Tuesday, 30 July 2013

The Body Shop Menjadi Pilihan

Dear Shoko's

Eeee tak sabarnya tak sabarnya.Tinggal beberapa hari lagi sebelum kita meninggalkan bulan ramadhan.Ya dalam daku bergembira kekadang sedih jugak.Ya laa bila lagi nak rasa nikmat berpuasa kalau bukan dalam
bulan ramadhan sajakan.Tahun depan baru boleh rasa balikkan.

Hah...dalam padaku gembira kadang-kadang sedih juga.Eh apa hal tetiba nyanyi lagu Be Mine nih.Eh betul ka title lagu tu?Ahhh lantaklah.Okay sebenarnya macam ni.Sebelum raya semua orang nak buat persiapan menyambut hari raya aidilfitri yang mulia.Termasuk jugalah aku yang kiut ni kannn.Well janganlah jealous.Bhahaha ada jugaklah aku kena free penumbuk ni..haha


Baju raya dah ada,wedges dah ada,handbag pon ada.Hah! Cerita pasal wedges ni kan.Sakit hati aku.Tak dapat aku nak merasa high heels di pagi raya.Mama laa tak bagi nanti aku jatuh laa..blablabla.Tapi keputusan ibu adalah sebaik-baiknyakan.Haha ayat penyedap hati je.

Semua dah ada.Tapi aku rasa macam ada yang kurang lagi.Hmmm apa eh??HAHHHHH of course la makeup! Wehhh penting kot benda alah tu semua.Haha tak tacap tebal-tebal pon.Nipis-nipis dah cukup.Biar natural gitu.So pilihan aku kali ni brand dari The Body Shop !!


See nampak natural jugakkan.Kalau tak nampak tak tahulah nak cakap apa.Tidakkah anda lihat mak serta anak-anak jerawat dekat muka daku yang gebu itu.Haha tima dekat nak raya jugak dia nak keluar.Mengada betullah.hihi

Apa yang aku conteng dekat mukaku ialah..jengjeng.


Ya ketiga-tiga benda ni sangat penting untuk aku pada masa ini.Terutamanya benda colour orange tu.Sangat best weh.Hah benda kedua tu pulak lagilah penting.Lagi-lagi masa puasa ni.Bibir kita kering je kan.So,kena laa oles lips balm sikit.

Jangan pulak guna saliva untuk basahkan bibir.Tu salah.Bibir akan bertambah kering nanti,,lagilah bahayakan.So gunakan lips balm.Boleh pilih brand yang anda suka.Lip Ice pun okay jugak.Tapi aku lagi suka brand daripada The Body Shop ni.Sebabnya dia tak colour pun.Lepastu ada rasa pulak tu.Bau dia pon wangi je.

Benda ketiga tu pulak eye shadow plus blusher plus highlight.Fuhh jimat weh kalau beli benda ni.Beli satu tapi kegunaannya sangat banyak.First pun aku tak tahu jugak.Tapi ya laa apa laa gunanya pekerja dekat body shop tu kalau tak dapat membantu pelanggankan.So kita yang pelanggan ni amek laa peluang sebaik mungkin sebelum beli sesuatu barang tu.Nanti tak laa menyesal di kemudian hari.Betul tak?


Monday, 15 July 2013

Baju Raya dari Minaz !! WOW

Dear Shoko's


Hi assalamualaikum.Rabu.Khamis.Jumaat.Sabtu.Ahad.Isnin.Nampaknya hari ni kita dah masuk hari keenam dalam bulan ramadhan.Patutlah aku rasa macam dah kurus.haha serious wehh skirt aku macam dah longgar sikit.Tak sedar dah masuk hari keenam.

Maknanya,tak lama lagilah nak rayakan.So,mestilah nak buat persiapan bagaikan.Amboi,macam nak buat persiapan kahwin pulakkan.Bhahaha,yang tu nanti belakang cerita.Mana nak pilih baju raya,mana nak pilih tudung.Semua kena pilih.

Semuanya untuk memuaskan hati supaya nanti tak adalah dialog yang tak berapa happy nak dengar terkeluar dari mulut ni."Ish,menyesalnya aku tak pilih colour tu.","menyesalnya tak beli baju design tu" macam dialog ni.Haha sebab tahun lepas dah keluar.Ni pengalaman laa kononnya.

Jadi,anak-anak sekalian pandai-pandailah pilih ya.Yang penting dapat memuaskan kehendak hati anda.Aku baju biasa-biasa jah.Aku beli kain langsir untuk buat baju kurung.Kain untuk buat baju langsung tak dapat menarik perhatian dahku.Okey sumpah tak kelakar langsung!haha

Kalau nak cari baju-baju yang lawa dan uptodate..macam baju dekat bawah ni..


Yaaa inilah diaaaaaaaa koleksi baju dari minazboutique !! Ya aku juga jatuh cinta dekat design-design baju diaorang yang sangat comel ala-ala Korea gituuuu..Jangan risau mereka juga ada saiz untuk yang chubby-chubby.

Yang macam aku cenonet nih tak ade hal punyalah.Kalau panjang dekat bahagian skirt tu boleh mintak mak cik sebelah rumah tolong potongkan.Apa yang lebih penting kita boleh jadi gorgeous plus cute di pagi hari raya nantikannn.hihi

Aku sangat minat dengan yang ini.Bolehlah feeling jadi cinderella di pagi syawal nanti kannn..Kenapalah ada orang yang begitu kreatif buat design sebegini rupa.Geram taw..

Hahaha actually aku tak beli baju dari minaz nih sebabnya duit tak berapa nak cukup untuk beli sehelai baju yang cantik tu.Nanti-nantilah baru dapat merasa baju dari minaz nih,sabar dulu wahai cik hati.hehe..Sesiapa yang ada hati ataupun berminat bolehlah ke website atau facebook minazboutique.Klik saja link yang berwarna-warni itu.Dan sediakan duit anda dalam RM200 lebih.Pilihlah yang mana suka.Harga berbeza mengikut design ye.Tak apa yang penting hati puaskan.

Tuesday, 9 July 2013

Boleh Ke Anak Dara Guna Sumber Ayu ?

Dear Shoko's

Ya Allah tak terasa yang kita ni umat Islam dah masuk bulan Ramadhan.Rasanya macam baru je lepas puasa then sambut raya.Tuptup dah masuk bulan Ramadhan balik.Nak puasa penuh ke tak eh?Amboiii banyak laa ko punya mengada-ngada.Tak de nak pilih-pilih ni.

Tapi aku rasa bulan Ramadhan kali ni agak menyedihkan dan menghibakan.Eh bukan sama je ke maksudnya.Hahaha lantaklah.Bukan apa bonda terchenta sakit.Bukan mama kandung tetapi bonda.Ya Allah kenapa kau bagi cubaan sebesar ini kepada hambamu yang hina ini.

Aku hanya mampu berdoa agar bonda cepat sembuh.Semua datang daripada Allah.Semuanya kehendak Allah SWT jadi kita sebagai hambanya kena terima dugaan yang datang.Ini juga di kira sebagai ujian di bulan yang penuh keberkatan ini.Mudahan-mudahan semakin mantap laa iman kita semua.

Amboiiii panjang pulak tazkirah kita hari ini ye anak-anak yang comel sekalian.Ekeh dah menyimpang jauh pulak daripada tajuk asalnya.Hahaha itu sebagai mukaddimah di awal Ramadhan ini.Yaaaa

Aku terfikir boleh ke anak dara nak guna Sumber Ayu yang pembersih bahagian intim orang perempuan tu.Alaa yang iklan Ayu Raudhah tu.Aku terpikat pulak dekat produk tu masa membuang masa dekat Watson hari tu.

Sebab sekarang ini aku guna Avon feminine wash.Memang best jugaklah tapi dia tak berapa wangi.Aku nak yang wangi-wangi.Lagi best kalau wangian yang fresh tu.Rasa nyaman sehingga petang kot.HihiPersoalannya boleh ke??Hmmmm tolonglah aku..please.......


Monday, 8 July 2013

Hari Rabu Kita Sudah Berpuasa

Dear Shoko's

Assalamualaikum.Tak jawab dosa kalau jawab sayang....hahaha.Hati sangatlah berkobar-kobar menunggu pengemuman dekat tv bila kita akan berpuasa.Sambil-sambil tu sementara menunggu aku pun online laa pasebook.Ya laa nak tau jugak perkembangan semasa.Sambil menyelam minum air ribena.

Aku pun tak tahu apa yang tengah hot sebab masing-masing dengan 'What's on your mind'.Something like that laa.Beberapa minit kemudian abang pembaca berita tu bagitau sudah tiba masanya pengemuman tu.

Setelah diperkenankan oleh duli-duli yang mulia dot.dot.Melopong mulut aku mendengarnya.Bukannya sebab apa.Aku tak berapa nak semangat nak berpuasa.Tak berkobar-kobar macam beberapa tahun sebelum ini.Bukan sebab aku dah besar dan dah boleh jadi ibu orang.Bwekkk geli babe.

Orang yang bagi pengemuman puasa tu dah lain.Kalau tak silap aku dari tahun lepas lagi.Rindu sangat-sangat dekat dia.Rasa macam best sangat.Cara dia cuba sampaikan tu memang berkesan sampai masuk ke dalam lubuk hati yang paling dalam.Langsung tak tersesat jalan.Peta yang dibagi sangat berbaloi.

Petang tadi tetiba datang rajin aku nak buat kuih untuk minum petang.Sebenarnya tak rajin pun mengidam nak makan je.hahaha mengada-ngada betulkan aku.Aku buat roti jala.Amek resepi FATIN LIYANA yang super duper cute and gorgeous.

Eksitedd kot aku buat dengan penuh kusyuk lagi kaww.Dah buat beberapa keping baru aku ingat yang aku lupa bubuh garam.Ya Allah macam mana ni..hahaha last-last aku bubuh garam dekat adunan yang belum di letak dalam kuali.hahaha gelak jahh aku.

Dan yang paling best lagi aku langsung tak pandai nak guna acuan roti jala tu !! Serious ya sampai abah aku cakap ni bukan roti jala Dia ni macam lempeng,,bahahaha sampai hati abah cakap anak abah yang comel ni macam tu.Mama pun apa lagi terkocoh-kocoh laa masuk dapur.

Ya Allah kenapa Dian buat macam gitu ?? hahaha aku gelak jah..Ishhh malulah nak share gambar roti jala tu..By the way SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN cucu-cucu yang comel sekalian.Puasa penuh taw bagi kaum adam.Kalau kau hawa dapat A.B.C...Good Night






Monday, 1 July 2013

Fake Account

Dear Shoko's

Entri sebelum ini aku ada cerita pasal Aurawahite InnerShine Camu Camu.Amboi berlagaknya kan aku kononnya entri sebelum walhal semalam je.Masuk semalam dah dua hari aku minum.Dan dalam dua hari ni aku rasa badan aku rasa lain macam sikit.

Bukanlah rasa nak sakit.Tapi rasa badan makin segar dan ringan.Ringan? Macam mana tu? Eheh ntah laa aku pon tak tau macam mana nak bagi imagine.Kena minum sendiri barulah tau.Aku rasa diri kini semakin putih jugak.Haha okay yang ni tipu.Takkan laa dalam masa 48 jam dah jadi putih.

Stop cerita pasal cantik-cantik ! Okay yeah berkenaan fake account ni.Bukan account blog or twitter but facebook.Ya pasebookk tu bak kata Johan.Actually bukanlah orang tu buat fake account dengan menggunakan picture aku.

Memang tak laa kan.Aku bukannya orang famous yang lagi amous tu sampai ada orang yang baik hati nak signupkan account facebook.Tapi si faker ni babitkan aku pulak.Tak tahulah apa motif dia buat macam tu.Si dia cakap mungkin dengki.

Amboi nyah teruk sangat kau nak jatuhkan si dia.Kalau dengki ka apa ka sekalipun janganlah buat sampai macam tu sekali.Walaupun sebelum ni dia teruk janganlah kau ungkit balik masalah dia tu.Aku sangatlah tak suka orang macam ni.Kenapalah kau tercipta di dunia yang indah ini.



Aku adalah orang pertama dia add rasanyalah dan aku yang tak tahu apa ni confirm laa.Ya laa nama dan juga gambar dia adalah si dia ni.Jadi first person yang confirm pulak tu.Wahaha.Dia IM laa aku.Memang super duper sengal laa mamat tu! I hate you.

Aku pon mengadu laa dekat si dia.Si dia cakap mungkin orang tu dengki dekat dia dan jugak aku.Saja laa tu.Kitak jeles ya faker gilak ? Apa nak jeles-jeles ni.Rilekk sudah.Huhhhhh capek dehhh.Oh yah macam mana tadi dengan Encik 'Najip Ali' ? wahaha

Dia asyik pandang aku jah.Hahaha tak ada laa.Dia buat tak tahu je dekat aku.Merajuk laa tu pasal hari tu.Hahaha tata
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page