Wednesday, 20 February 2013

Seoarang Penghafal Hadis

Dear Shoko's

Ehh Cik Shoko siapa yang penghafal hadis tu ? Hahh ni laa aku nak cerita nih,,uolls mesti kenal Aisyah binti sAbu Bakar kanss,,mustahillah tak kenal,,tapi kenal ke tak kenal ke aku nak share jugak serba sedikit pasal isteri Rasulullah nih,,yeh laa walaupun aku tak laa tahu banyak sangat pasal beliau,,okay dah jangan buang masa mehh aku nak cerita,,

Okay adik-adik Abu Bakar r.a adalah salah seorang sahabat Rasulullah saw.Hasil pernikahannya dengan Ummu Ruman,mereka dikurniakan seorang putera bernama Abdurrahman dan seorang puteri bernama Aisyah.Aisyah dilahirkan empat tahun setelah ditabalkan sebagai rasul Muhammad saw.Dia terkenal sebagai seorang wanita yang bijaksana.Dikalangan sahabiyah dan isteri Rasul,dialah penghafal dan penyumbang riwayat hadis terbanyak dan ahli fiqh.

Ketika dakwah Islam mengalami tentangan yang luar biasa dan para pejuangnya termasuk ayahnya mengalami tentangan yang terlalu hebat,Aisyah yang masih muda mampu memahami beban berat yang dipikul oleh ayahnya itu.
h
Masyallah uolls hebatnya saidatina Aisyah kan,,kalau nak dibandingkan dengan aku ni jauh kot bezanya,,tapi kita sentiasalah perbaiki diri kita nih,,insyallah akan diberkati Allah SWT..eheheh ada bakat tak jadi ustazah ?huhu perasanlah kau NADIA !! ehh sudah dulu yahh,,

Ohh yah sebelum aku terlupa meh nengok Quran Pelangi,






Hahhhhhh ! cantikkan colourful gitu,,kita nih pon tertarik nak membacanya,,lagipun Quran ini lengkap tau termasuk makna-makna ayat tu if kita tak tahu dalam bahasa arabnya,,apalagi korang boleh dapatkan Quran ini secara online di ttp://www.facebook.com/AlQuranPelangi2u?ref=ts&fref=t








Tuesday, 19 February 2013

Maksud Cantik

Dear Shoko's

Assalamualaikum dan selamat petang uolls,,tengah buat apa tu ? ohh lupa-lupa tea time right ? Biasalah tu mama aku pon tak pernah kot tinggal minum petang ni,,ada jah kuih-muihnya macam breakfast jugakkan tapi yang ni makan yang biasa-biasa jah macam kuih donut ke apa-apa laa kan.

Apa itu cantik ? Actually,maksud cantik ni selalu berubah dan tak sama untuk semua kawasan pada setiap zaman,malah turut bergantung kepada latar belakang budaya dan adat resam sesuatu kawasan.Macam kecantikan gadis-gadis Eropah masa abad pertengahan selalu tau dikaitkan dengan keseburan mereka.Semakin subur gadis tu,atau mampu melahirkan ramai anak,semakin cantik gadis tersebut pada pandangan masyarakat sekeliling.WOW,,gila ehh maksudnya kalau dia ada anak 15 orang cantik gila laa tu?feuhhh penat kot nak jaga anak,,apa lagi kalau berderet-deret,,hihi

Okay next,kita nengok pulak pada abad ke 15 sampai abad ke 17,gadis dianggap seksi jika mempunyai pinggul,perut besar dan dada yang montok.Menjelang abad ke 20,gadis dipandang cantik jika dia mempunyai pinggul dan paha yang besar.WHAT ? perut besar ? eyuhhh,,why pulak cantik ? hah itu laa maksudnya cantik ni maksudnya sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.

Tak ketinggalan bentuk tubuh yang nipis seperti papan pernah menjadi lambang kecantikan jugak tau,,tahun 1965,model inggeris,Twiggy mengejutkan dunia dengan tubuhnya tu ! Apa lagi dia pun menjadi idola kepada akak-akak pada zaman tu  dah tu hampir seluruh dunia lak tu ! amboii kak Twiggy,,hahaha famous lak engko ehh,,so kalau nak cantik,mereka kena kurus terlebih dahulu! So apa yang berlaku ? Disebabkan nak kurus ni,muncullah para gadis dengan fenomena eating disorder atau anoreksia iaitu memuntahkan kembali makanan yang telah dimakan,,ehhhyuuu,,baik ngko tak payah makan terus.

Mehh kita nengok gambar akak Twiggy nih,,
hahhhh nampakkan,,kurusnya,,tapi aku tak tau laa yang ni kak Twiggy time tu,,uolls cari laa sendiri ehhh,,hihi,,tu pasal aku lagi suka cute,,comel,,tak suka cantik,,cantik ni macam-macam,,lagi best kiut-miut nih,,



hahh amek hangg gambar aku yang kiut-miut nihhh,,wahahah,,yeahyeahyeah aku tau aku perasan tahap gaban,,hihi,,tapi siapa lagi nak perasankan diri kita melainkan diri kita sendirikan,,so puji-puji laa diri uolls yang comel itu,,tapi ingat jangan sampai jadi riak okay,,

Okay laa sampai sini jek kali nih,,bye assalamualaikum,,wehh share laa sikit kuih tu ! lapar nih !

Monday, 18 February 2013

Anak Gadis 9 Tahun Lahirkan Anak

Dear Shoko's,

Assalamualaikum and hi,,apa khabar uolls?sihat tak?siapa yang dok makan ke minum ke cepat-cepat laa jauhkan dulu takut tersembur lak nanti,,habis pulak gajet uolls nantikan,,maklum laa nengok laa tajuk entry kali ni,,tak ke terkejut tahap gaban bila baca,,what?!!Budak 9 tahun dah lahirkan anak?biar betul ngko?ke ko saja-saja je ni?bhahaha,,ko mencarut ehh,,hey uolls this true story,,

Cerita ni berlaku di Mexico,,budak ni dia lahirkan anak dia pada 27 JANUARI 2013,,ek eh baru lagi tu uolls,,and kalau uolls nak tau dia dapat baby girl taw,,mesti comelkan,,masa dia pregnant umur dia ni 8 tahun suami dia pulak 17 tahun??aikk macam mana tu,,huhu

Yang sedihnya masa melahirkan papa kepada baby tersebut hilang,,seluruh keluarga perempuan tu cari tapi sampai sekarang tak dapat dikesan,,ehmm ke mana laa pulak papa dia ni pergi,,takkan laa tak ada hati perut,,sanggup tinggalkan anak bini tu,,

Semasa proses melahirkan,pihak hospital terpaksa melakukan Teknik C-Section sebab itulah yang terbaik buat si ibu yang baru berusia 9 tahun itu,,walaubagaimanapun,si ibu dibenarkan juga pulang ke rumah tetapi masih dalam pemantauan pihak hospital,,ye lakan tengoklah usia ibunya,,dekat tempat kita ni budak seusia ni masih lagi main ten-teng laa,main anak patung laa,,

Ehehh Teknik C-Section tu apa ? macam mana ? hihi sorry aku pon tak tahu,,nanti kita tanya kak Fatin Liyana ehhh,,

Credit to: http://www.mazeermohamad.com

Tuesday, 5 February 2013

Kak Fatin Liyana yang COMEL

Dear shoko's,

Assalamualaikum,,hai kali ni aku nak cerita pasal novel SARANGHAEYO ARUMI ! alahh macam tak best je cerita tu,,hey don't judge novel by its title okay,,hahaha walaupun sebenarnya title dia sangatlah wow,,comel gitu,,yang paling best,cover novel tu akak FATIN ! sapa laa yang tak kenalkan,,kpop girl versi muslimah gitu,,sangat comel taw,,sesuai sangat dengan jalan cerita novel tu,,nak tau lebih lanjut pergilah berkunjung ke bookstore berhampiran anda,,tapi aku share sikit-sikitlah pasal novel ni,,novel ni kisahnya ayuni ni anak seorang makcik yang ada cafe,,cafe dia ni sangat comel tau,,ayah dia dah lama meninggal dan dia ni ada adik kembar taw,,arumi tu pulak anak orang kaya yang tak nak tunjukkan diri sebenarnya dekat orang ramai,,kira macam sombong jugak laa,,selalu cari pasal ngan ayani,,alaa korang kena baca jugak cerita ni,,best taw ! mehh nengok sikit novel ni.




#sorrylah korang blur-blur,,maklumlah digital camera saja,,hehehe,,comelkan cover dia.












Monday, 4 February 2013

Kuih Lapis Kacang Hijau

Dear Shoko's


  Hello uolls hari ni aku nak share lah sikit resepi bonda tercinta,,walaupun resepi ni baru cuba alhamdulillah menjadi.Siapa yang pernah rasa kuih ni mesti tau rasanya macam manakan,,bolehlah buat kuih ni,,jadi pukul 6.30 petang tu bolehlah tengok cucu menantu sambil tangan menyuap kuih ni,,so,what you waiting for,,let see the recipe now !!!

Bahan-bahannya

Bahan A
1)200 gram tepung kacang hijau.
2)50 gram tepung hoon kwee/tepung kura-kura.
3)40 gram tepung kanji.
4)1/2 sudu garam
5)1 sudu teh perwarna hijau.

Bahan B
1)300 gram gula melaka.
2)100 gula halus.
3)2 helai daun pandan.
4)800 ml santan pekat kara.
5)400 ml air
6)Loyang empat segi.

Cara-caranya
1)Satukan Bahan B.Masak sehingga gula larut.Ketepikan.
2)Satukan semua Bahan A kecuali perwarna didalam mangkuk dan tuangkan Bahan B tadi.Kacau rata dan tapis.
3)Bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu bahagian asal dan satu bahagian lagi masukkan perwarna hijau.
4)Setiap bahagian pula dibahagi 2.Tuangkan satu bahagian warna hijau dan kukus selama 10 minit.
5)Apabila masak ambil satu bahagian warna asal dan tuangkan ke atas
 lapisan pertama tadi.Kukus selama 10 minit lagi.Ulangi proses mengukus dengan di selang selikan adunan.sekiranya selepas 15 minit terdapat takungan air di permukaan lapisan hendaklah dikeluarkan air tersebut.Ini adalah kerana mendapan kacang hijau dan air dari kukusan yang terbentuk dipermukaannya.Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air dari menitik untuk lapisan yang terakhir kukus selama 25 minit sehingga masak.



 Nampak tak hasilnya?Cantikkan,,hijau-hijau gitu,,okay uolls mama aku ada pesan kalau korang tak suka manis-manis ni kan,,kurangkan gula halus tu ataupun tak yah guna langsung,,so apalagi korang test lah resepi ni !hehe








 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page