Tuesday, 31 December 2013

Apabila Diri Kembar Si Kerdil

Dear Shoko's
Tak kisah apa pun terjadi aku nak jugak update entry tarikh hari ni..Ya laa pukul 12 nanti dah tak adanya 2013..Dah masuk alam lain bak kata rakan-rakan di facebook yang sibuk dok update status jangan masuk toilet pukul 11.59 malam..nanti anda akan berada di alam lain..Bukan sorang tapi berjuta-juta lemon dok update benda yang sama.Aku yang tau usha status orang ni hanya mampu buat muka cinderella yang sedang monyok tak dapat pergi party si tuan raja yang kacak.hehe okay-okay stop nanti kena carut padan muka..hahaha

Kenapa samakan diri dengan si kerdil? Sebenarnya bukanlah aku sendiri yang menyamakan diri yang comel ini dengan si kerdil.Tetapi makhluk-makhluk ciptaan tuhan yang berada di sekeliling aku.Pada awalnya tak terniat langsung nak share pasal benda ni dekat Shoko's sekalian.Tapi diri ini dah tak mampu nak menanggungnya.ececehh ayat boleh pergi mandi dekat laut.Ahahahaha aku rasa benda ni kena share jugak nanti bolehlah cucu-cucu tahu dilema nenek diaorang ni.



For me,apa salahnya jadi kecik? Apa salahnya jadi ketot? Apa salahnya jadi pendek? Apa salahnya jadi kerdil? Aku pun tak tahu nak describe benda ni macam mana.Walhal kalau aku nampak orang tu debab tak ada peliknya pulak dekat situ.Orang yang debab okay lagi ayat-ayat yang di lontarkan tak adalah yang pelik-pelik dan terlalu pelik..ahahaha kita boleh terima.Diaorang hanya susah untuk mencari size baju.Lagi-lagi masa sekarang ni,banyak je butik-butik yang ada plus size,tak perlu risau.Kau pilih je yang mana berkenan di hati kau yang suci lagi murni tu Mak Jemah.Tapi pada spesis yang macam aku..Kauu ayat..macam setahun je kau tak nak keluar rumah.Sebabnya tak nak lagi nengok muka orang yang dok caci kita..

Dulu time di sesi persekolahan..Amboii macam dah 10 tahun tinggalkan alam persekolahan.Bab aku paling tak suka bila time cikgu addmath aku.Ada je laa idea dia nak kenakan aku.Termasuklah bab ketinggian aku.Bila aku fokus buat latihan yang dia beri ataupun salin jawapan yang sudah diberi,dah tiba nak padam whiteboard tu mesti dia suruh aku."Yes NADIA tolong saya padam board tu"..Dah laa dia ni tinggi mestilah tulis tu sampai ke atas..Aku ni pun tetap berusaha jugak padam then bila dah habis bahagian bawah tu aku terus balik pergi tempat duduk aku.Tapi..."Nadia kenapa tidak padam sampai habis.Pergi padam sampai habis sekarang,kalau tak sampai pergi ambil kerusi tu panjat." Rasanya time tu jugak aku nak mengalirkan air mata yang murni ini.Kenapa ketinggian aku dipertikaikan..Haihhh sir nasib baiklah hang handsome..Hari tu dia nyanyikan lagu tetap menantimu untuk aku..How sweet you Kim Wo Bin sesat..haha terus dendam yang selama ini terbuku di hati lenyap begitu sahaja.



Inilah saya hanya mempunyai ketinggian 148cm..Belum lagi part nak beli baju.Asal beli baju,lagi dress or jubah mesti kena suruh kakak jiran sebelah rumah punya sepupu-sepapat potongkan.Barulah seorang Hanny Nadia bergaya mengenakan dress yang menampakkan dirinya ayu menawan.ahahaha sungguh parah macam ni.Bajet mesti lari pergi bayar tailor je..Kesian mama..hehehe



Hahaha kann kecik je kan aku.Kecik itu comel..ahaha nak sedapkan hati sikit.Okay laa dah malas nak merapu..Good night..Happy New Year Shoko's..

Friday, 20 December 2013

Kalau Hari-Hari Macam Ni Kan Best !

Dear Shoko's Alamak rindunya dekat belogg yang gedik ni..ahahaha ada ke belog gedik?? Ahhh semestinya ada..Blog Shokododolls laaa sapa lagikannnn..ahahahaha peacee!! Ni bukan pasal cara nak dapat duit empat angka sebulan tau..hehe..Alright apa dia yang best sangat tu sampai nak hari-hari..Macam makanan pulak lagaknya kannn..Well chill laa tak semestinya makanan kot kita nak hari-hari.Lagi-lagi orang perempuankann..Betul tak betul tak??Okay tahap kegedikkan Ketua Kampung Shokododolls dah melampau nihh..nak kena sumbat pavlova kot dekat mulut..ahahaha Okay,straight to the point..Anak-anak sekalian,apa yang aku nak hebohkan dekat sini adalah pasal MODBOX..Okay apa itu MODBOX..Modbox ni dia macam hishop jugaklah,menjual macam-macam brand kecantikan..Tapi..tapi..yang bestnya dekat MODBOX ni,kau boleh beli sample dulu.Sebab apa aku kata sample ni best,kau boleh try dulu sama ada product tu sesuai dekat kau ataupun tak..Bila dah sesuai plus minat boleh laa beli yang besar punya..Gila tak bestkan?ahahaha Berapa harga nak beli sample ni?Okay dengan bermodalkan RM 9 sahaja kau boleh dapat 3 sample sekaligus..Macam mahal sangat sampai guna word modal..hahaha..Dan sample-sample tu pulak kau boleh pilih mana satu yang kau berkenan..

Hahh macam ni rupa bentuknya bila sampai nanti dekat depan rumah cik adik yang manis sekalian..Comelkann,cenonet je ngupanyaa..hahaha jom tengok apa yang aku pilih nak try gituu..






Hahh tu laa sample-sample product yang aku pilih..First sekali tu hand cream,second tu pulak toner dan yang last sekali Ronasutra..Ye laa aku ni asyik pakai loose powder brand avon yang model dia kak Loopa tu..Alahaiii bajet Neelofa sangat aku nihh kann..ahahaha..sekali-sekala nak test jugak brand yang lain kann.Nak beli yang besar takut tak pakai jugak nanti.Membazir duit aku jugak nanti..Dah tu kena bebel mama pulak nanti..huhhh tak maw tak maw..So ambil laa peluang keemasan ni.. Bukan tu saja,dalam box tu dia ada sediakan jugak artikel pasal product yang kau pilih tu..siap ada pasal product lain pulak tu..macam ni..

Macam ni laa rupa MODBOX yang aku dapat..tadaaa bestkannn..

So tunggu apa lagi,meh ramai-ramai pegi laman web MODBOX..Dah klik?..Okay after that better kau register dulu kalau tak ada akaun lagikan..So mudah laa nak tau pasal perkembangan MODBOX nantikann..Pastu klik HOME dan pilih GET BEAUTY BOX..KAu klik GET START dekat bawah tu okay..Then pilihlah barang yang kau nak..okay? Pastikan Rm 9 tau..nanti jangan nak marah aku pulak kalau lebih..hehe chill..Dah tu isi laa borang penghantaran dan bayar online.Kan senang ?hehe.. Dah selesai semuanya,tunggulah box kau sampai.Dia memang tak bagi number tracking.Tapi tak yah laa risau box kau akan selamt sampai dekat depan rumah tak pun ambil laa dekat post office..okay? Muka bila dah sampai box..Ada mimik muka terkejut tak?ahahaa janganlah carut aku.Aku memang suka conteng muka..ahahaha..tata

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page