Friday, 31 July 2015

Meriahnya Raya 2015

Dear Shoko's,

   Tahun lepas betul-betul tak menyempat aku nak ngupdate blog cerita pasal raya sebabnya balik matrik pastu exam tak silap aku.Ni lah padahnya kalau tak update apa-apa.Hasilnya semua kenangan-kenangan manis tu*cewah aku lupa begitu saja. Ni laa sebabnya aku nak berbelogg. Kan. Biar aku tak lupa. Sebabnya bila dah update nanti kalau nak ingat balik terus carik dekat sini kan senang. huhu

    Bestnya raya tahun adalah kerana pada bulan ramadhan yang lepas aku puasa dengan mama abah ngan adik! Apa yang aku ngidamkan alhamdulillah mama masakkan. Huhu alangkah indahnya dunia! Yo laa tahun lepas aku hari-hari makan benda alah yang sama jea. Beli air yang sama. Faham-faham ja laa bazar matrik bukannya besau sangat pun. So,memang tak bolehlah mengada nak makan apa-apa.Bila weekend ja aku boleh mengada mintak itu ini ngan abang mieyth. Okay-okay nak cerita pasal raya tahun ni yang best. Walaupun tak meriah macam engkorang. Hihihi

15/7/2015(RABU)

   Time ni aku dah eksited berabis engkau. Lepas solat subuh mama tak bagi sambung tido macam hari-hari sebelumnya.Sebab awal pagi lagi dah berangkat balik ke kampung halaman yang tercinta.Mama cakap dia nak belanja lagi untuk kenduri di rumah my cutie kakak. Habis kenduri tu, memang berabislah mengemaskan! Tapi tak kisah penat-penat pun still gembira sebab buat bersama-sama.

Nampak tak bekas biskut raya tu haha


16/7/2015(KHAMIS)

    Macam biasa bangun sahur lagi makan dan makan.Pastu sambung tidur.Bangun pagi-pagi aku ngan kakak terus sambung mengemas apa yang belum siap berkemas lagi. Pastu buat kek batik untuk dijamu kepada tetamu yang datang beraya esoknya.Sebab esok RAYA!!! Hari ni jugak junior n lulu sampai.Malam tu menunggu keputusan sama ada esok raya ataupun tidak.Akim siap cakap kalau tak raya esok ni,tembak ngan senapang gajah! hahaha alhamdulillah esoknya raya. Kakak pun bawak gi jenjalan pusing kampung.Dia drive.Aku,junior ngan lulu follow kakak.Budak bertuah dua orang tu naik moto.Sapa lagi kalau bukan aina n akim! Balik tu bermulalah operasi menolong mama b memasak.huahua penat tapi still enjoy! 

17/7/2015(JUMAAT)

      Menjelang hari raya berakhirnya puasa.Alhamdulillah masih merasa nikmatnya hari raya.Layan gambo je laa eh. Hihihi

1)
muka di pagi syawal 2015
2)
dah menjadi kebiasaan pergi ke kubur dengan alphato

3)
pastu pegi rumah wak

4)
inilah kami tahun ni beraya berenam*sepupu
#lulu#nadia#kakain#akim#junior#aina

5)
mama n mama b pun selfie huhu

6)
my sis also blogger->NURAIN HOW

18/7/2015(SABTU)

     Raya kedua rombongan kami pulak pegi menyerang daaaaaan tak sangka dah besau-besau pun still dapat duit raya! hihi Makseh..

1)
anak dara

2)
shayang budak muka ketat nih*lulu

   Allah penat lak. hihi nanti sambung laaaaaagilah. Tata! Nak duit raya!!!!!






















Wednesday, 29 July 2015

Topup Mini Giveaway by Cik Mimie



Dear Shoko's,

   Siapalah nak bagi kita topup free kan.Uhuk uhuk mudah jea ni just klik banner di bawah baca syarat-syaratnya.Manalah tau rezeki jadi pemenang kan kan kan. Yang penting kita dah cuba. Jom!




Ayahmu Pergi Menyambut Seruan Ilahi


Dear Shoko's,

   Inilah salah satu sebab aku memang tak pernah bercita-cita jadik cikgu Rokiah. Aku ni spesies sapinata yang cepat kesian dekat orang lain.Terutamanya orang-orang tua yang ditinggalkan anak-anak daaaaaaan anak yatim piatu.Kalau yang mintak sedekah ni aku jaranglah sedih nengok.Sebab takut tertipu*sia-sia ja air mata aku nanti . Aku ingat lagi sampai sekarang pernah sekali tu aku menangis nengok orang gila.Yah agak pelik di situkan.Biasanya bila kita nengok orang gila ni mesti ketawa sebab dia buat perkara yang tak betul! Dah namanya orang gila aka orang tak siuman so dia pun tak tahu apa yang dia buat.Yang buat aku sedih tu,abah bagi dia duit tapi dia langsung tak mau.Kebetulan dia berdiri di hadapan kedai bakeri.So,pekerja kedai tu panggil abah dorang cakap dia tu langsung tak terima duit.Dia akan amek kalau kita bagi dia makanan.Tu bukan nasi-nasi tau.Dia hanya akan amek roti kacang hitam ngan air oren ja.Kesiankan.

     Seterusnya,budak-budak kecik yang telah kehilangan kedua orang tuanya.Sedih sangat-sangat.Lagi-lagi time raya nih. Allah. Bersyukur sangat masih di beri peluang merasa kasih sayang kedua orang tuaku.Biarpun kehidupan kami sangat sederhana.Aku tak perlukan wang ringgit yang berjuta-juta untuk aku bahagia.Masihku ingat ex-cikgu Ict aku cakap "zaman sekarang nih semua benda kita boleh cari dekat internet.Kau nak cari jodoh pun boleh.Tapi satu ja yang kita tak boleh cari iaitu ibubapa kita.Ingatlah selagi kita ada ibubapa berkorbanlah untuk mereka." dan pesanan ex-pensyarah matematik time dekat matrik.Time tu minggu restu ilmu laa macam tu.Final exam dah.So mula-mula tu madam bagi nengok video ala biasalah yang sedih-sedih tu.Tapi kitaorang langsung tak ada feeling sebab muak dah nengok taaaaaaaapi bila masuk dah pesanan ikhlas dari madam apa lagikan.Kawan laki aku pon meleleh wehh."saya tau kamu dah boring ngan video tu kan.Tapi tak apalah saya just nak share sahaja.Saya nak bagi motivasi pun saya tak pandai tapi saya akan kongsi apa yang saya ada.Mak saya dah meninggal masa saya dekat u.cita-cita saya nak besarkan rumah mak ayah,nak beli kereta yang besar tapi sekarang bila saya dah ada semuanya langsung tak bermakna.Mak saya dah tak ada.Saya pesan dekat kamu selagi mak ayah kita ada bahagiakan laa mereka.Itulah peluang yang kita ada." Fuhh bila cerita balik bertakung jugak air mata aku.

       Tadi bila aku buka fb terjumpa benda ni.Memang sedih sesangat.Sabarlah wahai adikku,ayahmu pergi menyambut seruan ilahi.Tapi ingatlah wahai adikku pesanan ayah.Belajar berusaha walau di mana jua


Sunday, 26 July 2015

Budak Kecik Pun Dah Bercinta



Dear Shoko's,

 Malas nak bebel nengok jea laa.. Hmm



Doctor ka Syukri Yahaya Ni?


Dear Shoko's,

   Dalam sibuk-sibuk beraya ni semalam menyempat jugak pi klinik.Demam? Tak. Ala ceri-beri lerr tu tersalah makan tak pun bedal kuah kacang ngan air gas sampai jadi cam tu. Hmm tak okay. Ada something dekat bawah ketiak aku nih hah. Tu yang bawak mama pegi klinik.Takut melarat pulakkan.Dah tu tak selesa pulak.

   Mujurlah time aku sampai tu tak ramai patient lagi.Selalunya menunggu giliran sampai sejam lebih.Aku pun tak tau laa kenapa mengalahkan klinik goverment betol.Haih menyirap darah weh. Haha nasib baik tak laa.So,bila tiba giliran aku,aku pun masuklah tapi bertemankan mama.Sebabnya aku dah nengok name doctor yang bertugas hari tu.Sah-sah memang laki.So,tak beranilah aku pegi sorang.*malusebenarnya Masuk-masuk,ohh Nadia? You are? Dah sah-sah aku masuk dulu memang aku laa kan.Tapi tak adalah aku cakap macam tu dekat doctor tu.Bermonolog sendirian jea laa.

   So,sakit apa nih? Pastu aku tunjuklah dekat mamat tu.Amboii haha.Oh lupa lak.Doctor ni muda lagi daaaaan yang buat aku terkejut muka dia iras ngan Syukri Yahaya tu tu tu tapi versi sado n ada lesung pipit.Dan dia ni suka sangat senyum dari awal sampai ke akhir.Bila dia cakap dia nengok mata kau betul-betul.Aku alihkan laa pandangan mata aku nih.Semak ja aku nengok dia.Dia ingat aku fallinlove ka nengok dia senyum tu.Bf aku lagi handsome! hahaha..Cara dia bercakap lembut sangat tapi bukan spesis yang tu tu tu taw! Balik pada penyakit aku tadi,dia nengok laa kan pastu dia cakap "boleh saya sentuh?"alamak! Aku nak jawab apa lagikan yang penting aku sembuh. Aku jawab hmm *angguk dengan rela tak rela.Dah tu dia picit-picit laa.Amboii lama bebenor ye.Ish ish.Sabo je laa janji sihat.Alhamdulillah tak ada apa-apa.Doctor cakap benda ni kecik lagi tak ada apa laaa.Dia just bagi ubat.



Sebenarnya tak habis cerita lagi tapi malu lak aku nak share.haha bye! Jom blogwalking



Friday, 24 July 2015

SEGMEN AKU NAK BLOGWALKING by Cik Yana


Dear Shoko's,

   Benda best ni.Jom kita pakai reramai join segmen nih.Mudah jea.Tup-tup blog kita terpilih.Allah rezeki jugak tu.Sebagi seorang blogger kan,kita kena laa ad usaha yang lebih so biar blog kita ni orang sedar kewujudannya.Tak gitu.Senang jea just klik banner dekat bawah nih.

*cecepat nah tak lama nak habis dah 
#11:59 malam 26.07.2015

Thursday, 23 July 2015

Beraya Bersama D'nars


Dear Shoko's,

   Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin uolls.Mana laa tau ada post aku yang menyakitkan hati atau pun post yang hentah apa-apa hentah! Ngee maafkan semuanya kay.Kosong-kosong gituuu.Yo laa kita ni manalah perfect 10 ada ja silap yang kita buat kan kan kan.Sama ada kita sedar ataupun tak sedar.Kan.Hmm So! Rasanya tahun ni best jugak raya daripada tahun sebelum nih.Lagi-lagi kulit dah jadi glowing.Engkau! hahaha meh baca cerita raya hakak bersama D'nars Skincare.




   Hari tu ingat nap join contest dari calaqisya ngan calaman tapi bila nengok pesaing-pesaing alamak gambar aku ni takat hmm jea laa so cepat-cepat aku kuburkan segala impian tu begitu saja dan tempek laa gambar ni dekat sini.Boleh laa kan daripada tak ada.Agak-agaknya tahun ni tema kalerr pepel ya?hahahahaha hmm mungkin.haha mengada! Bila nengok keyword yang masuk ke dalam blog ni mesti pasal Syma Beuty.Yes memang betul produk akak syma kita ni memang bagos.Berkesan jugaklah taaapi masa aku study dekat matrik dulu agak susah aku nak dapat stok buat simpanan.So,aku stop then tukar ke holika holika.Taaapi bila dah habis study aku tukar ke D'nars pulak.Sebab senang dapat dah tu mama dah berkawan baik ngan makcik kedai jamu tu so dapatlah murah sikit daripada harga pasaran tak pun online.Ehh jangan ingat aku pakai yang cap ayam jea ORI kay.Hah ni aku nak pesan kalau beli tu make sure yang rahban punya not ummi kay!



Hah nampak tak perbezaan tu.Yang kanan tu makeup bukan main engkau.Spesis hakak Rozita.Nasib baik aku tak pakai bulu mata pelesu.Haram wehh.Tapi dulu pakai jugak sebab yo laa gila sangat ngan anime yang mata bolat-bolat tu.Tapi sekarang aku dah sedar yang mata aku nih dah memang cute.haha kena laa puji diri sendiri kan.So,yang belah kiri tu laa muka hari raya aku tahun ni.Tak pakai loose powder,bb cream,foundation n concealer tu semua.Seriously! Aku cuma pakai D'nars day cream,eyebrow,lens*sebab aku rabun,dan yang paling penting lipstick laa.Dah boleh aku beraya sakan dengan begitu yakinnya.Amboii hahaha.Tak pakai semua powder2 tu sebab berpantang.Lagipun aku memang tak mau dah.Dulu time raya mesti pakai concealer tu dah tu tempek bedak hakak neelopa sebab nak flawless time raya.Tapi bila dah masuk jam 2 pm tu memang berminyak laa muka.Wa cakap serious weh tak main-main.Benda ni memang jadi dekat diri sendiri.


See dah petang pun much still bermaya.Tak perlu dah effect ni semua.Kita perlu yakin jea sekarang ni.Pada yang cakap d'nars ni buat muka tambah teruk agaknya dia terbeli yang cap ayam punya ataupun pakai tak ikut cara yang betul tak pun produk d'nars memang tak sesuai dengan kulit.So,janganlah salah kan produk tu sendiri.Aku dah pakai alhamdulillah memang berkesan.Pegi memana mesti tanya pakai compact powder apa sampai berkilat engkau muka.Haha dengan rendah diri aku berkata"nda pakai apa-apa pun cuma dnars jak".Pastu ehh hahaha pasni nak cerita pasal raya lak.yuhuuu tata.kalau ada sebarang pertanyaan mengenai d'nars boleh tinggalkan komen.ngee tata SYS!


Wednesday, 8 July 2015

Pilot Cafe Bahagian Pertama


Dear Shoko's,

   Ketinggalan zaman betullah budak ketot sorang ni.Orang lain dah lama nengok cerita tu yang aku nih baru hari ni terhegeh-hegeh nengok.Apa tidaknya termakan hasutan orang lain cakap yang cerita nih tak best laa tak ada pengajaran langsung laa! Amboii!! hahaha

   Tapi bila nengok cerita nih meleleh jugaklah air mata nih.Sebenarnya kan kan kan cerita nih banyak pengajarannya yang kita dapat.Lebih-lebih lagi budak-budak zaman sekarang nih.Allah hari-hari nengok berita ada jak kisah buang baby laa yang lagi sadis kerat baby.Manalah sifat-sifat sayang yang ada dalam diri manusia.Semoga benda nih jauhlah daripada kita semua.

    Ameer(Fahrin) seorang pilot dan seorang kasanova kelas pertama yang sangat dikenali di kalangan orang pompuan.Dah namanya kasanova kelas atasan sapa tak kenalkan.Dah berapa ramai pompuan yang pregnantkan anak dia.Bila pompuan pregnant senang jea dia bagi cek pastu blah! perghhh memang sakit hatilah kan.Tapi dia ni saaaaayang sangat dekat si Sharm(Neelofa) ni.Sayang tak sayang bila dah preggy dia tak nak bertanggungjawab pulakkk dahh.hmmm pastu muncul lak Maya(Izara) dan sebab Maya laaa dia macam dapat rasa kesengsaraan yang dilalui wanita yang hamilkan anak dia.hmmm kalau aku cerita pun dah terlambat rasanya.Baik gi nengok.alaaa nengok online jea.

TATA!


Monday, 6 July 2015

Comelnya Budak Ateyn Nasuha niiiieee


Dear Shoko's,

    Kenapalah baru tau pasal blogger kecik molek kiut-miut sorang ni.Tu pun tau bila nengok tutorial shawl gaya Elfira Loy tu tu tu.Yo laaa aku pun nak jugak bergaya macam el gituuu biar nampak laaa gaya retiss sikit walaupun dekat area-area kampung jo.hahaha but seriously sangat-sangat lawa.Bukan tu ja boleh buat kita nampak laaaaagi cute.Nantilah aku share time raya nanti nak pakai macam tu.Try style barulah pulakkan.hmmmmm*rindu zaman hana tajima*


comel kan kan kan

   
      Haaaaaa nanti jenguk laaaaa beloggg akak Ateyn Nasuha kiteeeee.



Sunday, 5 July 2015

Kisah Kahwin 6 Minggu


Dear Shoko's,

*gambaqq tak ada kena-mengena*


   Besar betul dugaan yang menimpa seorang akak ni.Aku rasa mesti semua orang dah tau pasal kisah ni.Ya laa dah jadi viral sejak semalam atau pun semalamnya lagi aku pun tak tau laaa.Dan hari ni suami dia tu dah muncul beri keterangan yang aku rasa tak masuk akal LANGSUNG! Sorry to say laa abang agak-agak laa nak bagi alasan pun."saya dah buat solat istikharah tapi saya tak nampak pun wajah,yang saya nampak keluarga dia sahaja".Tu menurut sumber-sumber daripada blogger lain yang dah 'command+shift+3 serentak' daripada instagram si suami tu tu tu! Kononnya dia kahwin dengan akak tu sebab pilihan keluarga.Yang lebih menyakitkan hati aku kekasih si suami tu siap datang masa majlis perkahwinan dorang nih.Nampak tak permainannya dekat situ.Allah besar sungguh dugaan akak.

    So,daripada kisah ni aku dapat simpulkan yang kisah-kisah novel ni semua bukannya dongeng semata-mata.Benda benar-benar wujud di sekeliling kita.Kisah akak ni sama jea dengan novel projek memikat suami,isteri separuh masa hmm banyak lagilah.Akak cuba kuatkan semangat macam si Una ngan Medina dalam novel tu.Alaaa dah kalau tinggal sebumbung ni lama-lama sayang laa tapi kalau dah laki tu hmm susah laa jugakkan.Yang pompuan tu nak menggatal lagi dekat suami orang apahal.Yes betul kalau dia lebih pilih kau dari isteri dia kau akan rasa bahagia.Tapi ingatlah tak mustahil dia tak buat dekat kau macam tu.Ingat Allah tu adil.Aku harap fikirlah masak-masak.Aku tak tau kenapa aku yang terlebih emosinya.Mungkin sebab aku dah besauu agaknya! HA HA HA
Tata..


Aduh-aduh sayang kenapa kau curang
*best jugak lagu ni*








 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page