Wednesday, 23 December 2015

MND-BAB 6


Dear Shoko's,



Oh aku tak
(Ku tak mahu ku tak mahu) emas permata
(Ku tak mahu ku tak mahu) apa pun darimu
Cintaku tak perlu dijual beli dengan duitmu
Tetapi 
(Ku mahu aku mahu) kau disisiku selalu
(Ku mahu aku mahu) kamu layan aku selalu
dengarlah hatiku
dengan hati tulus kerna
I am not for sale

 “Amboi bukan main anak dara Puan Atitah seorang ni menyanyi siap menari ikut rentak tarian Stacy engkau. Siaplah aku kerjakan.” Terperanjat Chuki ketika melangkah masuk ke dalam ruang tamu tadi. Sangkanya ada konsert di dalam rumah mereka. Rupa-rupanya Hasya Dhia yang sedang membuat persembahan solo di hadapan macbook nya.

   Tanpa membuang masa, Chuki bergerak dengan perlahan-lahan menghampiri  adiknya yang asyik menari sakan itu. Gatal sahaja tangannya hendak menggeletek pinggang adik kesayangannya itu biar terkejut beruk!

  “Satu…dua…tiga.. Hasya!” Jerit Chuki seirama dengan kepantasan jarinya mencuit pinggang si adik.

   “Opocot Hasya not for sale!” Terhenjut badannya akibat terkejut.

   Chuki sudah tergolek-golek ketawa di lantai melihat reaksi spontan Hasya Dhia yang padanya tidak masuk dek akal langsung. Sejak bila adiknya pandai melatah macam nenek mereka ini. Di lihatnya muka Hasya Dhia sudah merah padam menahan marah sahaja gayanya lantas tawanya berhenti serta-merta.

   “Seronok dapat kenakan orang?” Soal Hasya geram dengan perangai kebudak-budakan abangnya.

   “Seronok tu tak lah jugak tapi kelakar adalah.” Jawab Chuki lantas ketawanya meletus. Tawanya tidak dapat di kawal lagi.

  “Not funny.” Bibirnya di muncungkan ke hadapan tanda dia tidak suka dengan gurauan abangnya.

   “Okay, fine! Ni sejak bila pandai melatah macam nenek?” Soal Chuki. Tak sanggup rasanya melihat muncung panjang Hasya Dhia.

   “Abang ingat Hasya tak terkejut ke abang buat macam tu? Nasib baik Hasya melatah je kalau jantung Hasya nih gugur sekali tadi macam mana? Bukan abang jugak ke yang susah nanti kena masukkan jantung Hasya nih balik?”

   “Amboi amboi, jantung gugur katanya. My sweetheart nih, bukan main eh. Agaklah jantung awak tu nak gugur pun. Dah tu siapa suruh menari tak ingat dunia. Abang terpacak dekat belakang dia pun, dia boleh tak perasan. Berangan nak jadi Stacy eh? Ke teringat dekat si Emel tu lagi?” Jawab Chuki sambil mengesat air matanya yang mengalir keluar kerana sakit perutnya ketawa terbahak-bahak tadi.

   “Abang please jangan nak mention nama si hagemaru tu lagi.” Kata Hasya.

 “Hagemaru?” Tanya Chuki pelik. Apa kaitan Hagemaru dengan Emel? Takkan ada talian persaudaraan kot.

 “Abang ni takkan lah tak faham-faham. Bukan ke perangai Hagemaru dengan Emel tu sebijik?”

“Ahhh… apa-apalah. Malas abang nak fikir. Dah pergi siap cepat.” Arah Chuki.

“Nak buat apa pergi bersiap? Malaslah nak jalan time-time macam ni.”

“Abang nak bawak Hasya pergi shopping barang dapur ni. Masuk hari ni, dah dua minggu tekak abang nih asyik makan makanan Korea aje. Muak tau tak! Tak lalu dah tekak nih nak makan. Lagipun, bukannya adik abang nih tak pandai masakkan? Hasya masak sedaplah sayang. Abang rindu dah nak makan masakkan Hasya.” Jari-jemari Chuki mencuit pipi Hasya Dhia.

 Tangan Chuki di tepisnya. Rajuknya masih bersisa walaupun Chuki sudah memuji yang masakannya sedap. Senyuman yang terukir di sembunyikan. Sengaja dia mahu menguji sejauh mana abangnya dapat memujuk dirinya.

  “Hasya please…. Hasya follow abang malam ni, esok ada kejutan yang menanti untuk Hasya.” Pujuk Chuki.

   “No. Malaslah. nak jalan. Buat penat aje.” Bantah Hasya.

    “Ala… Takkan Hasya tak kesiankan abang langsung?” 

  “Hmmm… tak!” Jawab Hasya begitu yakin tetapi muka di halakan ke tempat lain untuk menyembunyikan senyuman nakalnya. Padan muka siapa suruh suka sangat nak menyakat dia. Sekali-sekala kenalah balas balik.

  “Kalau macam tu terpaksalah abang bagi present tu dekat Da Hae noona.” Balas Chuki bersahaja. Jangan cakap dia tak nampak senyuman nakal adiknya tu. Hasya. Hasya. Nak menyakat orang pun tak reti. Kalau orang lain mungkin boleh terpedaya tetapi tidak dirinya.

Terdiam sejenak Hasya Dhia memikirkan kata-kata abangnya. Kalau betul apa yang abangnya cakap sebentar tadi dia juga yang akan rugi besar nanti. Ah! Baik menyerah kalah sahajalah Hasya Dhia oi! Next time aje lah kau sakat abang kau tu lagi.

“Hmmm… okay lah. I’m agree. But make sure tomorrow, bila mata Hasya celik aje, Hasya nak present abang tu ada dekat depan pintu bilik Hasya tu hah.” Jari telunjuk di halakan ke pintu biliknya.

Trust me, sweetheart. Now, Hasya pergi mandi wangi-wangi dulu, dah siap nanti Hasya panggil abang. Abang nak rehat dekat dalam bilik sekejap. Kata Chuki seraya bangkit menuju ke biliknya. Sengal-sengal badannya memandu dari Seoul sebentar tadi belum hilang lagi. Sebenarnya boleh sahaja dia suruh Ucid yang turun ke site, tapi memandangkan kerenah Datin Malinah yang macam-macam , itu tak kena ini tak kena adalah lebih baik dia sendiri yang turun padang. Lebih selamat katanya.

Hasya Dhia memandang abangnya dengan muka toya. Seriously dia rasa malas sangat nak bergerak buat masa sekarang. Sudah seminggu dirinya ditinggalkan bersendirian di rumah menyebabkan sel-sel malasnya laju sahaja berhubung. Bukannya Chuki sengaja hendak mengurung dia di rumah, Chuki ada projek yang perlu dia siapkan. Ada juga Chuki menyuruh dia keluar mengambil angin tak pun bersiar-siar sendiri di luar. Jalan kaki? Memang tak lah jawabnya. Adalah lebih baik dia duduk di rumah makan popcorn sambil menonton drama Korea yang so sweet. ****

“Baiklah puan-puan di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, akhir sekali masukkan pula daun sup dan tutup api. Maka siaplah menu kita untuk hari ini. Sebelum saya terlupa, kalau nak lagi sedap hidangkan bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sebagai pelengkap menu nasi ayam hainan kita.” Ujar Hasya Dhia acah-acah chef terkemuka. 

Semua sudah siap di masaknya. Tinggal masukkan ke dalam bekas sahaja lagi untuk di bawa ke set penggambaran abangnya. Mujur hari ini abangnya hanya shooting berdekatan rumah mereka jadi mudahlah untuk dia menghantar makanan tengah hari yang telah dia siap masak itu. Mesti abang Chuki suka.

Tambahan pula, sebagai tanda terima kasih yang tidak seberapa untuk abang Chuki. Sangkanya Chuki hanya akan memberi dia surprise dengan memberi sekuntum bunga ros putih di hadapan pintu tetapi lain pula yang di beri. Betul dia ada meminta sebuah basikal dengan Chuki tetapi tidaklah Huffy Disney Minnie Mouse Adult Cruiser Girls Bicycle Limited Edition berserta reben berwarna merah sedondon dengan warna merah putih basikal tersebut. Sungguh dia terharu dengan pemberian itu. Hasya Dhia! Apa ke bongok sangat kau ni, abang kau tu sanggup buat apa sahaja untuk kau! Bagi dia, kau tu segalanya untuk dia. Apa lah sangat setakat sebuah basikal.

****

“Alhamdulillah, nasib baik basikal ni ada bakul dekat bahagian depan jadi bolehlah letak bekas ni, ringanlah sikit beban dekat bahu ni.” Kata Hasya sendirian ketika meletakkan bekas berisi sup di bakul hadapan basikalnya. 
Kemudian bahagian depan selendang di perbetulkan kedudukannya. Hari ini Hasya memakai blouse pendek berwarna putih  dipadankan dengan jaket panjang berwarna pink belacan di serikan lagi  dengan shawl ungu cair dan memandangkan dia akan mengayuh basikal sebentar lagi, dia mengambil keputusan untuk memakai jeans H&M sahaja.

Setelah memastikan semuanya baik-baik saja, Hasya mula mengayuh basikal barunya. “Bismillahirrohmanirrahim… ajah lets go.” Tangan digengggam dan di naikkan ke atas.

“Andainya ku hilang dalam cinta… suluhkanlah aku dengan rasa yang sempurna…” Nyanyi kecil Hasya Dhia. Best nya kayuh basikal sambil dengar lagu pastu menyanyi. Siapa yang tak pandai kayuh basikal tu dia lah spesis sapinata yang paling rugi di bumi ini. Ya lah, semakin laju, semakin nyaman kita akan rasa dengan udara dingin yang menyapa muka.

Sudah agak jauh Hasya mengayuh di sekitar Central Park namun kelibat abangnya masih tidak kelihatan. “Abang Chuki ini pun satu, tinggalkan memo pun tak bagitahu location dia betul-betul. Tahulah dekat Central Park. Masalahnya abangku sayang, Central Park tu luas! Takkan Hasya nak redah satu taman ni.” Ujar Hasya geram lalu mengeluarkan Iphone nya.

Time-time ni jugaklah dia tak nak jawab.” Talian di matikan saat kakak operator yang tolong jawabkan bagi pihak Chuki. Call abang Ucid ajelah fikir Hasya.

Anyeong Ucid oppa?” Sapa Hasya.

“Hah Hasya nape call abang?”

“Hasya nak tahu location. Hasya call abang dia tak angkat pun.”

“Oh! Abang Hasya busy sikit tu. Paham-paham aje lah perangai mak datin ni.”

“Hmm.. Faham sangat. Ni korang dah lunch belum? If you all tak lunch lagi jangan mengada nak pergi cafe tau! Hasya masak ni. So, tunggu aje dekat situ. Abang share location dekat whatsapp tau. Anyeong. Assalamualaikum.” 

Sementara menunggu chat daripada Ucid, Hasya memutuskan untuk meneruskan perjalanannya untuk bersiar-siar di sekitar taman. 

Ting! Bunyi menandakan chat masuk. Hasya tanpa berhentikan basikalnya mengambil telefon dari dalam bakul kemudian melihat chat daripada Ucid. Daripada kedudukannya sekarang tidaklah terlalu jauh. Hanya beberapa meter di hadapan.

Hasya Dhia terleka sebentar melayan Iphone nya. Akibatnya, Hasya tidak perasan ada batu-batu sederhana besar di hadapan dia menyebabkan dia hilang daya keseimbangan dan hampir terjatuh. Mujurlah ada sebuah tembok yang tiba-tiba muncul di bahagian tepi dan menampung berat badan Hasya, beg yang berisi makanan dan juga basikalnya.

“Ehem…”

“Aik apesal tembok ni bercakap pulak.” Katanya terpinga-pinga sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Alangkah terkejutnya dia saat berpaling. Hasya Dhia! Kau dah gila kah apa. Mustahil untuk tembok tiba-tiba berdiri utuh di saat kau nak jatuh. Dia juga bukan Frankeinstein! Dia hanyalah seorang lelaki yang tidaklah begitu kurus dan bukan juga sado. Sedang-sedang saja. Tetapi wajahnya seperti pernah dia lihat. Ya wajah kacak itu.

Excuse me, miss?”

“Opss. Sorry.” Hasya menstabilkan kembali basikalnya.

“Ya Allah. Sup aku! Alhamdulillah…Nasib baik aku dah pack siap-siap dalam plastik kecik-kecik ni.” Ujarnya tanpa mempedulikan lelaki di sebelahnya itu.

Dengan perlahan Kim Luq melangkah pergi meninggalkan Hasya Dhia.

Seketika kemudian baru dia teringat akan si tembok jadian sebentar tadi. Matanya melilau mencari lelaki yang menyelamatkannya. Untung lelaki itu masih kelihatan. Dengan kadar segera dia mengambil sebekas tempat berisi nasi ayam hainan dan kuah sup kemudian di masukkan ke dalam beg plastik. 

Hello Mr! Wait a minute.” Hasya melambai-lambaikan tangannya dan berlari-lari anak ke arah lelaki itu.
Thanks for your help.” Kata Hasya lalu menyuakan beg plastik berbentuk teddy bear itu.  Kemudian dia membongkokkan sedikit badannya dan melangkah pergi. Tak sanggup dia nak berbahasa basi dengan lelaki itu. Malu weh!

Tersenyum-senyum Kim Luq menerima pemberian daripada gadis itu. Dan yang paling penting inilah pertama kali seorang wanita tidak ingin mengetahui siapa dirinya dan tergedik-gedik dengannya. Adakah si gadis basikal itu tidak tertarik kepada dirinya. Sebelah keningnya dinaikkan.

Bukannya dia tidak tahu yang gadis itu juga berasal daripada Malaysia. Sengaja dia tidak berbahasa ibundanya di hadapan gadis itu. Nak test market kononnya tapi hampeh.

“Hasya Dhia…” Ucap Kim Luq ketika melihat papan yang serupa flat number yang tergantung di belakang basikal itu. Akan dia cari gadis itu lagi.



psstt dapat idea dalam flight insiden Kim jumpa Hasya hahaha...Thanks sudi baca
     

Sunday, 13 December 2015

Fake Profile Part 2


Dear Shoko's,

   Geram aih dengan spesis suka buat fake profile ni. Motif? Tak pun faedah buat fake profile nih tak kisah lah facebook, instagram, wechat tak pun apa benda semua tu lah. Tak kira jantina aku benci golongan-golongan nih!

   Paling menyakitkan hati mereka mengambil kesempatan. Contohnya, kalau si faker tu lelaki, dia akan mencari jodohlah pulak! Main-mainkan hati dan perasaan seorang perempuan! Aku kesian betul dekat pompuan tu. Kenapa mesti buat macam tu? Yang pompuan ni pulak bahagialah sebab termakan kata-kata si sweettalker faker gila tuh!

   Sebab tu orang-orang cakap kalau nak cari boyfriend/girlfriend tu tak payahlah dekat social network. Carilah yang ada dekat depan mata saja. Yes! Sebab golongan-golongan sedemikianlah menyokong lagi pendapat si orang-orang tu tadi.

   Irine Nadia jumpa suami dia dekat facebook, bahagia jugak pun. Aku kenal ngan orang tu tu tu dari facebook jugak! Taaaaaaaaaaaaaaaaaaapi someone dah buat fake fb dia!!!! Oh, pandai sungguh kau ye, kau block orang tu tu tu ngan aku awal-awal! Sebab tu aku tak dapat nak nengok kau meroyan. Please, stop lah. Delete lah acc tu. Cukup-cukuplah kau permainkan hati perempuan lain. Aku pun sakit hati je nengok! Siapa tak sakit hatikan..

  Hmmm okay tata




Sunday, 29 November 2015

Siapa Diriku


Dear Shoko's,


   Aku ni tak minat langsung pun dengan si Ayda Jebat ni. Seriously weh haha tapi bila dengar lagu dia ni aku terus macam ntah laa suka laa. Lirik dia tu macam kena sangat dengan aku ni walaupun aku ni tak famous langsung kan tapi dekat alam nyata ada ja jenis sapinata yang suka judge book by its cover. Kan kan kan.

   Mereka tak kenal kau pun macam mana dah label kau ni sombong lah bajet hot lah kan. Haha benda tu perkara biasalah kan haha. Yang penting kita tak buat salah pun dekat orang lain. Kita kena kuat dan jangan lupa kita masih ada orang-orang yang sentiasa menyokong kita dari belakang.

Lirik:



Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan-jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Aku bukan primadona
Aku bukan juga diva
Aku..aku..

Aku bukanlah superstar
Sampai nak mengada-ngada
Tunggu..Jangan cepat nak label ku
Biarkan berkata-kata apa sahaja

Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Jangan-jangan senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Kau cuba jatuhkan ku
Tinggalkan aku seribu batu
Aku.. masih harapanmu
Biarkan berkata-kata apa sahaja

Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Jangan-jangan senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Jangan kau main kata
Tanpa usul periksa
Hanya manusia biasa
Kita tak sempurna

Hati-hati dengar sini
Jaga diri jaga hati
Sayang cinta rindu
Kau kata I love you

Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Jangan-jangan senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Kau tak tahu siapa diriku
Kau tak tahu siapa diriku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu
Siapa diriku

P/S: Walaupun video clip dia kontroversi kononnya si ayda ni copy paste si meghan tu tu tu. Bagi aku biarlah pun kan at least dia dah cuba buat yang terbaik! 



KAU TAK TAHU SIAPA DIRIKU




Tuesday, 24 November 2015

You're the answer for a girl like me


Dear Shoko's,

   Aku betul-betul keliru dengan perasaan aku sekarang nih. Betul eh orang cakap penulis novel cinta ni jiwa dia hmm macam mana nak describe eh hmm hmm  macam tu laa. Haha. Bila baca kisah cinta kak Namee rasa macam sebijiklah. Jarak umur yang sungguh jauh ibarat Farid Kamil ngan Diana Danielle. Amboi perumpamaan engkau! Actually tak adalah jauh sangatkan. Alaa 10 tahun je!

   Tetibaaaaaaa muncul someone yang lebih muda dari si dia. Yang selalu ada masa untuk aku, selalu mengalah untuk aku dan macam-macam lagilah. Agak-agak kisah aku ni lebih cliche dari ombak rindu? hahaha menyampah aku nok!

   Sorry laa kalau aku merapu je dalam blog ni. Biasalah anak dara kan kan kan. Hahahaha..
Jangan pisahkan aku dan dia tuhan tolonglah ku cinta dia biarkan kami tetap bersama di dalam suka dan duka.

  Biar cinta terhalang gunung dan samudera aku tetap memegang janjiku padamu biar jurang yang ada di depanku takkan goyah sumpahku kepada dirimu kita bagai kumbang dan bunga hatiku pasti hatimu jua namun mengapa ada saja yang benci tulus cinta kitaaaaaaa jangan pisahkan aku dan dia tuhan tolonglah ku cinta dia biarkan kami tetap bersama di dalam suka dan duka






pstt senyuman sepesen tak? hahaha



Saturday, 31 October 2015

Bukan Wanita Penggoda


Dear Shoko's

   Lamanya missing kan kan. Hari tu pun update benda bongok-bongok ja. Mula laa ada orang cakap "nak tunjuk boyfriend dia handsome laa tuh." Hahaha kan. Pastu orang yang meluat akan cakap "hek eleh ingatkan bf dia muka ala-ala kpop sebab asik update pasal kpop jea rupanya muka spesies mat bangla!" Amboi engkau aku kalau aku dengaq siap laa aku cubit-cubit nanti! Hahaha poyo ja!

   Okay tajuk yang kita nak bincang hari ni adalah tidak berkaitan langsung dengan hubungan aku dengan si dia. Awal-awal tadi tu just intro aje laa. Konon laa hehe.

   Pernah tak korang yang gugirl bila jalan ngan kawan-kawan tu kan, tak kisah laa time gi class ka, gi makan ka tak pun gi mall laa senang then terserempak dengan sepasang kekasih yang sweet laa kononnya. Alaa tu semestinya laa cik nadia.

   Okay.... apa perasaan korang bila korang tak buat apa-apa pun kan, senyum pun tidak inikan pulak kenyit mata dekat encik boyfriend mereka tu, tetiba yang girl tu pegang tangan tak pun paut lengan si boyfriend itu seerat-eratnya sambil buat muka mencebik ke arah kita. Seriously aku rasa macam grr aku tak goda pun boyfriend kau yang tak ganteng tu! *oppss*

   Dalam sehari tu aku tak tahulah dah berapa orang mencebik dekat aku. Seolah-olah aku ni si janda muda yang seksi lagi bergaya nak merampas kekasih hati orang. Tu tak termasuk hakak-hakak yang dah bersuami siap ada anak lagi. Akak, saya ni bukannya perampaslah! Saya pun ada hati dan perasaan. Boleh tak jangan risau sangat.

   Aku ingatkan, aku sorang ja yang perasan, ni siap kawan-kawan cakap lagi. Hmm situasi pertama time jalan dekat mall dengan mcflurry oreo di tangan, biasalah mall kan kalau weekend memang padatlah kan, so kita yang kecik-kecik ni jalanlah dengan selambanya, bukannya aku dekat pun ngan si encik bf tu tetiba si gf datang teros paut lengan si bf pastu mencebik dekat aku! Allah... Aku tak buat apa pun!

   Kedua dekat lorong-lorong nak ke giant, sepasang kekasih jugak jalan sesama, pun buat benda yang sama. Siap menjeling engkau! Yang lawaknya, si bf senyum dekat kitaorang tapi bila si gf dah jadi gaummm terus buat muka serius balik. Hahaha

   Awak, tak perlulah risau sangat. Mesti si dia sangat sayangkan awak. Please... mintak tolong sangat tak semestinya mekorang yang jenjalan ngan kengkawan ni tak ada bf dan nak try kekasih awak tu. Tolonglah jangan buat muka cebik tu. Seriously tak cute awak. -kerna kamu wanita yang telah ku pilih... cuma kamu penjaga hati ini... -




   Ingatkan bila aku jalan ngan my jaden tenanglah sikitkan. Tak adalah yang mencebik-cebik dekat kita lagi, hmm hampeh makin menjadi-jadi pulak! Siap lelaki pulak yang buat muka entah apa-apa ntah. Peliklah weh. Apa salah aku sebenarnya? Hmm :(.... Aku siap menyorok dekat tepi si dia sebab akak dekat meja sebelah asyik menjeling dekat kita. "Why?" "Tak adalah orang tu asyik nengok jea pastu menjeling." Dengan selambanya my jaden cakap dengan suara yang agak hmm "Alaaa biasalah dia tu lonely! Tak apa kita cakap jea kuat-kuat." Amboii hahaha tak berperikemanusiaan langsung!


Saya tak cute pun akak-akak so janganlah risau

Jom layan gambaq ja laa hehe



Next..



....




...



Tata...
















   

Sunday, 18 October 2015

Saranghaeyo. . . .


Dear Shoko's,

 

Wednesday, 30 September 2015

Ost Hello, Mr Perfect (Sorry Sorry Sayangku)


Dear Shoko's

  Sebelum nih cerita pasal lagu yang aku minat. Ala pasal lagu indo tu, hari ni nengok cerita Mr Perfect tu *walaupun tak minat sebab si fattah amin tu mengingatkan aku dengan seseorang TUUU*, bila dengar lagu dia terus jatuh cinta. Cepat-cepat carik dekat youtube. Ingatkan lagu indo ngupa-ngupanya lagu Nomad! Yes Nomad! Kalau ingat lagu tetap menantimu tu hah dia laa tu. Sekarang dia muncul dengan lagu baru yang sangat sweet!


Sila klik gambar kalau nak terjah youtube terus..ngee

  Nak nyanyi sikitlah,

  Sorry sorry sayangku I love You,
  
  Sorry sorry sayangku I miss You,

  Sorry sorry sayangku, kembalilah dikau kepadaku,

  Sorry sorry sayangku, I hate You,

  Sorry sorry sayangku, I dont trust You,

  Sorry sorry sayangku, kerna dulu ku mengkhianati mu..

  Bestkan sebab bukan main banyak cakap sorry. Hati aku pun macam jadik lembut tetiba nak maafkan orang lain yang sakitkan hati aku. Bahahaha over kau Nadia!!! Kejap! Muka heroin dia ada iras Yuyu Zulaikha! hehehe tata....

 

Tuesday, 29 September 2015

Peminat Tegar Lagu Romantik Indonesia


Dear Shoko's,

   Siapa cakap aku ni kpopers. Memanglah kpopers tapi tu dulu zaman aku budak-budak. Sekarang ni semenjak dah masuk baya-baya pokok durian nenek dalam kebun magika tu sedikit sebanyak dah berubah. Minat Leessang ngan Song Triplets tu kira kpopers jugak ke? Hahahaha.. Pastu dah jatuh cinta dekat si Manu sebab ke'kiutan' beliau.

   Taaaaaaaaaaaaaaaaaaaapi kalau bab lagu-lagu sesweet gula-gula kapas berbentuk itik itu, semestinya lagu-lagu indo dapat tempat pertama. Sebab? Aku pun tak tahu. Mungkin sebab suara penyanyi itu sendiri ataupun bait-bait lagu tersebut tak pun muzik dia.

   Bila dengar lagu indo aje mesti hati aku ni berbunga-bunga. Bayangkan Dong Wook oppa tak pun Manu nyanyi lagu tu untuk aku. Pastu bagi bunga ros putih ngan air milky tea peppermint. Fulamak! Alangkah indahnya imaginasi aku. Jangan beranganlah Cik Nadia oi! Hahaha

   So,kawan-kawan yang aku sayang *sayang sebab baca belog nih* aku nak list kan lagu yang aku minat. Tak pun nama band dorang-dorang nih eh.

1-ST12- Hampir kesemua lagu dia aku tau. Terutamanya time si Charlie ada lagi.

2-Dua Mata Band- Lagu dia yang dapat mencairkan hati seorang gadis cute. Terutamanya lagu Menikahlah denganku. Irine Nadia pun minta tau. Siap jadik lagu dekat dalam blog lagi zaman dia anak dara. Ngee...

3- Kangen Band- Banyak sangat tapi tak semua aku minat.

4-D'Wapinz- Berharap kau setia

5-Qiu9- Siang Malam

6-Intan Nuraini- Aduh, Gubrak

7-Acha

8-Rossa- Ayat-ayat cinta

9-Melly

10-Teuku Wisnu- Cinta Kita

   Itu sebahagian jak taw. Hahaha. Aku suggest Menikahlah Denganku! Tata


Budak perasaan kawaii pakai baju batik orang indo. Biar ada feel lah katakan


Sunday, 27 September 2015

Alahai Kekasihku Manu Rios!


Dear Shoko's


Ada kenal dengan mamat dekat atas ni? Tidak? ngehehe



Blur lagi? 

Ada kpop sikit

Hmm.... haha



Hah tau pun kan! Kalau dah nengok dont judge me challenge yang ada mamat-mamat ganteng tu, dia ni salah satunya laa. Kesian betul dengan aku baru nengok benda tu kan. hahaha. Dekat situ laa ketemu mamat ini. Terima kasih ya kakak Nurain How dapatlah tau hehe. Orang zaman purba laa katakan. Dia ni peng'cover' lagu jugak tau. Best suara dia! Budak sweet 17. Yo laa lahir tahun 1998. hehe tu aje. tata. Nunyte!








Saturday, 26 September 2015

Menghitung Hari


Dear Shoko's

With my kakak

Friday, 11 September 2015

Tips Follower Beriban Dekat Instagram


Dear Shoko's,

      Hamek tajuk bukan main gempak. Kan. Apa boleh buat aku nak share jugak. Ini berdasarkan apa yang aku nampak dengan mata doraemon aku nih laa. Hehehe.....


1-Follow orang sebanyak yang mungkin

       Sebab apa? Sebab bila kau dah follow someone tu, pastinya dia akan follow kau balik. Sebab entah dah memang adat dia macam tu. Ngee, tapi janganlah bila dah follow tu kau unfollow balikkan. Tu yang buat rasa sedih hmmm hahahaha


2-Gambar yang cun

   Ni semestinya laa kan. Dah namanya ig mestilah gambar-gambar aje yang kita nampakkan. Bagilah masuk gambar yang kalau orang nengok "Perghhh cun nya!" Sebab ya laa dah jadi kebiasaan kitakan suka nengok benda yang cantik-cantik.


3-Promote dekat semua laman sosial yang ada

    Contohnya dekat facebook, twitter tak pun blog ni hah. Kan...


     Aku rasa itu aje laa tips aku. Tipslah sangat kan. Actually, aku ni tak ada pun follower beriban. Semenjak buka akaun baru ni memang grr laa kan. So, kawan-kawan jom kita main follow-memollow. Sebab aku suka nengok gamba2 orang. Hehe tata. Jangan lupa baca marriage not dating. Kim Luq!!!! hehe


Thursday, 3 September 2015

Kawaii Kid



Dear Shoko's,



   Comelkan budak ni. Tengah viral sekarang budak ni. Budak ni, asal Jepun kalau tak silap aku. Kalau macam nih, kahwin dengan orang Jepun laa. Hahaha oiii papa RiRi kau nak letak mana? Letak dalam hati laaaaaa.. Meh nengok gamba yang lain pulak.



   Bukan tu aje, sakit-sakit pun still cute hah...



Hehe tu jah. Tata









Mengapa Aku Yang Tidak Setia


Dear Shoko's,

   Kesian Cik Shoko terabai. Bianae! Noona busy dengan marriage not dating. Tapi noona tak lupa kamo taw! hahaha ayat menyampah. Seminggu dua nih suka betul dengar lagu ingatkan dia nih. Tak tahu laa kenapa. Sejak bila aku minat kumpulan wings nih. Setahu aku, aku minat iklim ja since abah peminat tegar. Tapi aku paaaaaaaaling suka kalau abah nyanyi lagu isabella! Allah. Terus cakap kenapa tak bagi nama Isabella? hahaha merepek kan. Tak adalah best mana, tapi hari tu abah nyanyi dekat dinner family day tu, mamat cina yang menginap dekat hotel tu siap ikut nyanyi. Hahaha

   Tapi..tapi aku minat lagu ni. UWarghh hahaha. siap replay 5 kali. Melampaukan. Dia punya feel jiwang tu, sampai peluk penyapu nyanyi. hahaha

Lirik->

Semenjak awal lagi
Bila ku mengenalimu
Dunia ini serasa
Cuma dalam genggamanku

Ramai yang datang menduga
Namun tak sama denganmu
Aku...percayalah
Biar pun remuk di hati
Akan aku rawat sendiri
Kerana kau aku rela

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Sesalnya aku cuma
Ingatkan engkau merayu
Itulah kesilapanku
Belum terlewat lagi
Itu kata darimu mudah
Memang begitu indah

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Musuh tak kenal
Jangan diikut tinggalkan dia
Mengapa aku masih kau goda
Masih kau goda

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2014/03/lirik-lagu-ingatkan-dia-wings.html#ixzz3kgOiXz7K




Segmen Bloglist Kekal THEYANAONLY


Dear Shoko's,

    Lama dah take join segmen ni.. uhuk! So, meh kit join lag segment ni! Yahoo..




Wednesday, 2 September 2015

Marriage Not Dating Bab 2






      “Hei! Bongkar la copek!” Suara Chuki bergema di bilik Hasya. Namun tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan Hasya Dhia hendak bangun. “Ya Allah laptop tak switch off apa nak jadik nih Hasya. Nengok The Heirs lagi tu. Sampai tertidur ye nengok Kim Tan tu. Macamlah handsome sangat! Handsome lagi abang ekau nih ha!” Ujar Chuki lalu meletakkan tanggannya ke dagu menggosok-gosok janggutnya yang putut itu.
“Ya lah bah. Mau bangun sudah ni. Bikin gerigitan betul bah abang ni!” Bentak Hasya kemudian menolak ke tepi selimut tidurnya.
Poloser amek ekau ni jang. Ntah subuh ka tidak ekau nih hah.”
“Amboi cakap baik sikit key. Orang tak tidur pun selepas solat subuh tadi. Ni pun baru terlelap sekejap mata nih. Tapi tiba-tiba pulak ada makhluk buas muncul dalam bilik Hasya ni.”
“Oh! Tak tidur ye? Habis kalau tak tidur tu, pergilah turun ke bawah. Nak jugak abang dia yang kacak lagi bergaya nih susah-susah naik ke tingkat atas untuk menjemput puteri beradu nih turun ke bawah.Dah,cepat bersiap kita nak balik Kuala Pilah nih. Baba ngan mama yang ajak sebab dah lama tak balik ke sana.”
What?! Are you serious? Kalau macam tu silakan keluar Encik Mohd Shukri sebab beta nak mandi!” Usir Hasya lalu menolak badan abangnya keluar dari biliknya dan mengunci pintu kamar agar abangnya yang nakal itu tidak mengusiknya lagi.
Dari luar bilik Chuki berkata dengan nada yang sangat kuat. “Hoi anak dara tolong cepat sikit bersiap tu! Kalau tertinggal jangan nak salahkan kitaorang pulak eh!” Sebentar kemudian tergelak dia mendengar bebelan adiknya dalam bahasa alien itu. 
“Chuki apa hal tu! Janganlah usik adik tu. Kamu pun sama pergi mandi cepat!” Jerkah mama mereka yang membuat Chuki terkejut yang amat. Nasib baiklah aku tak ada sakit jantung. Kalau tak , dah jadi arwah agaknya aku hari ni. “Baik ma.” Jawab Chuki kembali lalu beredar ke kamar tidurnya.

                  ***
“Hasya dah siap?” Tanya Puan Atitah ketika dia melihat Hasya yang melangkah menuruni anak tangga. Hari itu Hasya memakai dress polos kemudian dipadankan dengan cardigan kimono yang bermotifkan abstrak kelihatan sangat manis sekali. Wideshawl berwarna dusty pink  yang di lilit menambahkan lagi keayuan Hasya Dhia.
“Macam ni kan aegyo. Janganlah asyik tunjuk muka monyok setiap masa. Mama naik rimas tengok muka pesen tu. Lelaki macam tu baik buang jauh-jauh aje dari hidup Hasya. Mama pun tak berkenan kalau dia nak jadi menantu mama.”
“Apa dia mama? Lelaki macam tu? Siapa yang mama maksudkan ni?” Bidas  Hasya sebelum mamanya menyambung ayat yang seterusnya.
“Eh buat tak tahu pulak. Hah baby boy mama pun dah siap? Kalau macam tu eloklah kita berangkat sekarang. Tengok baba kamu tu, dah macam tugu negara berdiri dekat luar menunggu kamu berdua ni siap. Tak sabar-sabar dah lagaknya tu. Pak Salleh ngan kak Muna korang pun dah siap sedia tu hah. Meh cepat.” Kata mama lalu keluar. Sengaja beliau tidak menjawab pertanyaan anak daranya itu. Nanti bertambah sedih pulak.
“Abang! Siap abang Hasya kerjakan.” Geramnya Hasya dengan abangnya yang satu itu. Lantas dia mencubit pinggang abangnya sepuas hati. Mama tak akan tahu kalau abangnya itu tidak memberitahu perihal Emel. Maka, terkedek-kedeklah Chuki berlari menyelamatkan diri. Geli hati Encik Ariffin, Puan Atitah, Pak salleh dan bibik Muna melihat gelagat dua beradik itu. Tanpa mereka, suramlah rumah baba dan mama mereka.
                    ***

“Abangku yang tersayang, ada lagu lain tak? Lagu St12 ke?” Soal Hasya dan memandang raut wajah abangnya yang kacak itu.
“Tak ada!” Jawab Chuki tetapi matanya tetap fokus dengan pemanduannya.
“Berapa ratus kali dah lagu Leessang nih Hasya dengar abang! Tahulah kita nih ada darah Korea taaaaaaaaaaaaapi yang nih dah melampau sangat dah sampai lirik dia pun Hasya terhafal.”
“Hahaha tak ada tak ada. Kalau nak dengar lagu kegemaran awak tu semua, tunggulah dah ada kereta sendiri nanti. Lesen dah ada tapi bila baba suruh pilih nak kereta apa tak nak pulak! Degil!” Kata Chuki kemudian menjeling sekilas melihat adiknya.
Sunyi! Tiada sebarang bantahan daripada Hasya Dhia dan tiada lagi bebelan yang menyakitkan telinga. Kebetulan ketika itu lagu Leessang-Ballerino sedang berkumandang. Apa lagi, volume radionya di tambah menyebabkan mereka berdua menyanyi bersama mengikut lirik dan rentak lagu tersebut. Hati Chuki kini berasa lega lalu menambah kelajuan kereta Nissan Gtr yang sedang dipandunya itu. Pak Salleh pun di potongnya. Beberapa kereta di hadapan mereka juga dia tinggalkan. Begitulah perangai dua beradik itu. Mempunyai minat yang sama sebenarnya. Pergaduhan antara mereka hanya beberapa minit sahaja boleh selesai. Kasih sayang di antara dua beradik ini tiada penghujungnya. Hasya Dhia tidak boleh hidup tanpa abang, baba dan mamanya di sisi.
Lain pula suasana di dalam kereta milik Encik Ariffin. “Ya Allah abang, tengoklah budak-budak tu. Tadi bergaduh sekarang dah sekepala pulak. Macam itulah perangai anak abang tu. Hasya, Hasya tak takut ke budak tu?” Ujar Puan Atitah lantas tersenyum girang. “Janganlah awak nak risau Titah, Chuki tu sayang Hasya tu. Bergaduh sikit-sikit antara adik-beradik tu perkara biasa. Lagipun, air dicincang tidak akan putus.” Jawab Encik Ariffin yakin.
“Aduuuuuuuuuuuuh!” Jerit Hasya dan mengusap-usap perutnya. “Hasya kenapa nih? Hasya sakit ke?” Soal Chuki yang terkejut mendengar erangan adiknya itu.
Hasya menggeleng.Dia membuat mimik muka sedih. “Ha…Ha…Hasya laaaaaaaaaaaaaparlah abang!” Jawab Hasya lalu gelak semahu-mahunya melihat wajah kerisauan abangnya ketika itu. “Kurang asam punya adik! Hahahaha .” Lalu dia mendail mamanya kerana ingin memberitahu yang dia dan Hasya berhenti sebentar di Mcd yang berada beberapa km sahaja lagi jaraknya kerana anak dara kesayangan mamanya itu kelaparan. Namun dia memberitahu yang mereka boleh meneruskan perjalanan mereka.
  ***

“Sayang,bukankah tu perempuan yang sayang jumpa semalam. Perempuan yang sayang malukan tu.kan?” Tanya Bella ketika melihat Hasya Dhia dan seorang lelaki segak yang tidak dikenalinya itu melangkah masuk ke dalam restoran segera itu.
“Mana? Tak mungkinlah dia ada dekat sini. Dia nak buat apa dekat sini. Duit nak makan pun tak ada.” Tempelak Emel yang sombong itu.
“No. No. I rasa yang tu memang betul dia. Dia dengan mamat handsome pulak tu, siap berpegangan tangan lagi. Agak-agaknya kekasih baru dia tak? Kalau macam tu, tak rugi pun dia putus dengan you.” Kata Bella yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang di beri Emel.
Lantas Emel berpaling untuk melihat situasi yang mengganggu temu janji mereka ketika itu. “Maybe tu abang dia,sebab I ingat dulu dia ada cakap yang dia ada seorang abang. Ala, kerja kilang je tu.” Jawab Emel acuh tak acuh.
I tak rasa mereka tu anak orang biasa-biasa aje. Mustahil! You tengok tu! Anak orang miskin pakai kereta mewah? You ni betul ke tidak?” Ujar Bella yang masih sangsi.
“Setakat kereta macam itu I boleh beli dua bijilah!” Kata Emel ketika menunjuk ke arah Hasya dan abangnya. 
“Hmm betul juga.” Balas Bella datar, dan terus menghabiskan sisa air bikarbonat yang masih bersisa. 
        ***

“Manalah anak-anak kamu ni Fin, Titah? Risau mak di buatnya. Abang, tolonglah cari cucu-cucu kita tu hah.” Risau betul Nek Mah di buatnya.
“Janganlah di risaukan sangat budak berdua tu mak. Tahulah mereka jaga diri. Lagipun, saya dah call mereka berdua tadi. Hasya cakap 5 minit lagi sampailah mereka.” Kata Encik Ariffin cuba menenangkan ibunya.
“Mak kamu tu bukannya apa hah, rindu sangat dekat budak berdua tu.”
“Bukan mak seorang aje, ayah kamu tu pun apa kurangnya. Jual nama kita pulak eh.”
“Hahaha nampak gayanya, mak ngan ayah sama aje lah, kan bang?” Usik Puan Atitah. 
“Hah sampai pun budak berdua tu. Alhamdulillah lepaslah jugak rindu aku dekat budak-budak ni.” Senang sungguh hati Tok Ayah melihat kelibat kereta cucunya.
Keluar sahaja dari perut kereta, Hasya Dhia terus berlari ke arah nenek dan atoknya. “Nenek! Tok Ayah! Rindunya, Hasya ngan nenek dan atok.” Ucap Hasya ketika dalam pelukan atok dan neneknya.
“Tolong tepi sikit!” Chuki menolak tubuh Hasya. Nasib baik Encik Ariffin sempat memegang tanggannya. Kalau tidak, terguling-gulinglah Hasya jatuh dari pondok beristirahat atok dan nenek mereka itu.
“Chuki, apa hal lah buat dekat adik macam gitu. Dah besar pun manja lagi. Nak jugak berebut.” Geleng kepala Encik Ariffin di buatnya. Dia memandang ke arah isterinya namun isterinya hanya mengangkat bahu tanda tidak mahu masuk campur.
“Kenapa lambat sampai anak Korea celup berdua ni?” Soal Nek Mah ketika meleraikan pelukannya. Chuki dan Hasya sudah tidak mengambil hati lagi jika nenek dan atok menggelar mereka anak Korea celup. Hendak buat macam mana lagi, kerana kenyataannya memang begitu. Puan Atitah merupakan anak kelahiran Sabah, tetapi mempunyai darah kacukan Korea. Oleh hal yang demikian, kecantikan yang dimiliki Puan Atitah telah di wariskan kepada kedua-dua anaknya. Jadi,jangan hairanlah jika Chuki dan Hasya mempunyai raut wajah yang pastinya dapat memukau orang di sekeliling mereka.
“Ni hah nek, singgah makan lagi budak kecik ni. Itu yang lambat sikit.”
“Kalau macam gitu tak apalah. Meh makan kuih jemput pisang nenek buat ni.”Nek Mah menghulurkan pinggan berisi jemput pisang kepada kedua cucunya. “Malam ni kita makan luar aje lah eh. Atok kamu belanja. Dia dah reserve meja untuk kita.” Sambung Nek Mah.
Malam itu selepas solat isyak mereka keluar untuk menjamu selera. Gembira sungguh Hasya Dhia. Rasanya segala kesedihan yang melanda dirinya pergi entah ke mana.
    ***

Keesokan harinya, seawal pukul 8 pagi sarapan pagi sudah siap terhidang di atas meja makan. Ada air teh kosong hangat, nasi kuning ayam berserta sup dan kuih-muih yang di beli oleh Chuki di hujung kampung.
“Alhamdulillah semuanya dah siap. Terima kasih abang sudi belikan karipap inti kentang kari ini untuk Hasya. Dah lama mengidam nak makan.” Ucap Hasya ketika mengunyah karipap terakhir yang tinggal. Teringin punya pasal, habis 6 biji karipap di bedalnya.
Chuki yang baru selesai mandi itu menghampiri adiknya lalu melihat bekas yang berisi kuih muih yang di belinya tadi. “Ya Allah Hasya! Habis kesemua karipap tu Hasya makan? Melantak ke apa awak nih.” Soal Chuki dengan muka terkejut.
“Abang beli sikit kenapa? Dah tau Hasya ni gila karipap mak cik hujung kampung tu, belilah banyak sikit.” Protes Hasya tidak mahu mengaku salah.
“Abang ingatkan Hasya makan sebiji dua aje. Cubalah ingat orang belakang Sya. Kot kot mama nak makan jugak ke. Lagipun, abang bukannya sesaja beli sikit. Dah karipap dia habis nak buat macam mana. Itu aje yang tinggal.” Chuki mengambil tempat duduk di sebelah Hasya dan cuba memujuk.
Namun, Hasya memalingkan badannya ke arah lain agar abangnya tidak melihat dia ketika itu. “Hasya…”panggil Chuki. Hasya tetap diam membisu dan badannya langsung tiada pergerakan. Kaku macam askar yang sedang mengawal sempadan negara!
“Hasya… abang tak sengajakan. Janganlah macam ni.” Pujuk Chuki lagi.Risau betul dia apabila adiknya berkelakuan sedemikian.
“Abang…hina sangat ke jadi orang biasa-biasa?” Soal Hasya ketika memalingkan tubuhnya ke arah abangnya. Matanya kini menakung air mata yang menunggu masa untuk gugur bercucuran.
“Hasya kenapa ni? Kenapa tanya soalan macam tu. Tak ada salahnya pun. Semua manusia sama darjatnya yang membezakan hanyalah amalan manusia itu sendiri.”
“Kenapa Emel tinggalkan Hasya? Kenapa dia lebih pilih perempuan tu dari Hasya. Dalam satu hari Hasya hilang semua yang Hasya impikan abang! Hasya tak dapat masuk U, Prince Charming Hasya pun tinggalkan Hasya! Why abang, why?
“Pasal U tu, tak semestinya tak masuk U kita tak berjaya. Lagipun, buat apa Hasya nak risau. Hasya nak belajar dekat mana-mana pun boleh. Baba dengan mama mampu nak sara Hasya. Kalau  Hasya tak nak susahkan baba mama, abangkan ada. Emel pulak, Hasya lupakan aje lah dia , sayang. Bukannya Hasya tak tahu abang pun macam Hasya jugakkan dulu? Kena tinggal dengan makwe sebab abang cakap abang tak berduit. So, Hasya move on okey?” Chuki mengusap-usap kepala adiknya. Kesian betul dia dengan adiknya.
“Abang! Hasya nak hug…”  Pinta Hasya lalu mendepakan tangannya.
“Alahai manjanya adik abang seorang ni. Meh sini.” Kata Chuki dan menepuk-nepuk bahu adiknya menenangkan adiknya yang teresak-esak menangis. “Dah laa tu, kejap lagi mama nak sampai dah. Takkan Hasya nak tunjuk muka ni dekat mama.”Cepat-cepat Hasya mengelap air mata nya ketika terdengar bunyi derapan kaki yang semakin menghampiri.
“Whoa…banyaknya makanan. Beli ke masak ni?” Soal nenek yang tiba-tiba muncul.
“Nenek nih mestilah Hasya yang masak. Nenek kan suka makan nasi kuning. Kalau Hasya tak pandai masak, terpaksalah nenek ke Sabah sebab nak makan nasi kuning.”
“Tak pergi Sabah pun tak apa, menantu kesayangan nenek boleh tolong masakkan.” Kata Nek Mah lalu menarik tangan Puan Atitah. “Titah, cuba kamu tengok mata anak kamu tu. Dia sakit mata ke apa?”
“Hah Hasya. Kenapa dengan mata kamu tu?”
“Eh tak ada apa lah ma. Masuk habuk aje ni.”
“Betul? Chuki? Kamu tak buli adik kamukan?” Soal Puan Atitah lagi.
“Betul ma. Takkan lah abang nak buli Hasya. Dah- dah. Jemput makan semua. Penat-penat Hasya masak ni takkanlah tak nak makan pulak.” Kata Hasya cuba berdalih.
“Alahai, rindunya nak makan nasi kuning cucu atok masak ni.”
“Kalau rindu, makanlah banyak-banyak tok. Hari ni, Hasya dan abang akan beri layanan VVIP dekat semua orang. Silakan duduk. Chuki oppa! Tunggu apa lagi cepat tuangkan air teh tu. Hasya nak amek kuah sup dulu.” Kemudian Hasya melangkah pergi ke dapur.

Puan Atitah dan mertuanya berpandangan sesama sendiri. Hasya dhia. Hasya Dhia tak suka menyusahkan orang sekelilingnya. Apatah lagi membuat mereka risau. Mujurlah ada Chuki, tidaklah mereka begitu risau. Bukannya mereka tidak terdengar perbualan dua beradik itu. Sebenarnya sudah lama mereka sampai tetapi ketika terdengar tangisan Hasya itu, sengaja mereka menyorok di luar rumah untuk menyelidik apa sebenarnya yang terjadi.

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page