Monday, 15 July 2013

Baju Raya dari Minaz !! WOW

Dear Shoko's


Hi assalamualaikum.Rabu.Khamis.Jumaat.Sabtu.Ahad.Isnin.Nampaknya hari ni kita dah masuk hari keenam dalam bulan ramadhan.Patutlah aku rasa macam dah kurus.haha serious wehh skirt aku macam dah longgar sikit.Tak sedar dah masuk hari keenam.

Maknanya,tak lama lagilah nak rayakan.So,mestilah nak buat persiapan bagaikan.Amboi,macam nak buat persiapan kahwin pulakkan.Bhahaha,yang tu nanti belakang cerita.Mana nak pilih baju raya,mana nak pilih tudung.Semua kena pilih.

Semuanya untuk memuaskan hati supaya nanti tak adalah dialog yang tak berapa happy nak dengar terkeluar dari mulut ni."Ish,menyesalnya aku tak pilih colour tu.","menyesalnya tak beli baju design tu" macam dialog ni.Haha sebab tahun lepas dah keluar.Ni pengalaman laa kononnya.

Jadi,anak-anak sekalian pandai-pandailah pilih ya.Yang penting dapat memuaskan kehendak hati anda.Aku baju biasa-biasa jah.Aku beli kain langsir untuk buat baju kurung.Kain untuk buat baju langsung tak dapat menarik perhatian dahku.Okey sumpah tak kelakar langsung!haha

Kalau nak cari baju-baju yang lawa dan uptodate..macam baju dekat bawah ni..


Yaaa inilah diaaaaaaaa koleksi baju dari minazboutique !! Ya aku juga jatuh cinta dekat design-design baju diaorang yang sangat comel ala-ala Korea gituuuu..Jangan risau mereka juga ada saiz untuk yang chubby-chubby.

Yang macam aku cenonet nih tak ade hal punyalah.Kalau panjang dekat bahagian skirt tu boleh mintak mak cik sebelah rumah tolong potongkan.Apa yang lebih penting kita boleh jadi gorgeous plus cute di pagi hari raya nantikannn.hihi

Aku sangat minat dengan yang ini.Bolehlah feeling jadi cinderella di pagi syawal nanti kannn..Kenapalah ada orang yang begitu kreatif buat design sebegini rupa.Geram taw..

Hahaha actually aku tak beli baju dari minaz nih sebabnya duit tak berapa nak cukup untuk beli sehelai baju yang cantik tu.Nanti-nantilah baru dapat merasa baju dari minaz nih,sabar dulu wahai cik hati.hehe..Sesiapa yang ada hati ataupun berminat bolehlah ke website atau facebook minazboutique.Klik saja link yang berwarna-warni itu.Dan sediakan duit anda dalam RM200 lebih.Pilihlah yang mana suka.Harga berbeza mengikut design ye.Tak apa yang penting hati puaskan.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page