Saturday, 30 August 2014

Sebab Wanita Malaysia Lebih Tertarik Kepada Lelaki Korea


Dear Shoko's

   Ambek kaw tajuk entri kali ni bukan main panjang dan hot gituu..Hahaha*gelakbangga.Di pagi ahad 31 Ogos 2014 ini,saya dengan rendah diri sangat bersyukur masih diberi peluang untuk bernafas dan masih peroleh ketenangan.Syukur alhamdulillah.Disebabkan cuaca dekat sini sejuk,tetiba hati ni rasa nak menaip pulak sambil minum hot choc bukan tu saja siap berangan dekat Korea.Hahaha melampau betulkan Cik Hanny Nadia ni..Well..Okay agak-agaknya kan kenapa laaa kita-kita ni minat sangat dekat jejaka-jejaka Korea ni eh? ehmmmmmmmmm


   Di sini aku nak luahkan pendapat laaa kiranya.Ingat sekadar pendapat aku okay.Janganlah amek serious pulak ya.hehe

1.Paras rupa yang kacak&menggoda.

   -Apa yang daku maksudkan bukanlah jejaka-jejaka yang ada dekat Malaysia ni tk adparas rupa langsung.TIDAK.Ada je yang kacak macam Izzue Islam tu? Errr ni mesti peminat tegar Izzue Islam ni.Sorry,tuan tanah blog ni lebih berminat dekat Awal Ashaari okay.Kecewa bila cinta ini ditolak mentah-mentah :( Tapi entahlah muka dorang tu lebih kepada comel kot rasanya."Alahh tu semua plastik je!" Tak kisahlah apa nak cakap sekali pun kan.Biasalah kita ni suka nengok benda-benda yang cantik.Normal laaa.


2.Mereka Sweet

  -Seriously weyy siapa yang tak nak laki sweet macam tu jadi suamikan.Aku pon.Tipulah kalau aku tak nakkan.Agaknya terpengaruh dengan lakonan mereka kot.Maklumlah drama-drama Korea ni romantiknya bukan mainkan.Selalu cakap dengan encik boyfriend awak ni tak boleh ke jadi sweet macam Lee Dong Wook tu.Malaslah ngan awak nih.Dia pun apa lagi cakaplah..Nak buat macam mana saya ni dah memang tak romantik.Haha pasrahlah wahai hati.Tapi kekadang tu dia try jugak..haha Sweet laaa jgk.



3.Lelaki Korea Suka Perempuan Comel

   -Aik yang tetiba gambar tertempek dekat situ tu apahal.Haha aku pon nak jugak.Okay kita selalu kan nengok dekat drama dorg,yang lelaki korea suka sangat bila pompuan tu aegyo.Tapi kalau laki Malaysia ni,hmmm kw try laaa buat muka comel dekat depan dorang.Mesti dorg cakap"ni dah kenapa ni,tak btol dah?" tak cukup dengan tu siap cakap dalam hati lagi,tinggal 2 kali jumaat je kali agaknya.hahaha hampehhh betol.

   Tu je laaa pendapat aku.Ehmmm? hahaha.Tapi kan,dekat Malaysia ni ada je muka yang Korean type.Tak perlu plastik surgery kot.Seriously weyyy aku tak tipu.Ni nak tunjuklah ni.







See kan lagi comel.Actually banyak lagi kot.Tapi sedikit sebanyak bolehlah.Eammm actually aku still tercari-cari blogger yang ada iras Lee Min Ho tu.Bukan takat tu jea dia orang Malaysia taw.Tak ingat beberapa tahun yang lalu rasanya aku ada terbaca dekat blog orang pasal mamat tu.Eammm..Fighting! Bye! Sincha,bianae..uwarghh I miss you already NajibAli..

Saturday, 9 August 2014

Perubahan



Dear Shoko's

     Perubahan? Bukanlah lagu perubahan Erin yang sweet tu.Mestilah berkaitan dengan diri daku ni.Betul laa.Sejak menjadi pelajar Kolej Matrikulasi dot dot dot ni,banyak betul perubahan yang jadi.Adakah sebab aku dah makin matang? Eyuuuu tak sesuai kot word tu.HaHaHa*evil laugh

     Hidup menjadi pelajar matrik ni,tipulah kalau kau dapat tidur 10 jam sehari.haha serioulsy wehh.Dengan jadual waktu kau yang tersangat-sangatlah padat.Walaupun banyak kali rehat,dapat bayangkan tak kuliah tiga jam berturut-turut.Haha apa agak-agaknya yang jadi dengan aku ek?hahaha..kadang-kadang tu mata ni berat je nak tertutup.Kalau tak tahan sangat tido je laa.Tak kisah laa apa yang jadi pun.

     Bukan takat tu je belum lagi dengan godaan  nak ONLINE.Tak kisah laa nak bukak wechat,whatsapp,facebook,blog ngan ntah apa-apa lagilah.Hahaha tu bergantung dengan diri sendiri jugak laaa..Aku biasanya bila melibatkan fakta-fakta ni mulalah tergoda.Haha tapi kalau bab mengira kau jangan cari aku dekat seat tengah-tengah ataupun belakang.Sorry sikit nokk hakak memang duduk depan,kalau boleh duduk betul-betul depan muka lecturer tu lah! hahaha over kau!

                                                          Ada muka hakak-hakak tak?

     Sejak duduk jauh dari mama baba adik,aku dah semakin pandai hidup berdikari.Eamm bolehlah jiwa makin kental babe.Tak ada dah sikit-sikit nak merengek.Tapi hakikatnya,habit tu tetap ada jugak dekat aku ni.Tapi sikitlah.Dannnn yang paling tak boleh tipu,sifat aku yang kedekut nak mamposs ni melekat lagi weyy.Bilalah dia ni nak cabut lari.Fuhhh tak tahu macam mana nak ubah.Sorry kawan-kawan.hehe

                                                                  Bajet Kak Irine                       

  Eammm lagi perubahan yang tersangat besar adalah,aku dah makin rajin.Eammm bolehlah daripada dulu.Dah tu pulak,aku sangat ketagih ngan akaun.Hahaha syukur laaa nokk.Okay lahh janji lepas ni kita update cerita raya pulak.hehe tata

           


P/S:Jangan tiru aksi di atas.Mereka sangat JAHAT ! Hahahahaha
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page