Sunday, 30 June 2013

Aurawhite Buat Ayam Yang Aku Makan Tersekat di Kerongkong.

Dear Shoko's



hahaha saja nak tempek gambar bila tengok rasanya kalau boleh minum aurawhite perisa coklat empat kali sehari.Tu pon rasanya tak berkesan lagi.Ya laa muka mekap jah lebih,patut laa cantik menarik kau memang the boom.Eh cantik ke?haha no comment.

Cantik tak cantik yang penting aku suka gambar ni.Ya laa kena laa mekap sikit biar ada seri laa jugak muka Dian ni kan.Nak minum aurawhite memang tak mampu serious cakap.Haha tapi beli eye shadow simplysiti mampu pulak.

Simplysiti tak laa mahal sampai mencekik darah weh.Lagipun,beli sekali tahan sampai setahun ataupun lebih.Bukannya kena pakai hari-hari pun kan.Tapi kalau beli aurawhite dan start minum memang laa pokai.Aurawhite kena minum dua kali sehari.Kalau tak silap.Hahh satu jar tu berapa jah kan.Tahan pon sebulan dua bulan jah.

Lagi satu kalau dah minum aurawhite ni tak boleh stop.Sebab kalau stop kemungkinan ada risikonya.Bukan nak buruk-burukkan tapi realitinya.Kawan Dian ada minum.Fuhh masa dia minum memang muka dia halus bersih,gebu dan putih.Tapi dia berhenti atas sebab tertentu,mungkin bajet tak cukup.Muka dia dah tumbuh jerawat dan teruk jugaklah.

Hah tak nak cakap lebih,faham-faham ajelah.Itu sebabnya laa aku tak minum.Bila dah minum mama aku cakap tak boleh stop.Nanti...hah! Muka yang mulanya putih mulus halus gebu bertukar ke muka zombie kampung pisang.hihi




Memanglah betul kesan dia ni super duper mujarab ! Tipu laa kalau aku tak ada hati dekat aurawhite ni.But I super duper hate the price !! Jahat laa awak ni !!


Cantikkan.Tapi mama cakap orangya memang cantik so bila dia minum aurawhite tu makin bertambah laa keseriannya.hihi,,Tapi.Tapi.Tapi kepada awak-awak yang nasibnya sama seperti Dian.Ececeh,,haha,,I mean yang tak ada kemampuan nak beli aurawhite,bolehlah cuba.....jengjengjeng....


Ya inilah dia InnerShine Pati Prune Camu Camu.Wahaha sangat teruja dengan yang ini.Dan buat aku rasa jatuh cinta saat pertama kali menyentuh lidahku.Wahaha.Semalam pergi Watson dengan mama.Mulalah saat pujuk-memujuk.

Dian:Mama aurawhite kan mahal,apa kata mama belikan Dia innershine camu camu boleh cantik macam
        Izara Aishah.

Mama:Eamm?Okay tapi tengokkan dulu Safi Rania Diamond nih.Mana satu yang okay?Mama mau jadi
           macam Ziana Zain.

Haha pasal tu no prob laa mama yang penting dapat innershine.And yah mama aku pun dah jatuh cinta dengan safi rania diamond.Sebelum ni mama guna safi rania gold ala yang Che Tah tu.And memang berkesan jugaklah.Ditambah lagi sekarang mama minum cocoa collagen.Dan sesiapa yang dapat nengok mama fuhhh meletop dah !!! Mama semakin putih nokkk!!

Jeles nih,,and alhamdulillah dapat beli.Semalam dah minum satu..Hihi malam nih tak minum lagi..Okay laa nanti aku sambung lagi..Nak minum INNERSHINE CAMU-CAMU !! btw esok ada meeting dengan 'Najip Ali" !! wahahaha,,tata

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page