Tuesday, 19 February 2013

Maksud Cantik

Dear Shoko's

Assalamualaikum dan selamat petang uolls,,tengah buat apa tu ? ohh lupa-lupa tea time right ? Biasalah tu mama aku pon tak pernah kot tinggal minum petang ni,,ada jah kuih-muihnya macam breakfast jugakkan tapi yang ni makan yang biasa-biasa jah macam kuih donut ke apa-apa laa kan.

Apa itu cantik ? Actually,maksud cantik ni selalu berubah dan tak sama untuk semua kawasan pada setiap zaman,malah turut bergantung kepada latar belakang budaya dan adat resam sesuatu kawasan.Macam kecantikan gadis-gadis Eropah masa abad pertengahan selalu tau dikaitkan dengan keseburan mereka.Semakin subur gadis tu,atau mampu melahirkan ramai anak,semakin cantik gadis tersebut pada pandangan masyarakat sekeliling.WOW,,gila ehh maksudnya kalau dia ada anak 15 orang cantik gila laa tu?feuhhh penat kot nak jaga anak,,apa lagi kalau berderet-deret,,hihi

Okay next,kita nengok pulak pada abad ke 15 sampai abad ke 17,gadis dianggap seksi jika mempunyai pinggul,perut besar dan dada yang montok.Menjelang abad ke 20,gadis dipandang cantik jika dia mempunyai pinggul dan paha yang besar.WHAT ? perut besar ? eyuhhh,,why pulak cantik ? hah itu laa maksudnya cantik ni maksudnya sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.

Tak ketinggalan bentuk tubuh yang nipis seperti papan pernah menjadi lambang kecantikan jugak tau,,tahun 1965,model inggeris,Twiggy mengejutkan dunia dengan tubuhnya tu ! Apa lagi dia pun menjadi idola kepada akak-akak pada zaman tu  dah tu hampir seluruh dunia lak tu ! amboii kak Twiggy,,hahaha famous lak engko ehh,,so kalau nak cantik,mereka kena kurus terlebih dahulu! So apa yang berlaku ? Disebabkan nak kurus ni,muncullah para gadis dengan fenomena eating disorder atau anoreksia iaitu memuntahkan kembali makanan yang telah dimakan,,ehhhyuuu,,baik ngko tak payah makan terus.

Mehh kita nengok gambar akak Twiggy nih,,
hahhhh nampakkan,,kurusnya,,tapi aku tak tau laa yang ni kak Twiggy time tu,,uolls cari laa sendiri ehhh,,hihi,,tu pasal aku lagi suka cute,,comel,,tak suka cantik,,cantik ni macam-macam,,lagi best kiut-miut nih,,



hahh amek hangg gambar aku yang kiut-miut nihhh,,wahahah,,yeahyeahyeah aku tau aku perasan tahap gaban,,hihi,,tapi siapa lagi nak perasankan diri kita melainkan diri kita sendirikan,,so puji-puji laa diri uolls yang comel itu,,tapi ingat jangan sampai jadi riak okay,,

Okay laa sampai sini jek kali nih,,bye assalamualaikum,,wehh share laa sikit kuih tu ! lapar nih !

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page