Monday, 8 July 2013

Hari Rabu Kita Sudah Berpuasa

Dear Shoko's

Assalamualaikum.Tak jawab dosa kalau jawab sayang....hahaha.Hati sangatlah berkobar-kobar menunggu pengemuman dekat tv bila kita akan berpuasa.Sambil-sambil tu sementara menunggu aku pun online laa pasebook.Ya laa nak tau jugak perkembangan semasa.Sambil menyelam minum air ribena.

Aku pun tak tahu apa yang tengah hot sebab masing-masing dengan 'What's on your mind'.Something like that laa.Beberapa minit kemudian abang pembaca berita tu bagitau sudah tiba masanya pengemuman tu.

Setelah diperkenankan oleh duli-duli yang mulia dot.dot.Melopong mulut aku mendengarnya.Bukannya sebab apa.Aku tak berapa nak semangat nak berpuasa.Tak berkobar-kobar macam beberapa tahun sebelum ini.Bukan sebab aku dah besar dan dah boleh jadi ibu orang.Bwekkk geli babe.

Orang yang bagi pengemuman puasa tu dah lain.Kalau tak silap aku dari tahun lepas lagi.Rindu sangat-sangat dekat dia.Rasa macam best sangat.Cara dia cuba sampaikan tu memang berkesan sampai masuk ke dalam lubuk hati yang paling dalam.Langsung tak tersesat jalan.Peta yang dibagi sangat berbaloi.

Petang tadi tetiba datang rajin aku nak buat kuih untuk minum petang.Sebenarnya tak rajin pun mengidam nak makan je.hahaha mengada-ngada betulkan aku.Aku buat roti jala.Amek resepi FATIN LIYANA yang super duper cute and gorgeous.

Eksitedd kot aku buat dengan penuh kusyuk lagi kaww.Dah buat beberapa keping baru aku ingat yang aku lupa bubuh garam.Ya Allah macam mana ni..hahaha last-last aku bubuh garam dekat adunan yang belum di letak dalam kuali.hahaha gelak jahh aku.

Dan yang paling best lagi aku langsung tak pandai nak guna acuan roti jala tu !! Serious ya sampai abah aku cakap ni bukan roti jala Dia ni macam lempeng,,bahahaha sampai hati abah cakap anak abah yang comel ni macam tu.Mama pun apa lagi terkocoh-kocoh laa masuk dapur.

Ya Allah kenapa Dian buat macam gitu ?? hahaha aku gelak jah..Ishhh malulah nak share gambar roti jala tu..By the way SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN cucu-cucu yang comel sekalian.Puasa penuh taw bagi kaum adam.Kalau kau hawa dapat A.B.C...Good Night






 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page