Tuesday, 9 July 2013

Boleh Ke Anak Dara Guna Sumber Ayu ?

Dear Shoko's

Ya Allah tak terasa yang kita ni umat Islam dah masuk bulan Ramadhan.Rasanya macam baru je lepas puasa then sambut raya.Tuptup dah masuk bulan Ramadhan balik.Nak puasa penuh ke tak eh?Amboiii banyak laa ko punya mengada-ngada.Tak de nak pilih-pilih ni.

Tapi aku rasa bulan Ramadhan kali ni agak menyedihkan dan menghibakan.Eh bukan sama je ke maksudnya.Hahaha lantaklah.Bukan apa bonda terchenta sakit.Bukan mama kandung tetapi bonda.Ya Allah kenapa kau bagi cubaan sebesar ini kepada hambamu yang hina ini.

Aku hanya mampu berdoa agar bonda cepat sembuh.Semua datang daripada Allah.Semuanya kehendak Allah SWT jadi kita sebagai hambanya kena terima dugaan yang datang.Ini juga di kira sebagai ujian di bulan yang penuh keberkatan ini.Mudahan-mudahan semakin mantap laa iman kita semua.

Amboiiii panjang pulak tazkirah kita hari ini ye anak-anak yang comel sekalian.Ekeh dah menyimpang jauh pulak daripada tajuk asalnya.Hahaha itu sebagai mukaddimah di awal Ramadhan ini.Yaaaa

Aku terfikir boleh ke anak dara nak guna Sumber Ayu yang pembersih bahagian intim orang perempuan tu.Alaa yang iklan Ayu Raudhah tu.Aku terpikat pulak dekat produk tu masa membuang masa dekat Watson hari tu.

Sebab sekarang ini aku guna Avon feminine wash.Memang best jugaklah tapi dia tak berapa wangi.Aku nak yang wangi-wangi.Lagi best kalau wangian yang fresh tu.Rasa nyaman sehingga petang kot.HihiPersoalannya boleh ke??Hmmmm tolonglah aku..please.......


No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page