Sunday, 7 December 2014

Sissy Iman-Mungkin Kamu

Dear Shoko's,

Kau melihatku dari jauh
Mungkin anganku atau fantasiku
Ku terdiam dan terkaku malu
Menunggu masanya kau menegurku

Tapi sebenarnya
Mungkin pernah bersua kita
Aa.. aa.. papa

Mimpi indahku terbayangkan kamu mu mu
Sepertinya oh dejavu datang siang malamku
Terlihat kamu di sana na na
Ku tak terdaya a a

Pernahkah kita bersua dimanakah lokasinya
Mungkin di Paris
Mungkin di London
Mungkin Jakarta
Atau Korea
Mungkinkah dirimu?
Mungkin kamu

Parappara rappapara rappa para rara
Parappara rappapara rappa para rara

Kau tersenyum dan terus menyapa aku
Tidak ku sangka dan tidak ku percaya
Tak terkata apa nak dikatakan
Dan tak terucap apa nak diucapkan
Tapi sebenarnya mungkin pernah bersua kita

Mimpi indahku terbayangkan kamu mu mu
Sepertinya oh dejavu datang siang malamku
Terlihat kamu di sana na na
Ku tak terdaya a a

Pernahkah kita bersua dimanakah lokasinya
Mungkin di Paris
Mungkin di London
Mungkin Jakarta
Atau Korea
Mungkinkah dirimu?
Mungkin kamu

Dam da da da da da da da da dam
Pernahkah kita bersua dimanakah lokasinya
Mungkin di Paris
Mungkin di London
Mungkin Jakarta
Atau Korea
Mungkinkah dirimu
Mungkin kamu?

Dam da da da da da da da da da da
Dam da da da da da da da da da da

Tapi sebenarnya mungkin pernah bersua kita

Mimpi indahku terbayangkan kamu mu mu
Sepertinya oh dejavu datang siang malamku
Terlihat kamu di sana na na
Ku tak terdaya a a

Pernahkah kita bersua dimanakah lokasinya
Mungkin di Paris
Mungkin di London
Mungkin Jakarta
Atau Korea
Mungkin kamu
Mungkin kamu
Mungkin kamu


Saturday, 1 November 2014

My Beauty Secret

Dear Shoko's,

  My beauty secret lah sangat.Hahaha But,seriously laa aku dah beralih-alah.Hati ni dah bosan dengan Nutox.Bukanlah bosan sebenarnya tapi tapi dekat Labuan ni aku tak jumpa pun cleanser Nutox yang aku guna tu.Bila tanya jea mesti "hah apa tu? Sorry tak ada dik".Habislah kita macam ni kan.Takkan laa aku kena borong pastu bawak pegi sini.Memang tak laa jawabnya.Hehe so selamat tinggal Nutox! Apa-apa pun awak best sangat sebenarnya.Tapi....





  Yang ni tersangatlah best.Comel pulak tu.Pink-pink gitu.Terserlah keayuan seorang gadis.Haha seriously wehh tak tipu.Nanti aku bagi review dia sekali ngan bukti-bukti yang ada.Kalau nak kulit flawless teruskan pembacaan anda.Sekiranya tidak boleh baca entri yang lain.Hahaha bajet hot sangat!





  Aku ni kan seorang pelajar lagi.So,faham-fahamlah kehidupan seorang pelajar ni kan.Tahap kebusy-an diri tu tersangatlah di tahap maksimum."Alah nak tunjuk yang dia rajinlah tu.huh cakap jak lebih buat tidak".Emm kalau kau dah jadi pelajar matrik confirm kau akan faham.Tak kisahlah kau tu pelajar pintar ataupun biasa-biasa.Kehidupan dekat sini sangat berbeza dengan sekolah.So,bila dah bersiap-siap tu mestilah mengambil masa yang lamakan.Tapi memang tak ada masa laa kau nak makeup macam Michelle Phan.Jenis manusia macam aku ni lagi kalau boleh tak tempek apa-apa pun dekat muka.Sebabnya pemalas.Tapi,harap maklumlah seorang gadiskan,mestilah nak kelihatan comel walaupun biasa-biasa.

  Dan sejak aku pakai Syma Beauty Secret ni,pegi kuliah,pegi kelas tutorial,pegi aktiviti outdoor dengan hanya memakai Syma Beauty Day Cream ngan sapu-sapu laa sikit gincu colour merah sikit-sikit.Dah boleh fefeling Lee Da Hae.Hah! haha dan masa bersiap lebih cepat daripada roomate yang lain.Bestkan.Tapi bila nak jadi lebih comel sikit,letaklah eyeliner,blusher and pakailah eyebrow.Dah cun-melecun.






  Pegi kelas malam pun dah tak perlu pakai bedak pon.Bestkan.Sebab aku ni bila pakai bedak then sentuh muka sendiri macam fuhhh..Berminyaklah..hehe selesanya.Masa pembelajaran pun tidak terganggu.Gituuu..haha



Bila tempek makeup pulak,




Kalau letak filter sikit,bolehlah berlagak retis.Haha





P/S:Sorry,bagi penggunaan bahasa aku kau kepada yang lebih tua.
     

Sunday, 14 September 2014

Isteri Separuh Masa dan My Girl


Dear Shoko's


   Agak-agak apa kena-mengena tajuk entri kali ini dengan diri aku eh."Eleh,mesti dia obses ngan novel ngan citer tu laa" !! Eam,please jangan cakap obses.Hehe..Sebelum tu,korang apa khabar sihat?Korang sihat,aku sihat,kita sama-sama sihat alhamdulillah.haha merepek!

   Kenapa aku pilih matrikulasi? Kenapa sejak sekolah menengah lagi aku asik berangan-angan masuk matrik? Eamm..time tu tak kisah langsung apa kakak-kakak,abang-abang senior describe pasal matrik ni.Dalam hati aku peduli apa,aku nak jugak masuk matrik macam Medina Izwani!! Hahaha..walhal diri sangat laa pemalas time sekolah dulu.Cikgu yang risau sebab aku jarang sangat datang sekolah.Seriously aku sangat malas pegi sekolah.Bila mama dah membebel asik malas pegi sekolah,baba laaa backup kita.Hahaha thanks baba! Sayang baba! But,syukur alhamdulillah dapat jugak aku ni buat baba menangis air mata kegembiraan.

   Hanny! Siapa Medina Izwani? Apa kena-mengena ngan awak? Eamm,dia mak cik penjual karipap.Haha okay bergurau.Tak lawak langsung! Dia adalah watak utama dalam novel karya Suri Ryana yang bertajuk Isteri Separuh Masa.Kalau korang tau,novel ni keluar selepas novel M.A.I.D yang bestseller tu weyyy.Pegi cepat-cepat beli.Rugi tak beli taw.Sangat-sangat best! Tak tipu! Kalau korang dah baca in sha Allah laaa faham.Sebab dalam novel tu,Medina Izwani ni budak matrik.Ahahaha





   Point kedua pulak,sebab aku nak sangat belajar bersungguh-sungguh.Cewahhh hahaha adalah sebab My Girl.Sebab aku nak sangat jumpa laki macam Encik Seol Gong Chan aka Lee Dong Wook*kekasih hati dalam cerita tu.Bukan sebab tu je,bila nengok Yoo Rin yang sentiasa bersemangat tu,aku pon apa lagi berkobar-kobar laaa semangat nak study nya ni hah! Hahaha yes kalau korang nak cakap aku ni entah apa-apa pun aku tak kisah.Hahaha perempuan pelik! Ahak!




   So,aku harap korang doakan laaa aku dapat apa yang aku inginkan.Aku tahu,Allah beri apa yang kita perlu bukan yang kita inginkan.Tapi apa salahnya kita berusaha kan.And aku nak sangat buat mama baba bangga ngan aku walaupun dulu-dulu aku sangatlah pemalas.Bayangkan laaa aku tak maw pegi sekolah sebab nak baca novel je! So,adik-adik jangan jadi pemalas macam hakak ye! Tata




Sunday, 7 September 2014

Risau

Dear Shoko's,

      Semakin rindu semakin asyik..ehhhh tidakkk semakin hari semakin stress.Semakin final exam semakin takut.Alamak apa nak jadi ni.Risaulah pacik jerawat semakin subur.Dah! FOKUS..tata


Saturday, 30 August 2014

Sebab Wanita Malaysia Lebih Tertarik Kepada Lelaki Korea


Dear Shoko's

   Ambek kaw tajuk entri kali ni bukan main panjang dan hot gituu..Hahaha*gelakbangga.Di pagi ahad 31 Ogos 2014 ini,saya dengan rendah diri sangat bersyukur masih diberi peluang untuk bernafas dan masih peroleh ketenangan.Syukur alhamdulillah.Disebabkan cuaca dekat sini sejuk,tetiba hati ni rasa nak menaip pulak sambil minum hot choc bukan tu saja siap berangan dekat Korea.Hahaha melampau betulkan Cik Hanny Nadia ni..Well..Okay agak-agaknya kan kenapa laaa kita-kita ni minat sangat dekat jejaka-jejaka Korea ni eh? ehmmmmmmmmm


   Di sini aku nak luahkan pendapat laaa kiranya.Ingat sekadar pendapat aku okay.Janganlah amek serious pulak ya.hehe

1.Paras rupa yang kacak&menggoda.

   -Apa yang daku maksudkan bukanlah jejaka-jejaka yang ada dekat Malaysia ni tk adparas rupa langsung.TIDAK.Ada je yang kacak macam Izzue Islam tu? Errr ni mesti peminat tegar Izzue Islam ni.Sorry,tuan tanah blog ni lebih berminat dekat Awal Ashaari okay.Kecewa bila cinta ini ditolak mentah-mentah :( Tapi entahlah muka dorang tu lebih kepada comel kot rasanya."Alahh tu semua plastik je!" Tak kisahlah apa nak cakap sekali pun kan.Biasalah kita ni suka nengok benda-benda yang cantik.Normal laaa.


2.Mereka Sweet

  -Seriously weyy siapa yang tak nak laki sweet macam tu jadi suamikan.Aku pon.Tipulah kalau aku tak nakkan.Agaknya terpengaruh dengan lakonan mereka kot.Maklumlah drama-drama Korea ni romantiknya bukan mainkan.Selalu cakap dengan encik boyfriend awak ni tak boleh ke jadi sweet macam Lee Dong Wook tu.Malaslah ngan awak nih.Dia pun apa lagi cakaplah..Nak buat macam mana saya ni dah memang tak romantik.Haha pasrahlah wahai hati.Tapi kekadang tu dia try jugak..haha Sweet laaa jgk.



3.Lelaki Korea Suka Perempuan Comel

   -Aik yang tetiba gambar tertempek dekat situ tu apahal.Haha aku pon nak jugak.Okay kita selalu kan nengok dekat drama dorg,yang lelaki korea suka sangat bila pompuan tu aegyo.Tapi kalau laki Malaysia ni,hmmm kw try laaa buat muka comel dekat depan dorang.Mesti dorg cakap"ni dah kenapa ni,tak btol dah?" tak cukup dengan tu siap cakap dalam hati lagi,tinggal 2 kali jumaat je kali agaknya.hahaha hampehhh betol.

   Tu je laaa pendapat aku.Ehmmm? hahaha.Tapi kan,dekat Malaysia ni ada je muka yang Korean type.Tak perlu plastik surgery kot.Seriously weyyy aku tak tipu.Ni nak tunjuklah ni.







See kan lagi comel.Actually banyak lagi kot.Tapi sedikit sebanyak bolehlah.Eammm actually aku still tercari-cari blogger yang ada iras Lee Min Ho tu.Bukan takat tu jea dia orang Malaysia taw.Tak ingat beberapa tahun yang lalu rasanya aku ada terbaca dekat blog orang pasal mamat tu.Eammm..Fighting! Bye! Sincha,bianae..uwarghh I miss you already NajibAli..

Saturday, 9 August 2014

Perubahan



Dear Shoko's

     Perubahan? Bukanlah lagu perubahan Erin yang sweet tu.Mestilah berkaitan dengan diri daku ni.Betul laa.Sejak menjadi pelajar Kolej Matrikulasi dot dot dot ni,banyak betul perubahan yang jadi.Adakah sebab aku dah makin matang? Eyuuuu tak sesuai kot word tu.HaHaHa*evil laugh

     Hidup menjadi pelajar matrik ni,tipulah kalau kau dapat tidur 10 jam sehari.haha serioulsy wehh.Dengan jadual waktu kau yang tersangat-sangatlah padat.Walaupun banyak kali rehat,dapat bayangkan tak kuliah tiga jam berturut-turut.Haha apa agak-agaknya yang jadi dengan aku ek?hahaha..kadang-kadang tu mata ni berat je nak tertutup.Kalau tak tahan sangat tido je laa.Tak kisah laa apa yang jadi pun.

     Bukan takat tu je belum lagi dengan godaan  nak ONLINE.Tak kisah laa nak bukak wechat,whatsapp,facebook,blog ngan ntah apa-apa lagilah.Hahaha tu bergantung dengan diri sendiri jugak laaa..Aku biasanya bila melibatkan fakta-fakta ni mulalah tergoda.Haha tapi kalau bab mengira kau jangan cari aku dekat seat tengah-tengah ataupun belakang.Sorry sikit nokk hakak memang duduk depan,kalau boleh duduk betul-betul depan muka lecturer tu lah! hahaha over kau!

                                                          Ada muka hakak-hakak tak?

     Sejak duduk jauh dari mama baba adik,aku dah semakin pandai hidup berdikari.Eamm bolehlah jiwa makin kental babe.Tak ada dah sikit-sikit nak merengek.Tapi hakikatnya,habit tu tetap ada jugak dekat aku ni.Tapi sikitlah.Dannnn yang paling tak boleh tipu,sifat aku yang kedekut nak mamposs ni melekat lagi weyy.Bilalah dia ni nak cabut lari.Fuhhh tak tahu macam mana nak ubah.Sorry kawan-kawan.hehe

                                                                  Bajet Kak Irine                       

  Eammm lagi perubahan yang tersangat besar adalah,aku dah makin rajin.Eammm bolehlah daripada dulu.Dah tu pulak,aku sangat ketagih ngan akaun.Hahaha syukur laaa nokk.Okay lahh janji lepas ni kita update cerita raya pulak.hehe tata

           


P/S:Jangan tiru aksi di atas.Mereka sangat JAHAT ! Hahahahaha

Wednesday, 9 July 2014

Jom Menyumbang..

Dear Shoko's,

   Alhamdulillah selesai jugak 11 Ramadhan.Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi aku masih diberi peluang untuk berpuasa dalam keadaan yang baik-baik saje.Sedangkan saudara-mara yang berada di Gaza nun di sana bertumpahan darah mempertahankan kesucian Islam.Sedangkan aku?Apa yang mampu aku lakukan.

   Walaupun kita tidak layak untuk berjuang bersama-sama mereka,adalah lebih baik kita memberi pertolongan yang sebaik habis kepada mereka.In sha allah di akhirat kelak tidaklah kita di soal Allah ke mana kita sewaktu saudara kita di tindas.

   So,apa lagi kawan-kawan marilah kita bersama-sama menyumbangkan sedikit wang ringgit kita kepada mereka.Mereka perlukan bantuan berupa pakaian,ubat-ubatan dan sebagainya.Di bawah adalah senarai bank yang boleh anda salurkan wang ringgit dan jangan lupa doa.Doa adalah senjata umat Islam.Assalamualaikum

BIslam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
BMuamalat:12070005133717 
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922


Saturday, 14 June 2014

Bukan Si Mak Cik Penanam Anggur

Dear Shoko's,

      Since,aku secara rasminya dah menjadi student at Kolej Matrikulasi dot dot dot.Ahak! Gedik right.Well nak bagi suspen sikit.haha..Blog daku yang kiutt miutt dah 80% terabai.Rindu jangan cakaplah.Sabo je laaa..

       Nak update something pon tak dapat.Bukan tak ada masa actually.But line internet yang tak bagi chance langsung.Geram taw! Nak line yang bapak laju kena jalan jauh-jauh pegi astaka nunnnnn di sana.Huh! Jangan haraplah.Ermm okay laaa..Biar gambar berbicara.Nanti kita update lagiii..Janji!..hehe






P/S:Harap maaf update pon pakai fon jea..hehe tata


Friday, 9 May 2014

Let's Handle Breakup With Care !

Dear Shoko's

    Ermmm entri yang lepas dah cerita pasal cerita temptation of wife yang membuatkan hati aku macam nak terkeluar.Seriously,sakit hati betul.Lagi-lagi dengan yang sekarang.Bapak mertua dia dah tak percaya dekat dia begitu jugak ngan suami dia yang cute tu..*haktuii tak guna muka cute wehh.Okay-okay stop cerita pasal tu.

    Tau tak pasal seorang wanita bunuh diri.Kalau tak tau lagi,Klik Sini.So,dah nengok?Seriously sangat menyayat hatikan.Korang rasalah kan apa yang mendorong wanita ni bunuh diri.Terjun bangunan kot! Kalau cik abang kau tu Do Min Joon tak apalah.Kau jerit jea nama dia kuat-kuat confirm dia datang selamatkan kau.Then,kau pun dengan hati yang terharu mengalirkan air mata."Ohhh betapa bertuahnya baby dapat hubby.I love you so much by".Tu kalau boyfriend kau ada kuasa macam do min joon dan dia memang sayangkan kau macam chun song yi.Ni tak! Dia langsung tak peduli.Itukah maknanya sayang?



    That sad kan..sob sob sob..Apa boleh buat.Yang aku tak dapat nak terima,dorang tak terfikir tentang perasaan parents dorang,adik-beradik,kengkawan ngan saudara -mara dorang.Uhhhh nasi dah menjadi bubur.Tu dah tak terkawal perasaan tu.Sedih sangatlah tu agaknya.Kannn..Ahak! Okay,sekarang hanny nak share tips-tips macam mana nak handle breakup bagi gugirl.Sekali lagi bagi gugirl okay!

    Actually,ni bukanlah 100% pengalaman aku sendiri.Iolls pon cari-cari info nokk.Ahak! Tapi bolehlah kann buat tambah ilmu dah semoga kita dapat handle brakup kita tu dengan cara yang baik.Iolls kalau bukak topik ni dekat bf mulalah dia nak emo.Ahak! Bila dia dah emo iolls pon apa lagi."Hahh you buat hal,I ceraikan you!" Seriously.Pas tu orang tu apa lagi "awak ingat awak tu orang korea ke nak ceraikan saya".hahahaha gedikss

Lets Start!

1-Putus Cinta ? Jangan Bunuh Diri.Please Jangan jadi Bodoh!

    Kau orang dah nampak si boyfriend yang kau cintakan sampai ke hujung dunia tu dah ada perempuan lain.Siap bawak pegi holiday dekat disneyland.Maknanya,si dia sudah tidak perlukan anda lagi.Cuba fikir balik kenapa Allah nampakkan dia curang depan mata kita.Maknanya si dia bukan yang terbaik untuk awak!

2-Buang Segala Benda Yang Si Dia Pernah Bagi

    Yang ni supaya awak tak teringat-ingat atau terbayang-bayangkan si dia lagi.Ingat! Jangan tertinggalkan satu benda pun.Even SMS pun tak boleh! Delete semuanya okay.Janji?

3-Tingkatkan Keimanan Diri Anda

    Tak kisah laa awak muslim atau pun tidak,dekatkanlah diri anda kepada tuhan.Perbanyakkan amalan.Biar jauh daripada gangguan syaitan supaya tak terfikir nak buat benda yang bodoh tu!

4-Abaikan Si Dia.Jangan Layan.

    Yang ni dia nak tahu sama ada awak layan dia lagi atau tak.Dia call atau mesej banyak kali pun,jangan layan.Kalau layan,okay betullah korang akan continue balik relationship tu,tapi percayalah,sebulan atau setahun dua tahu lagi,mesti dia tinggalkan bali.Sebabnya mesti dia ingat."Wah pompuan ni tergila-gilakan aku".So,fikir-fikirkan laaa.

5-Jangan Sesekali Dengar Lagu Sedih

    Lagi-lagi bila korang ada lagu theme bersama.Jangan dengar lagu tu buat sementara waktu ni.Nanti mesti korang nangis pas tu mata jadi panda kepala teleng.Tak comel langsung!

   Tu jea laaa tips-tips utamanya.ngeee please jangan abaikan perasaan orang yang sayangkan kita.Dia putuskan kita,tak apa.Terima jea.Manalah tau lepas tu,Lee Min Ho masuk meminang.Tak ke bertuah.Ahak! Nak nengok handle breakeup versi video?Lagi best taw! Nengoklah.Video by Shazreen Fazlynda.







Monday, 5 May 2014

Temptation Of Wife

Dear Shoko's,

     Since aku cuti panjang.ahak! Actually,jadi si mak cik penanam buah anggur yang bertauliah dan merangkap mam besar.So,tau laa bila dah jadi bos ni mestilah daku goyang-goyang kaki sambil nengok cerita tv3 tiap-tiap petang.Before this aku layan be careful with my heart,dah hanis cerita tu sambung pulak ke cerita temptation of wife.Time nengok si cik pramugari tu tak adalah aku teremosi.Happy-happy je.Bila cerita ni pulak,perghhh memang geramlah dengan diri sendiri sebab tak dapat kawal feeling tu.haha tak percaya nengoklah.



      Harap maklum,temptation of wife ni aku nengok versi Philippines okay.So,ada 56 episodes jk.Rasa-rasanya mesti shoko's sekalian kenal pelakon-pelakon dia ni.ahak! Mehhh aku nak cerita sinopsis dia ni.Ni berdasarkan apa yang aku nengok dari episode pertama dan hasil kajian daku.Amboiii kajian konon.haha

      Masa kecik-kecik Heidi ni dijadikan anak angkat oleh parents Angeline ni.aha laaa dah kawankan jadi kesianlah.Takkanlah biarkan Heidi merempat tepi jalan.Kiranya,Angeline ngan Heidi ni dah berkawan lama dah laa.Angeline membesar menjadi seorang gadis yang sangat cantik sehinggakan ramai lelaki jatuh cinta dekat dia ni.Tapi Angeline fall in love dekat Marcel pulak.

     Tak lama lepas tu Angeline pregnant dan terpaksa kahwin dengan Marcel.Time tu pulak Heidi ni pon jatuh cinta jugak dekat Marcel ni sebabnya Marcel dah tolong dia.Time Marcel ngan Angeline tu kahwin memang Heidi dah ada niat laaa nak rampas Marcel tu balik.Tak lama lepas tu Heidi menghilangkan diri tak tahu pergi ke mana.

      Beberapa tahun lepas tu,muncul pulak si Heidi ni balik.hahhhh time ni dah mula laa part sakit hati.Heidi ni pergi goda Marcel dan akhirnya menjadi perempuan simpanan.Time Marcel tu dah nak tinggalkan Heidi,dia pregnant pulak.Marcel nak bersama isterinya kembali.Pada masa yang sama,Angeline pun pregnant jugak taw.

      Tak tahu apa jadi lepas tu,Angeline ni rasa dia dah pilih jalan yang salah.So,masa untuk mereka-mereka ni kena bayar balik apa yang mereka dah buat dekat Angeline.Kiranya balas dendam laaaaa.Last-last Marcel tu mati sebab terlibat dalam kemalangan jalan raya.Heidi pulak masuk penjara sebab apa ntah.Yang penting dia ni rupanya dah ada ramai anak.Angeline pulak kahwin dengan Nigel.

      Dekat philippines drama ni hanya dimainkan 15 minit sahaja setiap hari.Tapi,dekat Malaysia sejam.Jadinya,episode tu jadi makin sikit laaa.So kalau nak nengok,terpacak laa dekat tepi setiap isnin-khamis jam tiga petang.Tapi harus ingat,kalau tak tahan sakit hati baik tak payah nengoklah..ahak! *tipu
Okay tata!

   
*tak guna dapat suami comel tapi curang

  


Tuesday, 22 April 2014

Running Man:Rain Bi & Kim Woo Bin


Dear Shoko's,

      Eeeeeee lamanya tak update blog.Rasa geram sesangat dekat diri sendiri.Ya laaa,benda yang nak di update banyak jea bertimbun.Tapi,disebabkan asik cakap nanti..nanti..and nanti tu laa yang menjadi penyebab utama blog ini di abaikan.ishhh teruk betul..sabo je laa..haha

     Siapa pernah nengok running man angkat bibir..hahaha of course laa dah penah nengok.Tapi aku nengok running man tiga kali jea.Seriously...Tak tipu.Tak percaya tanya *yuki.First,aku nengok time lee dong wook.Tak silap aku time raya tu aku nengok.Second,lee min ho..hahaha kesian betul.And now,masuk yang ketiga.Ce teka episode yang mana satu aku nengok nih....


       Tadaaaa.Hah episode yang ni laaa.Baba aku tak pernah nengok running man pon join sekali.Bukan main ketawa sampai kena bebel ngan mama sebab ganggu ketenteraman big boss yang sedang nyenyak tidur.hahahaha memang bestlah.Tapiii,kalau takat kwang soo tak ada maknanya aku nak nengok.Ni mesti sebab artis jemputan.hahahaha siapa ehhh agaknya..


        Rain Bi dan Kim Woo Bin..yaaaaa Rain makin handsome nampaknya..eeeee bilalah boleh kahwin ngan Rain.hahaha berangan sungguh.Woo Bin tak kurang comelnya.kannn.




      Comelnyaaaaa diaaa bagi mam kangaroo tu.Part ni paling kelakar..Rain Bi laaaa..hahahaha tak kering gusi wehhh.Dengan kecomelan dorang lagi..wahhh geramm iolss taw..



       Hahh tu jea laaa..tapi part paling geram woo bin laa sikit-sikit nak betulkan rambut dia tu..hahaha gerammm mak nokkk..pergi shopping memang hampehhh laa..Rain Bi laaa aku nengok smooth jea speaking dia.Yang lain #ohmyenglish




       Last sekali haruslah tempek gambar sendiri..hahahaha



P/S:sumber gambar adalah dari GOOGLE *running man

Tuesday, 18 March 2014

Baby Hat & Headband Yang Comel-Comel



Dear Shoko's
Dah namanya baby kan,so kenalah bagi comel-comel.Betulkan? Susah nak cari? hehehe jangan risau,ibu-ibu sekalian bolehlah dapatkannya dekat sini.Yang nak bagi dekat anak mak cik ke anak kakak ke anak kawan ke?Mehh pakat beli dekat saya.hehe harga berpatutan dan memang puas hati.

#3 Beanie Flower Headband RM19 #exclude postage

#30 Beanie Flower Headband RM19 #exclude postage

#32 Beanie Flower Headband #Rm19 exclude postage

#33 Beanie Flower Headband - Light Yellow #Rm19 exclude postage

#36 Beanie Flower Headband Rm19 #exclude postage

#37 Beanie Flower Headband #Rm19 exclude postage

#4 Beanie Flower Headband #Rm19 exclude postage

#7 Beanie Flower Headband #Rm19 exclude postage
All Product Details:- - Circumference 34cm - Suitable for baby from 3Months up to 4 Year. - Elastic cotton material.

cute owl baby cap Rm21 exclude postage taw.. Product Details:- - Adjustable (Velcro Tape) - Suitable for 6-24 Months old * head circumference 45-50cm




Postage Fee: ** Semenanjung - RM6 ** Sabah/Sarawak - RM9
(pembelian melebihi 500g akan di tambah RM3 utk setiap 250g)
Nak order boleh whatsapp 0135442107..xpun pegi FB

Saturday, 8 March 2014

Saya Suka Awak Dalam Penulisan2u!


Dear Shoko's,



Aku ni kan jenis yang suka berangan.Dah namanya berangan mestilah yang melampau-lampaukan.Sampai diri sendiri pun tak tahu dapa tercapai atau tak.Errrr..hahaha disebabkan tu,aku fikir lebih baik aku jadikan benda yang aku angankan tu jadi satu cerita.In fact,selalu berharap jadilah dekat diri sendiri.Hahaha over kan.



Syukur alhamdulillah,dapat jugaklah membuahkan hasil yang.....(tak tahu describe macam mana).Dann dann anak-anak sekalian semua bolehlah baca cerita dongeng ni dekat Penulisan2u.yeahhhhhh..hehehe..bolehlah pergi klik link tu.Tapi lambatkan nak tunggu sambungan ceritanya.So,saya sebagai ketua kampung dekat sini,nak share laaa story tu dekat sini.Hehehe boleh nengok picture diaorang.So,lagi best..kannn..please jawab,"aha betul tu nadia,best sangat!" hahaha..okay,silalah baca..tata

Fahri Hakimi


BAB 1


Seiring langkah kaki yang semakin menghampiri sebiji rumah banglo tersergam indah di tepi sebuah tasik yang diberi nama Full House itu,dari jauh lagi terdengar suara teriakan seorang lelaki semakin kuat kedengaran.Aku menyusun langkah kaki dengan teratur menuju ke arah Full House .Mukaku kini bagai kehabisan stok darah merah kerana berasa gerun hendak masuk ke dalam rumah. Bukannya aku sengaja balik lewat ke rumah pun.Aku ada urusan penting yang tak boleh ditangguhkan.Lelaki tu langsung tak pernah nak faham diri aku.Asyik menyusahkan aku adalah.Jika hendak ikutkan hati dah lama aku tinggalkan lelaki serupa singa itu. Mahu tak mahu aku terpaksa juga masuk ke dalam rumah.Langkah kakiku kini semakin lemah dek kerana memikirkan nasibku selepas ini.Apa yang akan dia buat kali ini.Mesti kerja yang dia berikan kepadaku berlambak.


Belum pun sempat aku menekan bell,pintu rumah telah pun terkuak dan muncul seorang lelaki yang kelihatan agak kurang kemas penampilannya.Ku lihat lelaki ini dengan penuh hairan.Apabila lihat dengan lebih teliti terasa kelakarlah pula.Sudah beberapa bulan aku tinggal serumah dengannya baru hari ini ku lihat dia memakai apron dan topi yang chef selalu guna ketika memasak itu.Mesti dia kelaparan kalau tak jangan haraplah lelaki tu nak masuk dapur.


Kalau ya pun kelaparan tidak perlulah berpakaian seperti itu.Perasan dia tu chef lah.Mataku masih tertumpu ke arahnya tanpa berkedip.Aku tidak dapat menahan tawaku lagi.Tidak sampai beberapa saat tawaku terhambur juga.Hahahahahahahahahahahahahaha "Awak dah kenapa nih ? Dah tak betul eh ? Ke dah salah makan ubat ? " Soalanku tidak dilayan malah diriku kini menjadi habuan matanya.Bukan main tajam lagi jelingannya.Lagaknya seperti hendak memakan diriku pula.


"Oh! Kau gelakkan aku ye ? Dah puas sekarang ? Kalau tak puas lagi kau gelaklah sampai pagi biar orang ingat kau tu orang gila ! " Alamak! Aku dah buat mamat ni naik angin.Habislah aku lepas ni.Mesti dia akan hukum aku.Bukannya aku tak tahu perangai dia itu macam mana.Aku hanya mampu berserah kepada Allah sahaja saat ini.Tawaku automatik terhenti. "Kenapa kau diam ?" tanya lelaki itu dengan pandangan sinis.Soalannya ku biarkan saja.Malas aku hendak layan dan aku segera melangkah menuju ke arah dapur.Kalau layan mamat tak berapa nak betul itu,silap hari bulan aku yang masuk hospital sakit jiwa. Mungkin kalau aku buat tak tahu saja dekat lelaki itu mesti dia akan diam.Ahh diam sajalah.Lantaklah dekat dia.Sangkaan ku meleset apabila dia menarik tanganku.Apa pula mamat ni nak ? “Kau dari mana hah ? Dari tadi aku tunggu tak jugak balik-balik,dahlah rumah kau tak kemas lagi ! “ marahnya sambil memulas cuping telingaku yang comel ini. “Sa..sa..saya jumpa abang tadi ada urusan penting,” jawabku terketar-ketar menahan rasa sakit akibat cubitan lelaki garang tu. “Aku tak peduli apa pun alasan kau,yang aku nak sekarang kau pergi basuh semua baju kotor aku yang ada dekat dalam bilik tu dan masak untuk aku.Faham tak ni!”arah lelaki itu tanpa menoleh ke arahku.


Lelaki itu melangkah longlai menuju ke arah tangga untuk naik ke tingkat atas Full House.Ku lihat lelaki itu langsung tidak bermaya.Kasihan pula melihat dia sebegitu rupa.Mesti tak makan sejak semalam. Aku terus memerhatikannya tanpa berkedip mata sedetik pun.Risau pula rasanya melihat keadaannya ketika itu.Takut nanti dia pengsan kemudian jatuh tergolek-golek dari atas hingga ke bawah.Sudahlah tangga Full House itu tinggi dan agak tajam di bucunya. Kalau apa yang aku fikirkan ini terjadi mesti aku juga yang susah.Aku juga yang kena bawa dia pergi hospital.Tidakkah itu lebih menyusahkan.Jadi,sebelum apa-apa terjadi adalah lebih baik sekiranya aku yang membantu dia menaiki anak tangga itu.Tanpa tunggu lebih lama lagi,aku pun segera menaiki anak-anak tangga untuk mengejarnya. Tanpa meminta pamit dengan lelaki itu aku terus memegang tangannya dengan erat.Tak sampai seminit lelaki itu mula mengeluarkan suaranya yang tak berapa sedap nak didengar itu. “Heh kau ni dah kenape hah ?” “Ape?” “Ape..ape kau tanya aku ? Yang kau pegang tangan aku ni apesal ?” “Ape awak ni ? Saya nak bantu awak je.Saya tengok awak macam tak larat je nak jalan.Jadi,sebelum apa-apa berlaku lebih baik saya bantu awak.Nanti mesti awak menyusahkan saya jugak.” “Ke kau saja nak goda aku?” Ini yang aku tak berapa nak minat dengan dia ni.Aku dah baik hati nak tolong dia,boleh dia cakap aku nak goda dia pulak.Ish.Periuk nasi betullah mamat ni.Menyesal aku tolong.Aku lepaskan pegangan tanganku dan melancarkan perang mata. “Heh awak ingat awak tu handsome ke macam Lee Min Ho sampai saya nak goda awak.Jangan mimpilah saya nak goda lelaki macam awak ni.Awak langsung tak menarik tau dimata saya.Menyampah adalah”.Aku tidak dapat menahan perasaanku lagi apabila dia berkata sedemikian. Lelaki itu hanya memberikan pandangan tajam dan membalas serangan laser dari mataku sebentar tadi. “Dah kau pergi siapkan sekarang kerja yang aku suruh kau buat tadi!” “Oh ye aku rasa lagi baik kau masak dulu sebab aku dah lapar sangat nih !” lelaki itu mengosok-gosok perutnya yang kelaparan itu.Kalau tak makan sekejap lagi mesti masuk angin.


Perasaan amarahku tadi tiba-tiba terbang entah ke mana.Perasaan simpati masih ada terbuku di dalam hati meskipun lelaki itu umpama seekor singa.Perang yang tercetus sebentar tadi tamat begitu saja.Aku mula menuruni anak tangga. Malas hendak layan aku terus melangkah ke dapur dengan pantas.Rasanya kalau lawan dengan Superman pasti kalah sebab kelajuan pergerakan kakiku berada di tahap maksimum..Perasaan geram memonopoli diriku.Ish mamat ni memang teruk nak mampus. Masuk sahaja di ruang dapur badanku automatik menjadi kaku ibarat ada ais yang menyelaputi seluruh tubuh badanku dan mulutku ternganga seluas-luasnya.Rasanya satu batalion lalat boleh masuk.


Apa tidaknya,dapur kini bukan lagi serupa dapur.Malah sudah menjadi seperti tongkang pecah.Garam dan gula bertaburan di atas lantai bukan lagi berada di tempatnya.Sos dan rempah-ratus bersepah di atas kabinet dapur. Aku beralih pula ke arah kuali yang mengeluarkan bau yang kurang enak.Bahasa kasarnya berbau hangit.Ya Allah sayur tak serupa sayur kau.Cara potongan sayur yang hancur dan apabila di lihat sangat tidak menyelerakan. Sedang aku asyik meneliti apa yang berlaku di dapur ini,tiba-tiba aku rasa ada sesuatu yang tajam seperti penyepit sedang menyepit kakiku.Ku alihkan pandanganku ke bawah untuk melihat apa sebenarnya benda yang tajam itu. “Ya Allah ketam.Ketam.Ketam.Sakit.Sakit.Sakit,”aku menjerit sekuat. Nasib baik si ketam tak dapat menyepit semua isi kakiku dapatlah aku menjauhkan dia dari kakiku.Nampaknya,nasib tidak menyebelahiku kali ini.Boleh pula ketam itu menuju ke arahku semula.Aku apa lagi terkincah-kincahlah aku menyelamatkan diri.Berlarilah aku bersama-sama si ketam yang menyakitkan itu.

Tuesday, 4 March 2014

Wajah-wajah Yang Menjadi Pelakon Dalam Novel Daku



Dear Shoko's


Amekaww tajuk bukan main.Bajet popular sangat.Hahaha tak apa laa,layan jea mimpi cinderella ini okay? Janji? hehehe..Okay tak nak pendahuluan yang lebih-lebih.






Alright pak cik encem dekat atas ni Fahri Hakimi iaitu watak utama dalam novel SAYA SUKA AWAK karya......hah karya siapa? Karya Hanny Nadia iaitu Ketua Kampung Shokododolls.hehehe kiranya dia ni hero kita laa..hahaha okay next !






Yang comel-comel ni pulak heroin dia.Nama di beri Yuyu Airissa.Siapa yang blogger tu mesti dah kenal dia ni kan.Tak pun siapa yang nengok rancangan Hijabista tu mesti dah kenal.Tak kenal?Boleh google sendiri laa kan.Entry kali ni tak nak laa tumpang glamour..hehehe






Hahhh yang ni kalau tak kenal tipu laa.Tapi kali ni dia jadi abang kepada Yuyu Airissa.Dan mereka sangat rapat.Bestkan dapat abang handsome macam ni.Hehehe






Yang ni Cikgu Izzue Islam..hahahaha saja letak nama tu..Izzue Islam versi ala-ala korea gitu..Kerlasss kann..haha dia ni cikgu paling popular sebelum Fahri Hakimi muncul.Tapi dia still famous jugak.



Aku rasa cukuplah dulu.hehe nanti aku sambung kenalkan watak sampingan yang kira penting jugak.So,masa kita baca nanti dapatlah imagine kann..hehehe tata..btw,nak baca bab 1? pegi SINI


 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page