setakat kereta macam itu I boleh beli dua bijilah!” Kata Emel ketika menunjuk ke arah Hasya dan abangnya. 
“Hmm betul juga.” Balas Bella datar, dan terus menghabiskan sisa air bikarbonat yang masih bersisa. 
        ***

“Manalah anak-anak kamu ni Fin, Titah? Risau mak di buatnya. Abang, tolonglah cari cucu-cucu kita tu hah.” Risau betul Nek Mah di buatnya.
“Janganlah di risaukan sangat budak berdua tu mak. Tahulah mereka jaga diri. Lagipun, saya dah call mereka berdua tadi. Hasya cakap 5 minit lagi sampailah mereka.” Kata Encik Ariffin cuba menenangkan ibunya.
“Mak kamu tu bukannya apa hah, rindu sangat dekat budak berdua tu.”
“Bukan mak seorang aje, ayah kamu tu pun apa kurangnya. Jual nama kita pulak eh.”
“Hahaha nampak gayanya, mak ngan ayah sama aje lah, kan bang?” Usik Puan Atitah. 
“Hah sampai pun budak berdua tu. Alhamdulillah lepaslah jugak rindu aku dekat budak-budak ni.” Senang sungguh hati Tok Ayah melihat kelibat kereta cucunya.
Keluar sahaja dari perut kereta, Hasya Dhia terus berlari ke arah nenek dan atoknya. “Nenek! Tok Ayah! Rindunya, Hasya ngan nenek dan atok.” Ucap Hasya ketika dalam pelukan atok dan neneknya.
“Tolong tepi sikit!” Chuki menolak tubuh Hasya. Nasib baik Encik Ariffin sempat memegang tanggannya. Kalau tidak, terguling-gulinglah Hasya jatuh dari pondok beristirahat atok dan nenek mereka itu.
“Chuki, apa hal lah buat dekat adik macam gitu. Dah besar pun manja lagi. Nak jugak berebut.” Geleng kepala Encik Ariffin di buatnya. Dia memandang ke arah isterinya namun isterinya hanya mengangkat bahu tanda tidak mahu masuk campur.
“Kenapa lambat sampai anak Korea celup berdua ni?” Soal Nek Mah ketika meleraikan pelukannya. Chuki dan Hasya sudah tidak mengambil hati lagi jika nenek dan atok menggelar mereka anak Korea celup. Hendak buat macam mana lagi, kerana kenyataannya memang begitu. Puan Atitah merupakan anak kelahiran Sabah, tetapi mempunyai darah kacukan Korea. Oleh hal yang demikian, kecantikan yang dimiliki Puan Atitah telah di wariskan kepada kedua-dua anaknya. Jadi,jangan hairanlah jika Chuki dan Hasya mempunyai raut wajah yang pastinya dapat memukau orang di sekeliling mereka.
“Ni hah nek, singgah makan lagi budak kecik ni. Itu yang lambat sikit.”
“Kalau macam gitu tak apalah. Meh makan kuih jemput pisang nenek buat ni.”Nek Mah menghulurkan pinggan berisi jemput pisang kepada kedua cucunya. “Malam ni kita makan luar aje lah eh. Atok kamu belanja. Dia dah reserve meja untuk kita.” Sambung Nek Mah.
Malam itu selepas solat isyak mereka keluar untuk menjamu selera. Gembira sungguh Hasya Dhia. Rasanya segala kesedihan yang melanda dirinya pergi entah ke mana.
    ***

Keesokan harinya, seawal pukul 8 pagi sarapan pagi sudah siap terhidang di atas meja makan. Ada air teh kosong hangat, nasi kuning ayam berserta sup dan kuih-muih yang di beli oleh Chuki di hujung kampung.
“Alhamdulillah semuanya dah siap. Terima kasih abang sudi belikan karipap inti kentang kari ini untuk Hasya. Dah lama mengidam nak makan.” Ucap Hasya ketika mengunyah karipap terakhir yang tinggal. Teringin punya pasal, habis 6 biji karipap di bedalnya.
Chuki yang baru selesai mandi itu menghampiri adiknya lalu melihat bekas yang berisi kuih muih yang di belinya tadi. “Ya Allah Hasya! Habis kesemua karipap tu Hasya makan? Melantak ke apa awak nih.” Soal Chuki dengan muka terkejut.
“Abang beli sikit kenapa? Dah tau Hasya ni gila karipap mak cik hujung kampung tu, belilah banyak sikit.” Protes Hasya tidak mahu mengaku salah.
“Abang ingatkan Hasya makan sebiji dua aje. Cubalah ingat orang belakang Sya. Kot kot mama nak makan jugak ke. Lagipun, abang bukannya sesaja beli sikit. Dah karipap dia habis nak buat macam mana. Itu aje yang tinggal.” Chuki mengambil tempat duduk di sebelah Hasya dan cuba memujuk.
Namun, Hasya memalingkan badannya ke arah lain agar abangnya tidak melihat dia ketika itu. “Hasya…”panggil Chuki. Hasya tetap diam membisu dan badannya langsung tiada pergerakan. Kaku macam askar yang sedang mengawal sempadan negara!
“Hasya… abang tak sengajakan. Janganlah macam ni.” Pujuk Chuki lagi.Risau betul dia apabila adiknya berkelakuan sedemikian.
“Abang…hina sangat ke jadi orang biasa-biasa?” Soal Hasya ketika memalingkan tubuhnya ke arah abangnya. Matanya kini menakung air mata yang menunggu masa untuk gugur bercucuran.
“Hasya kenapa ni? Kenapa tanya soalan macam tu. Tak ada salahnya pun. Semua manusia sama darjatnya yang membezakan hanyalah amalan manusia itu sendiri.”
“Kenapa Emel tinggalkan Hasya? Kenapa dia lebih pilih perempuan tu dari Hasya. Dalam satu hari Hasya hilang semua yang Hasya impikan abang! Hasya tak dapat masuk U, Prince Charming Hasya pun tinggalkan Hasya! Why abang, why?
“Pasal U tu, tak semestinya tak masuk U kita tak berjaya. Lagipun, buat apa Hasya nak risau. Hasya nak belajar dekat mana-mana pun boleh. Baba dengan mama mampu nak sara Hasya. Kalau  Hasya tak nak susahkan baba mama, abangkan ada. Emel pulak, Hasya lupakan aje lah dia , sayang. Bukannya Hasya tak tahu abang pun macam Hasya jugakkan dulu? Kena tinggal dengan makwe sebab abang cakap abang tak berduit. So, Hasya move on okey?” Chuki mengusap-usap kepala adiknya. Kesian betul dia dengan adiknya.
“Abang! Hasya nak hug…”  Pinta Hasya lalu mendepakan tangannya.
“Alahai manjanya adik abang seorang ni. Meh sini.” Kata Chuki dan menepuk-nepuk bahu adiknya menenangkan adiknya yang teresak-esak menangis. “Dah laa tu, kejap lagi mama nak sampai dah. Takkan Hasya nak tunjuk muka ni dekat mama.”Cepat-cepat Hasya mengelap air mata nya ketika terdengar bunyi derapan kaki yang semakin menghampiri.
“Whoa…banyaknya makanan. Beli ke masak ni?” Soal nenek yang tiba-tiba muncul.
“Nenek nih mestilah Hasya yang masak. Nenek kan suka makan nasi kuning. Kalau Hasya tak pandai masak, terpaksalah nenek ke Sabah sebab nak makan nasi kuning.”
“Tak pergi Sabah pun tak apa, menantu kesayangan nenek boleh tolong masakkan.” Kata Nek Mah lalu menarik tangan Puan Atitah. “Titah, cuba kamu tengok mata anak kamu tu. Dia sakit mata ke apa?”
“Hah Hasya. Kenapa dengan mata kamu tu?”
“Eh tak ada apa lah ma. Masuk habuk aje ni.”
“Betul? Chuki? Kamu tak buli adik kamukan?” Soal Puan Atitah lagi.
“Betul ma. Takkan lah abang nak buli Hasya. Dah- dah. Jemput makan semua. Penat-penat Hasya masak ni takkanlah tak nak makan pulak.” Kata Hasya cuba berdalih.
“Alahai, rindunya nak makan nasi kuning cucu atok masak ni.”
“Kalau rindu, makanlah banyak-banyak tok. Hari ni, Hasya dan abang akan beri layanan VVIP dekat semua orang. Silakan duduk. Chuki oppa! Tunggu apa lagi cepat tuangkan air teh tu. Hasya nak amek kuah sup dulu.” Kemudian Hasya melangkah pergi ke dapur.

Puan Atitah dan mertuanya berpandangan sesama sendiri. Hasya dhia. Hasya Dhia tak suka menyusahkan orang sekelilingnya. Apatah lagi membuat mereka risau. Mujurlah ada Chuki, tidaklah mereka begitu risau. Bukannya mereka tidak terdengar perbualan dua beradik itu. Sebenarnya sudah lama mereka sampai tetapi ketika terdengar tangisan Hasya itu, sengaja mereka menyorok di luar rumah untuk menyelidik apa sebenarnya yang terjadi.

Tuesday, 1 September 2015

Marriage Not Dating Bab 1





                                                                                               

                                 -Dukacita anda TIDAK BERJAYA dalam permohonan ke IPTA -
     Saat membaca SMS yang menerpa masuk ke dalam Iphone miliknya,mata Hasya Dhia membuntang seolah-olah apa yang di bacanya itu tidak logik sama sekali.Benarkah apa yang dibacanya ketika itu? Tidakkah dia rabun ketika itu? Laju sahaja tangannya mencari cermin mata di atas meja belajarnya.Namun apa yang dibacanya tetap sama.
“Tak boleh jadi ni. Mesti ada kesilapan teknikal. Maklumlah trafik sesak sebab berpusu-pusu orang nak semak.Aku cuba lagilah.Mana tahu rezeki aku sememangnya ada. Dia just nak main-main kot tadi.” Katanya hendak menyedapkan hati lalu menekan butang hantar.
Beberapa minit kemudian,maklum balas daripada pihak UPU telah pun di terima. Namun,isi kandungan SMS tersebut masih sama. Tidak ada satu perkataan pun yang berbeza.Menggeletar tangan Hasya Dhia memegang Iphone miliknya itu.Tanpa dia sedari air matanya jatuh berguguran lantas dia terduduk di kerusi putih yang terdapat dalam bilik tersebut.
Fikirannya jauh melayang memikirkan nasib dirinya dan kehampaan yang akan diketahui kedua orang tuanya.Hancur berkecai harapan abahnya yang hendakkan dia meneruskan pengajian dalan bidang perakaunan setelah menamatkan program Matrikulasi dalam bidang tersebut.Keinginan abahnya bukan suka-suka tetapi untuk dia mengambil alih firma akauntan milik keluarga mereka itu kelak.Hendak harapkan abangnya,memang kempunanlah abahnya.
Hasya Dhia memicit-micit kepalanya yang berdenyut-denyut.Perlahan-lahan dia bangkit dan berjalan ke arah katil bersaiz king itu.Penghawa dingin yang terdapat di bilik itu bagaikan tidak berfungsi sistemnya menyebabkan manik-manik peluh membasahi baju Hasya Dhia. Lalu tertidurlah dia bersama linangan air mata yang masih bersisa.
   
                                                                                                          ****

Berkerut-kerut kening Hasya menahan silau cahaya yang menerpa masuk ke setiap ruangan kamar tidur tersebut. Namun, tidak mengahalang dia untuk menyambung tidurnya kembali. Rasa kantuknya belum hilang lagi dek kerana semalaman dia berjaga. Debaran menunggu keputusan yang nyatanya sangat mengecewakan.
“Hasya Dhia binti Mohd Ariffin! Apa nak jadilah dengan anak dara seorang ni. Dah petang ni,bangkit cepat.Tu telefon kamu tu dari tadi asyik berbunyi. Tak nak jawab ke? Emel yang call tu.”Kata Puan Atitah sambil menggoyang-goyangkan badan anaknya.
“Mama! Hasya tak dapat tawaran ke mana-mana universiti. Hasya fail mama, Hasya fail! Hidup Hasya dah tak bermakna lagi.”Kata Hasya teresak-esak menangis lalu memeluk sekejur tubuh mamanya.
“Apa yang Hasya merepek ni sayang. Walaupun Hasya gagal mendapat tawaran ke universiti,tapi tak bermakna yang hidup anak mama ni dah berakhir. Mungkin sekarang bukan rezeki Hasya. Rezeki Hasya di tempat lain.Dah-dah tak mahu nangis macam ni. Abah ngan mama dah tahu dah.Tu yang mama balik awal ni.”Pujuk Puan Atitah untuk menenangkan anak kesayangannya.Dia dan suaminya telah mengetahui tentang hal tersebut lebih awal lagi.
“Tapi mesti baba kecewa dengan keputusan tu.” Hasya bersuara sedih.
“Sayang,mama nak Hasya lupakan hal ni. Pasal tu tak payahlah Hasya nak fikirkan sangat.Tahulah baba nak buat apa nanti.Dah pergi mandi cepat biar segar sikit. Tengok mata tu dah sembap.Tak comel dah anak mama ni! Pergi cepat. Jangan lupa solat. ”Arah Puan Atitah lalu keluar meninggalkan Hasya bersendirian.
Bunyi lonceng menandakan mesej baru masuk dalam aplikasi Whatsapp.Segera Hasya mencapai Iphonenya yang ada berdekatan dengan deretan pasu kecik yang berwarna putih susu itu. Ramai orang menghantar chat kepadanya namun hanya chat Emel yang dibacanya. Selebihnya malas dia hendak baca. Apa lagi kalau bukan menanyakan tentang tawaran yang diterima. 
-Emel:Where are you? I call you more than 5 times!-
-Hasya:I tido lah tadi.Yang you nak marah-marah ni apahal.-
-Emel:Whatever.Yang tau malam ni you datang jumpa I dekat Delicious Mid  Valley.I dont care about your problem! Please be there on time.Bye.
“Kenapa dengan mamat ni.Tiba-tiba nak marah orang.Sakit hati aku ni tak hilang lagi tapi dia dah cari pasal pulak.Aku rasa macam ada yang tak kena ni.Alamak tak sedap hati pulak petang-petang macam ni.”Gumam Hasya sendirian lantas masuk ke dalam bilik air untuk bersihkan diri.
                                                   ****
“Hah macam tu kan comel,dah mandi, wangi-wangi dah. Macam inilah anak mama. Tabah menghadapi apa jua jenis cabaran. Jangan asyik merengek je.” Puji Puan Atitah tatkala Hasya menghampiri mereka yang sedang minum teh halia di halaman rumah mereka.
Kamsahamnida,omma! Saranghaeyo omma,appa and you too oppa!” Kata Hasya lalu menunduk hormat.
“Sayang,baba,mama dan abang tak kisah pun kalau Hasya tak dapat IPTA tu. Banyak lagi tempat belajar yang Hasya boleh pergi. Kalau Hasya nak belajar ke oversea pun baba boleh bagi. Tapi baba mohon,janganlah Hasya berputus asa.Cakap hidup dah tak bermaknalah dan sebagainya. Ingat rezeki ada di mana-mana. Hasya tak pernah mengecewakan baba pun. Baba bangga dengan Hasya. So,please dont be sad. Baba always right here.” Tutur Encik Mohd Ariffin untuk menaikkan kembali semangat anaknya yang telah hilang sebentar tadi.
Enough! Baba, Hasya day okey tu. Chuki tau adik Chuki macam mana. Dia just risau dia kecewakan baba. Tapi bila baba dah cakap macam tu, gembira dahlah budak tu.” Sampuk Chuki yang sejak tadi mendiamkan diri.
“Abang ni! Selalu nak kenakan kita.Merajuklah macam ni!” Rajuk Hasya lalu memuncungkan bibirnya seperti kebiasaan. Itu menandakan yang dia sedang merajuk.
“Merajuk dah anak dara kita seorang ni bang. Mama ngan baba tak tau. Siapa yang buat,dialah yang kena pujuk.”Kata Puan Atitah lalu menggenggam tangan suaminya.
“Ala okey lah malam ni abang ajak keluar. Kita dating macam selalu.” Pujuk Chuki sambil mencubit pipi adiknya.
Yuhuu nampaknya tak perlulah Hasya minta Pak Salleh hantarkan. Kita dah ada driver ganteng. Hahaha memang Hasya nak keluar pun malam ni.”Ucap Hasya dan mempamerkan senyumannya yang manis.
Mereka ketawa bersama-sama sambil menikmati suasana petang yang sangat damai sekali.Lebih-lebih lagi sekiranya berkumpul bersama-sama keluarga tersayang. Terasa beban yang ditanggung hilang sekelip mata.
                                               ****
Okey baby, kita dah sampai. Ni apasal muka lain macam je ni. Senyum tak ada, manis dekat muka tu pun dah hilang.” Tanya Chuki ketika memandang raut wajah adiknya yang sugul itu.
“Tak ada apa-apa. Abang jangan pergi jauh dari Delicious boleh? Hasya rasa tak sedap hatilah abang.” 
Eh kenapa ni? Abang ikut sekali je lah ngan Hasya. Nak jumpa dengan siapa sebenarnya ni? Izzue Islam ke?
“Abang! Jangan nak memandai ye. Abang nak tengok adik abang yang comel ini kena tibai? Dah Hasya pergi dulu. Bye!”Tutur Hasya lalu keluar dari perut kereta abangnya.Tinggallah Chuki termenung sendirian.
Alahai abang aku ni.Tiap hari ada sahaja idea dia untuk membahan aku.Lantas dia mencari telefon bimbit di dalam tas tangannya. Dalam kesibukannya mencari telefon bimbit itu, tiba-tiba terasa seperti sesorang terlanggar bahunya. 
Sorry. I tak sengaja.”Tutur lelaki itu lalu terus berlari meluru ke arah pintu keluar. Lagaknya seperti terkejar-kejarkan sesuatu.
Amboi dah langgar orang, minta maaf pun macam tak ikhlas. Sudahlah tak berpaling pun ke arah aku. Sakit pula hati ini. Tapi kacak juga mamat tadi tu. Kalaulah dia yang jadi kekasih aku kan best. Berangan apa ni Hasya Dhia kau tu tak cantik mana pun teringin nak dekat dia.Baik aku jalan cepat sebelum mamat tak berapa nak betul itu membebel.
“Hah sampai pun kau akhirnya. Kau tau tak aku dah tunggu kau dekat sini lebih daripada 15 minit. Apa aku cakap dengan kau tadi? Kau tuli ke apa? Apa-apa pun jemput duduk tuan puteri.”Sapa Emel dengan muka tersenyum perli.
Sorry lah. Saya tak sengaja pun. Cakap tu tak boleh ke sopan sikit. Sakit tau tak telinga saya ni dengar”Jawab Hasya Dhia lalu melihat senarai menu yang terdapat di situ.Lagipun, sejak bila dia cakap dengan aku.Setahu aku dia cuma chat dekat whatsapp.
Sedang asyik Hasya melihat menu, muncul seorang gadis yang tinggi lampai berkulit hitam manis menerpa ke arah mereka. Gadis tersebut mengambil tempat bersebelahan dengan Emel. Hasya memandang pelik ke arah mereka dua. 
Pandangan redup Hasya meminta penjelasan ke atas situasi itu di pandang sinis oleh mereka berdua. “Siapa dia ni? Kenapa tiba-tiba duduk dekat sini? Tak salah meja ke? Oh, adik sepupu eh?” Soal Hasya tanpa membuang masa. Sakit hatinya melihat perempuan itu memaut lengan kekasih hatinya.
“Oh! Terlupa pula, ni aku kenalkan Bella. Bella ni girlfriend aku.”Ucap Emel lantas memeluk pinggang Bella.
“Apa dia? Gi..girlfriend baru awak?”Soal Hasya tidak percaya.
Yup! Dia girlfriend aku. Kenapa? Cantik sangat ye? Jawab Emel sambil memberi senyuman sinis. Bella yang berada di sebelahnya ketawa gedik memandang Hasya.
“Habis saya ni siapa? Sampai hati awak buat saya macam ni”Tutur Hasya dalam nada sedih.
Emel dan Bella ketawa girang melihat wajah sedih Hasya Dhia. Itu yang mereka rancang sejak beberapa hari yang lalu. “Kau? Hahahaha Buat anak patung aku jeTime dekat Matrikulasi dulu bolehlah buat makwe, sebab ramai benar jantan terhegeh-hegeh dekat kau. Siapa yang dapat kau kira hebatlah lelaki tu.Maklumlah kau ni kan stok muka artis Korea.Cute lah kononnya. Tapi sayang, kau tak setaraf dengan aku.Sedikit masa sahaja lagi papa aku akan dapat title Dato’. So,takkanlah anak Dato’ bercinta dengan anak akauntan yang tinggal dekat pangsapuri buruk macam kau! Kalau kau macam Bella ni, anak Tan Sri tak apalah. Tolong sedar diri tu sikit.” Ucap Emel tanpa rasa bersalah.
“Terima kasih Tuan Emel! Terima kasih sebab tunjukkan saya perngai sebenar Tuan Emel dekat saya. Memang betul saya ni anak orang kebanyakan yang tak kaya macam tuan berdua. Tapi saya bersyukur sangat dengan apa yang saya ada sekarang. Sekurang-kurangnya baba dan mama saya ajar saya untuk tidak menjatuhkan maruah orang lain dan tidak bersikap riak dengan apa yang ada!”Kata Hasya lalu mengambil segelas air dan menjirus ke muka Emel.Hasya tersenyum girang lalu melangkah keluar dari kedai tersebut.
“Hoi perempuan! Kurang ajar betul kau! Siaplah kau aku kerjakan, aku akan balas satu hari nanti. Kau ingat tu!” Herdik Emel sambil mengelap mukanya yang basah. 
Good job,baby! Jom! Abang belanja air peppermint kegemaran Hasya!” Kata Chuki dengan senyuman menawannya. Lalu menggenggam erat tangan adiknya.

                                                           ****

“Cun gila awek tadi tu. Apa pasallah kau tak menoleh dekat dia. Aku tengok muka dia dah macam The Hulk tau tak?” Soal Nazrin bersahaja.Namun tidak dihiraukan oleh Kim Luq.Sekali lagi dia mengulangi soalan yang sama. “Kau ni tuli ke apa hah? Kan aku tanya kau ni? Luq!” Soalnya lagi.
Sorry,bro! Kau pun satu, bawak aku dekat restoran mamak ni apehal? Sakit tau tak telinga aku dengar bunyi bising dekat sini. Mamak tu pun satu, tak boleh ke dia rendahkan sikit volume suara dia tu!” Jawab Kim Luq. Namun mata tetap menghadap skrin telefon pintarnya.
“Inilah orang zaman sekarang ni. Tak tahu nak bersyukur.Asyik-asyik nak berkepit dengan gajet. Kalau aku tahulah kau macam ni, memang aku tak naklah keluar dengan kau tadi!” Bentak Nazrin namun masih dalam suara yang perlahan. Kecik hatinya dengan perbuatan Luq itu. Bersusah payah dia datang untuk bertemu dengan sepupunya yang satu itu,rupa-rupanya gajet dia lagi berharga daripada diri Nazrin. 
“Ya lah. Ya lah. Aku minta maaf. Memang salah aku pun semua ni. Apa kau cakap tadi? Awek cun? Awek yang mana satu? Ramai awek cun aku jumpa tadi.” Kata Kim Luq lalu menyimpan Iphone nya ke dalam poket.
“Kalau kau memang susahlah aku nak cakap. Tapi awek yang ini bukan macam stok simpanan kau tu semua. Spesis kain tak berapa nak cukup. Ala awek yang kau terlanggar tadi.”
“Amboi engkau,sedap membahan aku? Hahaha. Bukannya aku nak buat bini pun perempuan-perempuan tu semua. Apa yang penting, aku tak sentuh pun dia orang okey.
But,seriously bro! Awek tu comel sangat walaupun dia bertudung. Macam muka artis Korea bro!
“Engkau ni. Kau ingat artis Korea tu semua natural beauty ke? Plastik je semua tu bro! Aku dah masak sangat dengan cara hidup mereka tu.”
“Tak semuanya yang buat plastic surgery kan. Ada je yang memang cantik dari kecik.”
Ye lah ye lah. Ni, macam mana dengan persiapan kedai aku tu? Jangan lupa pulak dua bulan dari sekarang aku nak buka dah tu.” Soal Kim Luq sekadar hendak mengubah topik perbualan mereka. Malas dia hendak berbicara perihal wanita.
“Pasal tu,kau tak perlu risau. Takkan kau tak percayakan aku kot?” Jawab Nazrin bersahaja.
“Hmm okey lah kalau macam tu, aku nak blah dulu. Esok aku nak balik ke Seoul dah. Apa-apa hal nanti aku call kau.” Kata Kim Luq lantas mengambil kunci kereta dan pergi.

Marriage Not Dating


Dear Shoko's,

    Sebelum ni, aku ada gembar-gemburkan pasal novel aku dekat penulisan2u. Walaupun aku cuma update bab 1 sahaja, namun alhamdulillah ada jugak yang minta agar cepat-cepat sambung cerita tu. Taaaaaaaaaaaaapi dah tergantung begitu sahaja.Sebenarnya,cerita tu ada ja cuma tak ter'upload'. Aku pun tak tahu kenapa.

   Taaaaaaaaaaaapi aku ganti dengan cerita yang baru. Sebelum aku hantar ke novel melayu kreatif, aku nak share jugak dekat beeeeeelog nih! Huhuhu.. Oh! Btw, aku nak kenalkan watak-watak dia nih. Hehe.

1-Kim Luq

                                           


2-Hasya Dhia




3-Chuki

Pssssttt yang lain akan di update. Huhu








 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page