Friday, 28 August 2015

Apa Itu Wattpad


Dear Shoko's,

   Sejak entri sedih-sedih tu langsung tak menjenguk belog nih. Hahaha bianae. Macam tak tahu fasa-fasa move on sedang dijalankan. So,jangan hairanlah.

   Okay hari ni nak cerita pasal apa itu Wattpad. Semenjak dua menjak nih agak popular jugak. Dia nih kira sama jugaklah dengan facebook,twitter dan seangkatannyalah. Yang aku tahu, aku ada blog,facebook,instagram n twitter tapi tak berfungsi langsung. Sebab aku tak tau nak tweet-tweet bagai. Gadis kampung gituu bahaha.

   Apa yang membezakan wattpad nih, dia ada laa macam novel online. Kiranya kalau kau ada buat cerita tu, tak kisahlah cerpen pun, kalau kau nak share dekat public selain dekat blog, penulisan2u,novel melayu kreatif dan seumpamanya, bolehlah update dekat wattpad. Daaaaan dekat wattpad nih pun engkorang boleh taip cerita tu terus. Mudah bukan?

   Lepas sedih-sedih hari tu, aku terus buat benda yang aku minat. Salah satunya, menulis novel yang amat romantik. Ececeh hahaha. So, tadi bukak facebook dekat group acik lana dia ada share pasal benda nih. So,why not aku pun buka satu akaun wattpad kan. Tapi aku sesangat nak publish karya aku tu dekat novel melayu kreatif. So, kalau buka laman web NMK tu, bacalah cerita aku tu. Hehe masih dalam proses lagi. Tapi nak update dekat blog jugak.


Macam inilah nghupa wattpad. 

Tata...



Saturday, 22 August 2015

Tidak Bertajuk


Dear Shoko's,

   Baru sekarang aku sedar tujuan sebenar aku berbelog. Wujudnya blog nih bukannya untuk mencari publisiti ataupun duit lebih.Aku sedar yang aku memang tak layak langsung untuk semua tu. Aku sedar yang aku memang kurang orang yang terdekat.Aku cuma ada seorang kawan yang benar-benar faham diri aku.Yang sanggup terima aku seadanya walaupun aku sangat tidak bertamadun.Hanya dia yang faham aku sebenar-benarnya.Terima kasih Lynn sudi bersama aku dalam susah ataupun senang.Masa aku perlukan seseorang yang berada di sisi.Seorang pun tak ada yang faham perasaan aku melainkan dia seorang.Benar aku sorang yang bila orang nengok,orang akan ingat aku langsung tak ada masalah.Gembira sepanjang masa.Tiada yang tahu apa yang aku rasakan.Tiada yang tahu betapa hati perit! Semuanya aku simpan dalam hati.Begitu ramai orang memandang rendah terhadap aku.Memperlekehkan aku.Seumpama aku ini langsung tidak berfungsi.Seorang demi seorang meninggalkan aku secara senyap.Pergi menjauh meninggalkan aku.Tinggalkan aku seorang diri terkapai-kapai tiada tempat meluahkan tentang hati yang perih.Lelaki? Lelaki muncul dan pergi begitu sahaja.Hanya memikat kerana paras rupaku yang alhamdulillah cute Allah jadikan.Mujurlah aku bukan jenis yang keluar ngan orang lelaki nih melainkan family aku sendiri.Terima kasih, Abah didik dhia jadi macam nih. Kini,fahamlah aku kenapa abah macam tu. Abah tak mahu orang lain sakitkan hati anak dia.Sedangkan seorang lelaki yang sederhana pun melukakan hati aku inikan pulak yang spesis perfect 10! Ya Allah bermacam-macam dugaan yang Engkau berikan padaku.Aku bermohon ampuni segala dosaku.Berikanlah aku pelangi yang indah Ya Allah.Aku percaya kejayaan adalah milik orang yang percaya akan mimpi indahnya.Kawan-kawan alam maya,terimalah diri saya seadanya.Hanya blog nih lah kawan yang paling rapat dengan aku.Hanya belog ini yang sanggup menerima bebelan aku.Terima kasih,SHOKODODOLLS.


XoXo
Berharap esok muncul pelangi yang diidamkan

Friday, 21 August 2015

Makeup Salah Tak Makeup Pun Salah


Dear Shoko's,

   Mesti dah tau kan pasal kes si suami ni saman si isteri bila terkejut nengok muka si isteri pada waktu pagi! Bukan tu jak si suami siap cakap si isteri tu pencuri. Katanya laa. Padahal baru semalamnya kahwin. Dunia. Dunia. Tau tak kenapa si suami tu terkejut beruk? Dia terkejut bila nengok muka isteri dia nih buruk. Ya laa dah tak makeup. Sebelum tu,dia tak pernah pun nengok muka isteri dia tanpa makeup. Kesian memang kesian.

   Tapi aku lagi kesiankan si isteri tu. Ya laa sebab dia tak ada keyakinan diri tu yang dia makeup setebal-tebalnya.Tapi dia pun ada salahnya jugak.Bagi akulah, penjagaan kulit wajah nih lebih penting daripada dok makeup tebal-tebal.Sebab bila kulit wajah dah berseri,so pakai apa pun nampak cantik jea. Paling penting janganlah selalu makeup macam retiss tu. Sekali-sekala tak apa. Jangan seksa wajah kita.So,setelah sekian lamanya aku pun tempek makeup! Haha babai!



#psstt kalau nak tau rahsia saya,jenguklah entry nih..


Friday, 7 August 2015

O.P.P.A


Dear Shoko's,


   Dalam entri pasal kpoperss tu aku ada bagitau sebab dah serik jadik "penggila" kpop ni bagai! Haha.. Gila! Tapi tetiba lak malam nih aku nak imbas balik. Ececeh imbas balik konon padahal bila malam mesti teringat jugak! Gila bayang ke hapa nih ! hahaha

1-LEE DONG WOOK

semestinya no 1 yang bertahtah di hati ini

2-KIM JAE WON

senyuman dia yang cute tu

3-RAIN BI

mata yang sepet pastu cool

4-JO IN SUNG

kebab love in bali*takkan nak letak gambo yg dulu tu haha

5-YEON WOO JIN

apalah sangat kalau lawan lee min ho taaaapi ntah laa

6-CHOI MIN HO

to the beautiful you puny pasal

7-PARK MIN WOO


lesung pipit tu!


p/s:jangan carut iolls please..hehe
*sambil layan remembrance-leessang









Wednesday, 5 August 2015

Meh Buat Duit Meh


Dear Shoko's,

    Semenjak dah jadi anak dara nih duit tu mesti terbayang-bayang dalam hotakk ni hah. Hmm faham-faham je laa kan anak dara. Macam-macam benda yang di hajatkan.So,meh laa kita sesama tambah pendapatan dengan Simplehijab.co . Menarik bukan?

Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan tudung tetapi kekurangan modal dan kepakaran? Tak mengapa. Jom sertai program affiliate tudung SIMPLEHIJAB dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. Daftar sekarang melalui link berikut:
http://simplehijab.co/?id=lxyk
Apakah keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate SIMPLEHIJAB ini adalah:
1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 10% bagi setiap pembelian (tertakluk kepada jenis tudung) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.
6. Tiada had tempoh yang ditetapkan untuk penerimaan komisen bermaksud anda akan tetap menerima komisen selagi mana SIMPLEHIJAB beroperasi.
Apa yang lebih menarik lagi?
• Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.
• Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 5% bagi setiap pembelian (tertakluk kepada barangan) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh 'your referred agents' ke sistem kami.
• Namun anda tidak akan menerima sebarang komisen bagi pembelian daripada pelanggan yang di-referred oleh agent yang di-referred oleh 'your referred agents'.

klik ja gamba nih ngee

Kisah Budak 11 Tahun Beranak di Klinik Swasta


Dear Shoko's,

   Seorang budak perempuan yang berusia 11 tahun telah melahirkan seorang baby boy yang sempurna sifatnya semalam di sebuah klinik swasta di Bahau. Budak tu dengaq cerita tinggal ngan nenek dia.Dia mengadu yang dia sakit perut sangat so bawak laa pegi klinik.Then bila sampai klinik doktor tu pulak cakap yang budak sebenarnya sakit nak bersalin. Tak sempat bawak ke hospital budak tu bersalin.

    Inilah yang merisaukan nih.Budak-budak zaman sekarang nih terlalu advance aku rasa.Allah mintak dijauhkan.


p/s:klik gambar untuk bukak Harian Metro

Tuesday, 4 August 2015

Leessang, Lancer Evo


Dear Shoko's,

   Di kala malam yang sejuk ini, sudah menjadi kebiasaan untuk aku dengaq lagu leessang.Dalam sehari tu mesti dengaq jugak tak kiralah sesibuk mana pun aku. Ececeh. Mengalahkan kpoperss di luar sana! Semenjak aku kena tegur time form 4 tu,aku dah serik menjadi peminat tegar kpop! Seriously,aku lagi teruk berbanding adik-adik sekarang nih. Dulu,disebabkan mama sangat benci kalau aku beli magazine yang membazir tu katanya,aku sanggup beli curik-curik tau x! Huarghh.. Pastu hujung minggu baca dalam bilik curik-curik jugak tu! Ink printer yang ada pulak aku,pegi habiskan dengan print gambaq-gambaq Rain Bi pastu tampal dalam lemari baju! Haha kononnya kalau bukak lemari tu oppa rain tu pandang dekat aku! bahahaha.. But, sorry oppa LDW tetap no 1 dalam hati sampailah sekarang. ngee

  Sampailah masanya saat aku telah di buang ke sebuah pulau untuk menyambung pelajaran. Belajaq mana ni? Kolej Matrikulasi Labuan ataupun nama glamorrnya KML. Abang Mieyth kerja dekat situ.Tu hah syarikat om puteh tu hah schlumberger. Alhamdulillah idok laa aku kesepiankan. Ada jugak tempat bergantung.Selain dapat elaun dari pihak kementerian dan PaMa,abang pun bagi aku elaun! uhuk ! Lain lagi belanja mam apa bagai.Kalau dekat matrik ni kan, para pelajar hanya di benarkan berfoya-foya pada hujung minggu sahaja,hari lain tu setressss laaa engko! ngehehe tak adalah.Biasanya bila abang dah amek tu masuk kereta tros bagitau apa yang jadi dekat aku laa kan.Kalau tak bagitau pun confirm kena tanya.Pastu keluarlah dialog seperti ini "abang mieyth,laparrrrrr." "okay mau makan mana nih? kedai keling*mamak* ka melayu?" Selalunya aku diam sebab dia sendiri akan jawab MCD! hahaha.

    Sebab berputiknya kembali minat terhadap lagu korea nih adalah abang mieyth! Bukan lagu Exo tu eh.Taaaaaaapi lagu LEESSANG.Setiap kali jalan confirm lah dengaq lagu tu sampai aku dah jadi ketagih balik.Yo laa dulu aku minat super junior tu! hahahaha..Zaman-zaman akak dekk. Semenjak naik lancer tu tu tu aku macam dah biasa dengan kelajuan yang hahh faham-fahamlah kalau dah spesis kereta game nih kan.Pernah sekali tu balik dari kk awal-awal tu bukan main lagi aku ni membebel.Bila dia dah 'potong' dalam lima buah kereta macam tu sekaligus hakak terus kaki terdiam babe! hahaha dengan dengaq lagu leessang nyer dengan macam nak jadik f&f dah hah memang hahahaha. Bukan highway nah. Pastu abang tanya "kenapa dhia diam" aku yang dah terdiam nih sekadar jawab ahh? Pastu boleh lak dia gelakkan aku dengan sepuas hatinya! Jahatkan! hehehehe. But,semenjak haritu,aku dah okay! Aku jadi minat lak. Ingat lagi time raya,aku ngan akim gi pekan ngan alphato*van*,pegi drift! hahaha nasib baik masih bernyawa nih hah! gila.


Time nih dah sampai Labuan. Dah tak kaku dah macam biasa dah. Ingatlagi time nih lagu ballerino tengah berkumandang.






    Mama yang dulunya benci bila aku play lagu korea kini tidak lagi.Kalau drama tu tidaklah bencikan.Faham-fahamlah lagu korea macam mana.Tapi lagu-lagu leessang nih lain sikitlah aku rasa.I think kan mama minat lagu ballerino sebab siap nyanyi lagi! hehe. So,di bawah nih aku senaraikan lagu yang aku minat sangat-sangat.Actually cp dari belog minah indo mana ntah.Makseh kay.Sebab kebetulan semua lagu aku minat tersenarai.Malas aku nak tulis.Tapi ada jugak yang tak ada dekat dalam senarai tu. Alaa youtube kan ada.Taip jea leessang macam tak biasa kan.


1. 행복을 찾아서 (Pursuing The Happiness) [Feat Jo Hyuna of Urban Zakapa] 
2. 회상 [feat 백지영] 
3. You're The Answer To A Guy Like Me [feat. 하림] 
4. 내가 웃는게 아니야 [feat Ali] 
5. 너에게 배운다 (My Love) 
6. 헤어지지 못하는 여자, 떠나가지 못하는 남자 [feat Jung In (정인)] 
7. Turned off the TV (TV를 껐네…) [feat. Tasha,Kwon Jungyeol (권정열) of 10CM] 
8. 광대 [feat Bmk] 
9. 겸손은 힘들어 (Hard To Be Humble) 
10. Ballerino [feat Ali]


Lancer hakak Google tapi sebijik lah hmm rindu

Saya Nak Masuk Bloglist Lyssa Faizureen Bulan Ogos 2015


Dear Shoko's,

   Meh kita reramai join segmen daripada cik lyssa kita nih.Mana laa tau rezeki blog kita. Dapat masuk bloglist cik lyssa. Hehe. Macam biasa klik picture di bawah.




    Sebenarnya dah lama nak post pasal ni tapi asyik tertangguh sebab line laa macam siput babyy betol! Tapi tak apa laa yang penting still boleh join. So,belog kita nie mengenai perkara-perkara yang telah dilalui oleh iolls laa. Manis, pahit, masin, tak pun tawar semuanya lah! Paling best bila share pasal produk-produk yang iolls dah try dan kesannya sangat perghh! hihi selain tu kekadang terselit jugak tips-tips yang ikhlas datang dari hati. Pasal "sarang" pun ada jugak! uhuk uhuk ! Tata..

Pencarian Bloglist & Review Blog Ogos Sehingga Disember 2015



Dear Shoko's,

    Seperti biasa selagi ada peluang amek jea cepat-cepat! Ngee..

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page