Tuesday, 31 December 2013

Apabila Diri Kembar Si Kerdil

Dear Shoko's
Tak kisah apa pun terjadi aku nak jugak update entry tarikh hari ni..Ya laa pukul 12 nanti dah tak adanya 2013..Dah masuk alam lain bak kata rakan-rakan di facebook yang sibuk dok update status jangan masuk toilet pukul 11.59 malam..nanti anda akan berada di alam lain..Bukan sorang tapi berjuta-juta lemon dok update benda yang sama.Aku yang tau usha status orang ni hanya mampu buat muka cinderella yang sedang monyok tak dapat pergi party si tuan raja yang kacak.hehe okay-okay stop nanti kena carut padan muka..hahaha

Kenapa samakan diri dengan si kerdil? Sebenarnya bukanlah aku sendiri yang menyamakan diri yang comel ini dengan si kerdil.Tetapi makhluk-makhluk ciptaan tuhan yang berada di sekeliling aku.Pada awalnya tak terniat langsung nak share pasal benda ni dekat Shoko's sekalian.Tapi diri ini dah tak mampu nak menanggungnya.ececehh ayat boleh pergi mandi dekat laut.Ahahahaha aku rasa benda ni kena share jugak nanti bolehlah cucu-cucu tahu dilema nenek diaorang ni.



For me,apa salahnya jadi kecik? Apa salahnya jadi ketot? Apa salahnya jadi pendek? Apa salahnya jadi kerdil? Aku pun tak tahu nak describe benda ni macam mana.Walhal kalau aku nampak orang tu debab tak ada peliknya pulak dekat situ.Orang yang debab okay lagi ayat-ayat yang di lontarkan tak adalah yang pelik-pelik dan terlalu pelik..ahahaha kita boleh terima.Diaorang hanya susah untuk mencari size baju.Lagi-lagi masa sekarang ni,banyak je butik-butik yang ada plus size,tak perlu risau.Kau pilih je yang mana berkenan di hati kau yang suci lagi murni tu Mak Jemah.Tapi pada spesis yang macam aku..Kauu ayat..macam setahun je kau tak nak keluar rumah.Sebabnya tak nak lagi nengok muka orang yang dok caci kita..

Dulu time di sesi persekolahan..Amboii macam dah 10 tahun tinggalkan alam persekolahan.Bab aku paling tak suka bila time cikgu addmath aku.Ada je laa idea dia nak kenakan aku.Termasuklah bab ketinggian aku.Bila aku fokus buat latihan yang dia beri ataupun salin jawapan yang sudah diberi,dah tiba nak padam whiteboard tu mesti dia suruh aku."Yes NADIA tolong saya padam board tu"..Dah laa dia ni tinggi mestilah tulis tu sampai ke atas..Aku ni pun tetap berusaha jugak padam then bila dah habis bahagian bawah tu aku terus balik pergi tempat duduk aku.Tapi..."Nadia kenapa tidak padam sampai habis.Pergi padam sampai habis sekarang,kalau tak sampai pergi ambil kerusi tu panjat." Rasanya time tu jugak aku nak mengalirkan air mata yang murni ini.Kenapa ketinggian aku dipertikaikan..Haihhh sir nasib baiklah hang handsome..Hari tu dia nyanyikan lagu tetap menantimu untuk aku..How sweet you Kim Wo Bin sesat..haha terus dendam yang selama ini terbuku di hati lenyap begitu sahaja.



Inilah saya hanya mempunyai ketinggian 148cm..Belum lagi part nak beli baju.Asal beli baju,lagi dress or jubah mesti kena suruh kakak jiran sebelah rumah punya sepupu-sepapat potongkan.Barulah seorang Hanny Nadia bergaya mengenakan dress yang menampakkan dirinya ayu menawan.ahahaha sungguh parah macam ni.Bajet mesti lari pergi bayar tailor je..Kesian mama..hehehe



Hahaha kann kecik je kan aku.Kecik itu comel..ahaha nak sedapkan hati sikit.Okay laa dah malas nak merapu..Good night..Happy New Year Shoko's..

Friday, 20 December 2013

Kalau Hari-Hari Macam Ni Kan Best !

Dear Shoko's Alamak rindunya dekat belogg yang gedik ni..ahahaha ada ke belog gedik?? Ahhh semestinya ada..Blog Shokododolls laaa sapa lagikannnn..ahahahaha peacee!! Ni bukan pasal cara nak dapat duit empat angka sebulan tau..hehe..Alright apa dia yang best sangat tu sampai nak hari-hari..Macam makanan pulak lagaknya kannn..Well chill laa tak semestinya makanan kot kita nak hari-hari.Lagi-lagi orang perempuankann..Betul tak betul tak??Okay tahap kegedikkan Ketua Kampung Shokododolls dah melampau nihh..nak kena sumbat pavlova kot dekat mulut..ahahaha Okay,straight to the point..Anak-anak sekalian,apa yang aku nak hebohkan dekat sini adalah pasal MODBOX..Okay apa itu MODBOX..Modbox ni dia macam hishop jugaklah,menjual macam-macam brand kecantikan..Tapi..tapi..yang bestnya dekat MODBOX ni,kau boleh beli sample dulu.Sebab apa aku kata sample ni best,kau boleh try dulu sama ada product tu sesuai dekat kau ataupun tak..Bila dah sesuai plus minat boleh laa beli yang besar punya..Gila tak bestkan?ahahaha Berapa harga nak beli sample ni?Okay dengan bermodalkan RM 9 sahaja kau boleh dapat 3 sample sekaligus..Macam mahal sangat sampai guna word modal..hahaha..Dan sample-sample tu pulak kau boleh pilih mana satu yang kau berkenan..

Hahh macam ni rupa bentuknya bila sampai nanti dekat depan rumah cik adik yang manis sekalian..Comelkann,cenonet je ngupanyaa..hahaha jom tengok apa yang aku pilih nak try gituu..






Hahh tu laa sample-sample product yang aku pilih..First sekali tu hand cream,second tu pulak toner dan yang last sekali Ronasutra..Ye laa aku ni asyik pakai loose powder brand avon yang model dia kak Loopa tu..Alahaiii bajet Neelofa sangat aku nihh kann..ahahaha..sekali-sekala nak test jugak brand yang lain kann.Nak beli yang besar takut tak pakai jugak nanti.Membazir duit aku jugak nanti..Dah tu kena bebel mama pulak nanti..huhhh tak maw tak maw..So ambil laa peluang keemasan ni.. Bukan tu saja,dalam box tu dia ada sediakan jugak artikel pasal product yang kau pilih tu..siap ada pasal product lain pulak tu..macam ni..

Macam ni laa rupa MODBOX yang aku dapat..tadaaa bestkannn..

So tunggu apa lagi,meh ramai-ramai pegi laman web MODBOX..Dah klik?..Okay after that better kau register dulu kalau tak ada akaun lagikan..So mudah laa nak tau pasal perkembangan MODBOX nantikann..Pastu klik HOME dan pilih GET BEAUTY BOX..KAu klik GET START dekat bawah tu okay..Then pilihlah barang yang kau nak..okay? Pastikan Rm 9 tau..nanti jangan nak marah aku pulak kalau lebih..hehe chill..Dah tu isi laa borang penghantaran dan bayar online.Kan senang ?hehe.. Dah selesai semuanya,tunggulah box kau sampai.Dia memang tak bagi number tracking.Tapi tak yah laa risau box kau akan selamt sampai dekat depan rumah tak pun ambil laa dekat post office..okay? Muka bila dah sampai box..Ada mimik muka terkejut tak?ahahaa janganlah carut aku.Aku memang suka conteng muka..ahahaha..tata

Wednesday, 2 October 2013

Awas ! Berwaspada Dengan Tawaran......

Dear Shoko's Aku rasa terlalu banyak entri yang terpaksa ditangguhkan.Memandangkan sekarang ini adalah hari-hari terakhir seorang perempuan.Tapi aku rasa lupakanlah dulu pasal entri yang tak dapat nak buat tu.Benda ni lebih penting daripada duduk nengok drama SAHABAT sambil minum Innershine. Okay,berbalik kepada tujuan entri ini di buat,aku sebenarnya nak bagi pendapatlah dekat korang.Tapi sebenarnya bukanlah pendapat,malah lebih daripada itu.Bahasa yang paling tepat digunakan adalah nasihat.Actually,aku saja je letak titik banyak-banyak dekat title tu.Nak bagi suspen gitu..bajet berita tergempak pada abad ini.Kalah cerita pasal Che Tah kena risik Zain Saidin.Hahaha.. Seperti yang korang sedia maklum,internet sekarang ni sangat penting tak kira umur.Ko tua ke muda ke.Even atuk jiran sepupu-sepapat tu pon guna Blackberry uolls.Siap main bbm,wechat,line,kakaotalk,twitter and facebook.Nasib baik tak ada blog.Kalau tak mesti dia lagi popular dari blog aku yang tak seberapa nak best ni.bhahaha..Sebab jaringan sosial yang berjuta-juta lemon ni laa ada orang yang tak berapa nak betul cuba mengambil kesempatan dengan menipu orang ramai. Seriously aku cakap,benda ni dah semakin berleluasa pulak.Dan tawaran yang aku cakap tu bukanlah tawaran hang dapat masuk Universiti atau kolej ka.Yang tu memang tak pernah laa orang dok tipu.Kalau ada pun kolej-kolej yang tak dapat pengiktirafan lagi..kan..Yang ni tawaran ni berbentuk hadiah..Yes! HADIAH...Sapa tak nak bila orang offer nak bagi kau sebiji banglo berserta 15 orang bibik.kannn tu tak termasuk lagi sebuah kereta sport dan seketul DUCATI..ehh betoii ka jugak ejaan aku tu.Ahhh lantaklah.
Rehatkan dulu mata korang yang comel tu Yang ni serious aku cakap,memang tak tipu.Aku dah kena dekat batang hidung sendiri.Aku kena dekat facebook laa.Dia inbox aku then cerita macam-macam.Aku layan je laa.Orang berbudi kita berbahasa.Tak gitu akak ? ngeee..Okay focus! Aku stalk laa fb dia nak nengok dia ni made in mana kan..Stalk punya stalk dia berasal dari Miri,Sarawak dan sekarang tinggal dekat London.Aku apa lagi,mula keluarkan kepandaianku dalam berkelakar Sarawak.Alih-alih dia minta aku speak in english like before.Aku dah mula syak dah dekat mamat boleh bla ni. Tak lama lepas tu dia cakap nak bagi aku gift.Siap nak bagi DSLR ngan Ipod kauu..Aku ye ye kan je laa.Kemudian,dia minta details aku,alahh macam detail yang butik Cala Qisya nak bila korang nak beli baju dia tu.Memang tak laa kan aku nak bagi.Aku suruh dia snap picture ipod ngan dslr tu.Boleh pulak dia bagi picture dari GOOGLE.Time ni aku memang gelak sambil guling-guling dah.Macam monyet yang tak ingat dunia kau..Aku pun bagitau laa dekat dia baik-baik yang aku tak nak gift tu.Then boleh pulak dia mengamuk lepas tu marah-marah dekat aku. Part tu memang tak best.Apahal pulak dia nak marah dekat aku kan.Sepatutnya aku laa yang patut tunjuk rasa tak puas hati aku nih..Dia yang block aku dulu.Tak menyempat nokk aku pegi block dia.Takutlah tu kan.Aku bersyukur sangat tak terjebak jauh lagi.Nasib baik jugaklah aku dah baca entri ni.Thanks bro..So berwaspada laa kita bersama-sama.Jangan mudah percaya dengan orang yang sebegini.Tak adanye orang nak bagi kita free-free barang mahal.Lainlah family atau kawan kita sendiri..tata

Monday, 26 August 2013

Senyum Seorang Diri

Dear Shoko's,

Assalamualaikum and hi..haha nak sambung cerita raya tapi tak ada masa pulak.Sebabnya bila dah buka cerita pasal raya mesti tak cukup masa.Al-maklumlah nak cerita pengalaman raya yang panjang berjela-jela.Nak juga letak dekat belog nih.Dengan harapan anak-cucu bacalah entry nenek diarong yang comel lagi ayu ni.bhahaha.

                                                     Tak tahu kenapa suka buat muka macam ni..

Rabu lepas aku tak datang kelas.Sebabnya hari selasa tu balik jah terus demam.Rasa badan hangat semacam.Tengah nengok Boys Over Flower yang entah kali ke berapa.Rasa suhu badan makin tinggi pulak.Sejuk semacam je.Apa lagi kenalah bebel makan ubat.

Aku paling tak suka bila kena makan ubat yang bapak besar.Lagi-lagi saiz kebesarannya macam vitamin orang kurang darah yang khas untuk mummy preggy tu.Aik macam ada pengalaman je.Haha memang ada pun.Tapi seriously aku tak minum pun vitamin tu.Sia-sia mama beli dekat klinik khas untuk aku.Shuttt diam-diam jangan sampai mama aku tau.

Malam tu pulak mama tanya.Hah ni esok mesti tak pergi kelas kannn?Mama dah agak dah..Alaaa mama ni kalau badan sihat pergilah.Dahlah esok ada masa si Najip Ali tu.miahaha..lepas makan ubat terus masuk dalam bilik.Ambik phone then dapat idea hah better message si orang tua ni.Nanti esok mesti sibuk tanya orang mana aku pergi.Risau laa tu an.

Alih-alih aku tak nengok pun dia reply.Manalah nak laratkan.Dah makan ubat demam.Mestilah lemah semacam.Yah disebabkan aku tak datang kelas,terpaksalah hambur kata janji beri dia biskut raya yang aku dan mama buat khas.Tak ada dekat orang lain tauu!!haha

                                                               Gambar lama tapi suka sangat


Tak sabar nengok maybe dia geram dekat kuih-muih yang aku bawa terus.Terus dia buka and makan sepuas-puasnya.Makan lepas tu buat muka comel..Oittt nak goda aku ka hapaaa..Benci tau..hahaha..Ekehhh got to go laa shoko's,,later sambung lagi ehhh!!!tata

Monday, 19 August 2013

Cerita Raya:Bahagian 1


Dear Shoko's,



 

Auchakkk haha.Sebelum terlambat aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI maaf zahir dan batin kepada awak-awak semua yang disayangi.haha buhh ayat..boleh blah..haha

By the way,apasal laa aku letak gambar bunga yang comel tahap gaban ni mula-mula kan.haha motif?Okay sebenarnya saja je.Bunga ni bunga baru jugak kakak aku beli sebelum raya hari tu.Kiranya masa bulan puasa laa.Haha biasalah adik-beradik bila bershopping kann..

Okay apa dia cerita raya pertama aku nih.Huhhh mula-mula mestilah masa balik kampung.Dua hari lagi sebelum raya kami sekeluarga bla dah belik kampung.Bhaha sebabnya mama black aku ada buat kenduri.Tak syok laa babe kalau tak merasa lauk kenduri yang perhhh menjilat jari wohhh..apa lauk dia?hahhhh udang masak kari,ikan masak tiga rasa,udang sambal,ehh banyak lagilah.yang paling penting perhhhhh...


       
haha mempersembahkan saya si gigi bertaring.aummmmmm hahaha awass..okay cuba teka pukul berapa kami tidur untuk buat persiapan hari raya keesokan harinya.Pukul 2.30 pagi okay.Cuba kau orang bayangkan cucu-cucu sekalian.Betapa pandanya aku ketika itu.hahaha

Tapi nasib baiklah kakak aku yang cantik lagi manis ni ada beli mask untuk bawah mata then pakai bedak tanaka.Hahaha hasilnya terhapuslah sisa-sisa hitam di bawah mata daku yang kadangkala kelihatan comel ini.bhahaha..gedik kan aku.Nantilah aku tunjuk..Bye nak study dah.Al-maklumlah dapat inspirasi dari sweetheart.bhahaha



Tuesday, 30 July 2013

The Body Shop Menjadi Pilihan

Dear Shoko's

Eeee tak sabarnya tak sabarnya.Tinggal beberapa hari lagi sebelum kita meninggalkan bulan ramadhan.Ya dalam daku bergembira kekadang sedih jugak.Ya laa bila lagi nak rasa nikmat berpuasa kalau bukan dalam
bulan ramadhan sajakan.Tahun depan baru boleh rasa balikkan.

Hah...dalam padaku gembira kadang-kadang sedih juga.Eh apa hal tetiba nyanyi lagu Be Mine nih.Eh betul ka title lagu tu?Ahhh lantaklah.Okay sebenarnya macam ni.Sebelum raya semua orang nak buat persiapan menyambut hari raya aidilfitri yang mulia.Termasuk jugalah aku yang kiut ni kannn.Well janganlah jealous.Bhahaha ada jugaklah aku kena free penumbuk ni..haha


Baju raya dah ada,wedges dah ada,handbag pon ada.Hah! Cerita pasal wedges ni kan.Sakit hati aku.Tak dapat aku nak merasa high heels di pagi raya.Mama laa tak bagi nanti aku jatuh laa..blablabla.Tapi keputusan ibu adalah sebaik-baiknyakan.Haha ayat penyedap hati je.

Semua dah ada.Tapi aku rasa macam ada yang kurang lagi.Hmmm apa eh??HAHHHHH of course la makeup! Wehhh penting kot benda alah tu semua.Haha tak tacap tebal-tebal pon.Nipis-nipis dah cukup.Biar natural gitu.So pilihan aku kali ni brand dari The Body Shop !!


See nampak natural jugakkan.Kalau tak nampak tak tahulah nak cakap apa.Tidakkah anda lihat mak serta anak-anak jerawat dekat muka daku yang gebu itu.Haha tima dekat nak raya jugak dia nak keluar.Mengada betullah.hihi

Apa yang aku conteng dekat mukaku ialah..jengjeng.


Ya ketiga-tiga benda ni sangat penting untuk aku pada masa ini.Terutamanya benda colour orange tu.Sangat best weh.Hah benda kedua tu pulak lagilah penting.Lagi-lagi masa puasa ni.Bibir kita kering je kan.So,kena laa oles lips balm sikit.

Jangan pulak guna saliva untuk basahkan bibir.Tu salah.Bibir akan bertambah kering nanti,,lagilah bahayakan.So gunakan lips balm.Boleh pilih brand yang anda suka.Lip Ice pun okay jugak.Tapi aku lagi suka brand daripada The Body Shop ni.Sebabnya dia tak colour pun.Lepastu ada rasa pulak tu.Bau dia pon wangi je.

Benda ketiga tu pulak eye shadow plus blusher plus highlight.Fuhh jimat weh kalau beli benda ni.Beli satu tapi kegunaannya sangat banyak.First pun aku tak tahu jugak.Tapi ya laa apa laa gunanya pekerja dekat body shop tu kalau tak dapat membantu pelanggankan.So kita yang pelanggan ni amek laa peluang sebaik mungkin sebelum beli sesuatu barang tu.Nanti tak laa menyesal di kemudian hari.Betul tak?


Monday, 15 July 2013

Baju Raya dari Minaz !! WOW

Dear Shoko's


Hi assalamualaikum.Rabu.Khamis.Jumaat.Sabtu.Ahad.Isnin.Nampaknya hari ni kita dah masuk hari keenam dalam bulan ramadhan.Patutlah aku rasa macam dah kurus.haha serious wehh skirt aku macam dah longgar sikit.Tak sedar dah masuk hari keenam.

Maknanya,tak lama lagilah nak rayakan.So,mestilah nak buat persiapan bagaikan.Amboi,macam nak buat persiapan kahwin pulakkan.Bhahaha,yang tu nanti belakang cerita.Mana nak pilih baju raya,mana nak pilih tudung.Semua kena pilih.

Semuanya untuk memuaskan hati supaya nanti tak adalah dialog yang tak berapa happy nak dengar terkeluar dari mulut ni."Ish,menyesalnya aku tak pilih colour tu.","menyesalnya tak beli baju design tu" macam dialog ni.Haha sebab tahun lepas dah keluar.Ni pengalaman laa kononnya.

Jadi,anak-anak sekalian pandai-pandailah pilih ya.Yang penting dapat memuaskan kehendak hati anda.Aku baju biasa-biasa jah.Aku beli kain langsir untuk buat baju kurung.Kain untuk buat baju langsung tak dapat menarik perhatian dahku.Okey sumpah tak kelakar langsung!haha

Kalau nak cari baju-baju yang lawa dan uptodate..macam baju dekat bawah ni..


Yaaa inilah diaaaaaaaa koleksi baju dari minazboutique !! Ya aku juga jatuh cinta dekat design-design baju diaorang yang sangat comel ala-ala Korea gituuuu..Jangan risau mereka juga ada saiz untuk yang chubby-chubby.

Yang macam aku cenonet nih tak ade hal punyalah.Kalau panjang dekat bahagian skirt tu boleh mintak mak cik sebelah rumah tolong potongkan.Apa yang lebih penting kita boleh jadi gorgeous plus cute di pagi hari raya nantikannn.hihi

Aku sangat minat dengan yang ini.Bolehlah feeling jadi cinderella di pagi syawal nanti kannn..Kenapalah ada orang yang begitu kreatif buat design sebegini rupa.Geram taw..

Hahaha actually aku tak beli baju dari minaz nih sebabnya duit tak berapa nak cukup untuk beli sehelai baju yang cantik tu.Nanti-nantilah baru dapat merasa baju dari minaz nih,sabar dulu wahai cik hati.hehe..Sesiapa yang ada hati ataupun berminat bolehlah ke website atau facebook minazboutique.Klik saja link yang berwarna-warni itu.Dan sediakan duit anda dalam RM200 lebih.Pilihlah yang mana suka.Harga berbeza mengikut design ye.Tak apa yang penting hati puaskan.

Tuesday, 9 July 2013

Boleh Ke Anak Dara Guna Sumber Ayu ?

Dear Shoko's

Ya Allah tak terasa yang kita ni umat Islam dah masuk bulan Ramadhan.Rasanya macam baru je lepas puasa then sambut raya.Tuptup dah masuk bulan Ramadhan balik.Nak puasa penuh ke tak eh?Amboiii banyak laa ko punya mengada-ngada.Tak de nak pilih-pilih ni.

Tapi aku rasa bulan Ramadhan kali ni agak menyedihkan dan menghibakan.Eh bukan sama je ke maksudnya.Hahaha lantaklah.Bukan apa bonda terchenta sakit.Bukan mama kandung tetapi bonda.Ya Allah kenapa kau bagi cubaan sebesar ini kepada hambamu yang hina ini.

Aku hanya mampu berdoa agar bonda cepat sembuh.Semua datang daripada Allah.Semuanya kehendak Allah SWT jadi kita sebagai hambanya kena terima dugaan yang datang.Ini juga di kira sebagai ujian di bulan yang penuh keberkatan ini.Mudahan-mudahan semakin mantap laa iman kita semua.

Amboiiii panjang pulak tazkirah kita hari ini ye anak-anak yang comel sekalian.Ekeh dah menyimpang jauh pulak daripada tajuk asalnya.Hahaha itu sebagai mukaddimah di awal Ramadhan ini.Yaaaa

Aku terfikir boleh ke anak dara nak guna Sumber Ayu yang pembersih bahagian intim orang perempuan tu.Alaa yang iklan Ayu Raudhah tu.Aku terpikat pulak dekat produk tu masa membuang masa dekat Watson hari tu.

Sebab sekarang ini aku guna Avon feminine wash.Memang best jugaklah tapi dia tak berapa wangi.Aku nak yang wangi-wangi.Lagi best kalau wangian yang fresh tu.Rasa nyaman sehingga petang kot.HihiPersoalannya boleh ke??Hmmmm tolonglah aku..please.......


Monday, 8 July 2013

Hari Rabu Kita Sudah Berpuasa

Dear Shoko's

Assalamualaikum.Tak jawab dosa kalau jawab sayang....hahaha.Hati sangatlah berkobar-kobar menunggu pengemuman dekat tv bila kita akan berpuasa.Sambil-sambil tu sementara menunggu aku pun online laa pasebook.Ya laa nak tau jugak perkembangan semasa.Sambil menyelam minum air ribena.

Aku pun tak tahu apa yang tengah hot sebab masing-masing dengan 'What's on your mind'.Something like that laa.Beberapa minit kemudian abang pembaca berita tu bagitau sudah tiba masanya pengemuman tu.

Setelah diperkenankan oleh duli-duli yang mulia dot.dot.Melopong mulut aku mendengarnya.Bukannya sebab apa.Aku tak berapa nak semangat nak berpuasa.Tak berkobar-kobar macam beberapa tahun sebelum ini.Bukan sebab aku dah besar dan dah boleh jadi ibu orang.Bwekkk geli babe.

Orang yang bagi pengemuman puasa tu dah lain.Kalau tak silap aku dari tahun lepas lagi.Rindu sangat-sangat dekat dia.Rasa macam best sangat.Cara dia cuba sampaikan tu memang berkesan sampai masuk ke dalam lubuk hati yang paling dalam.Langsung tak tersesat jalan.Peta yang dibagi sangat berbaloi.

Petang tadi tetiba datang rajin aku nak buat kuih untuk minum petang.Sebenarnya tak rajin pun mengidam nak makan je.hahaha mengada-ngada betulkan aku.Aku buat roti jala.Amek resepi FATIN LIYANA yang super duper cute and gorgeous.

Eksitedd kot aku buat dengan penuh kusyuk lagi kaww.Dah buat beberapa keping baru aku ingat yang aku lupa bubuh garam.Ya Allah macam mana ni..hahaha last-last aku bubuh garam dekat adunan yang belum di letak dalam kuali.hahaha gelak jahh aku.

Dan yang paling best lagi aku langsung tak pandai nak guna acuan roti jala tu !! Serious ya sampai abah aku cakap ni bukan roti jala Dia ni macam lempeng,,bahahaha sampai hati abah cakap anak abah yang comel ni macam tu.Mama pun apa lagi terkocoh-kocoh laa masuk dapur.

Ya Allah kenapa Dian buat macam gitu ?? hahaha aku gelak jah..Ishhh malulah nak share gambar roti jala tu..By the way SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN cucu-cucu yang comel sekalian.Puasa penuh taw bagi kaum adam.Kalau kau hawa dapat A.B.C...Good Night






Monday, 1 July 2013

Fake Account

Dear Shoko's

Entri sebelum ini aku ada cerita pasal Aurawahite InnerShine Camu Camu.Amboi berlagaknya kan aku kononnya entri sebelum walhal semalam je.Masuk semalam dah dua hari aku minum.Dan dalam dua hari ni aku rasa badan aku rasa lain macam sikit.

Bukanlah rasa nak sakit.Tapi rasa badan makin segar dan ringan.Ringan? Macam mana tu? Eheh ntah laa aku pon tak tau macam mana nak bagi imagine.Kena minum sendiri barulah tau.Aku rasa diri kini semakin putih jugak.Haha okay yang ni tipu.Takkan laa dalam masa 48 jam dah jadi putih.

Stop cerita pasal cantik-cantik ! Okay yeah berkenaan fake account ni.Bukan account blog or twitter but facebook.Ya pasebookk tu bak kata Johan.Actually bukanlah orang tu buat fake account dengan menggunakan picture aku.

Memang tak laa kan.Aku bukannya orang famous yang lagi amous tu sampai ada orang yang baik hati nak signupkan account facebook.Tapi si faker ni babitkan aku pulak.Tak tahulah apa motif dia buat macam tu.Si dia cakap mungkin dengki.

Amboi nyah teruk sangat kau nak jatuhkan si dia.Kalau dengki ka apa ka sekalipun janganlah buat sampai macam tu sekali.Walaupun sebelum ni dia teruk janganlah kau ungkit balik masalah dia tu.Aku sangatlah tak suka orang macam ni.Kenapalah kau tercipta di dunia yang indah ini.



Aku adalah orang pertama dia add rasanyalah dan aku yang tak tahu apa ni confirm laa.Ya laa nama dan juga gambar dia adalah si dia ni.Jadi first person yang confirm pulak tu.Wahaha.Dia IM laa aku.Memang super duper sengal laa mamat tu! I hate you.

Aku pon mengadu laa dekat si dia.Si dia cakap mungkin orang tu dengki dekat dia dan jugak aku.Saja laa tu.Kitak jeles ya faker gilak ? Apa nak jeles-jeles ni.Rilekk sudah.Huhhhhh capek dehhh.Oh yah macam mana tadi dengan Encik 'Najip Ali' ? wahaha

Dia asyik pandang aku jah.Hahaha tak ada laa.Dia buat tak tahu je dekat aku.Merajuk laa tu pasal hari tu.Hahaha tata

Sunday, 30 June 2013

Aurawhite Buat Ayam Yang Aku Makan Tersekat di Kerongkong.

Dear Shoko's



hahaha saja nak tempek gambar bila tengok rasanya kalau boleh minum aurawhite perisa coklat empat kali sehari.Tu pon rasanya tak berkesan lagi.Ya laa muka mekap jah lebih,patut laa cantik menarik kau memang the boom.Eh cantik ke?haha no comment.

Cantik tak cantik yang penting aku suka gambar ni.Ya laa kena laa mekap sikit biar ada seri laa jugak muka Dian ni kan.Nak minum aurawhite memang tak mampu serious cakap.Haha tapi beli eye shadow simplysiti mampu pulak.

Simplysiti tak laa mahal sampai mencekik darah weh.Lagipun,beli sekali tahan sampai setahun ataupun lebih.Bukannya kena pakai hari-hari pun kan.Tapi kalau beli aurawhite dan start minum memang laa pokai.Aurawhite kena minum dua kali sehari.Kalau tak silap.Hahh satu jar tu berapa jah kan.Tahan pon sebulan dua bulan jah.

Lagi satu kalau dah minum aurawhite ni tak boleh stop.Sebab kalau stop kemungkinan ada risikonya.Bukan nak buruk-burukkan tapi realitinya.Kawan Dian ada minum.Fuhh masa dia minum memang muka dia halus bersih,gebu dan putih.Tapi dia berhenti atas sebab tertentu,mungkin bajet tak cukup.Muka dia dah tumbuh jerawat dan teruk jugaklah.

Hah tak nak cakap lebih,faham-faham ajelah.Itu sebabnya laa aku tak minum.Bila dah minum mama aku cakap tak boleh stop.Nanti...hah! Muka yang mulanya putih mulus halus gebu bertukar ke muka zombie kampung pisang.hihi




Memanglah betul kesan dia ni super duper mujarab ! Tipu laa kalau aku tak ada hati dekat aurawhite ni.But I super duper hate the price !! Jahat laa awak ni !!


Cantikkan.Tapi mama cakap orangya memang cantik so bila dia minum aurawhite tu makin bertambah laa keseriannya.hihi,,Tapi.Tapi.Tapi kepada awak-awak yang nasibnya sama seperti Dian.Ececeh,,haha,,I mean yang tak ada kemampuan nak beli aurawhite,bolehlah cuba.....jengjengjeng....


Ya inilah dia InnerShine Pati Prune Camu Camu.Wahaha sangat teruja dengan yang ini.Dan buat aku rasa jatuh cinta saat pertama kali menyentuh lidahku.Wahaha.Semalam pergi Watson dengan mama.Mulalah saat pujuk-memujuk.

Dian:Mama aurawhite kan mahal,apa kata mama belikan Dia innershine camu camu boleh cantik macam
        Izara Aishah.

Mama:Eamm?Okay tapi tengokkan dulu Safi Rania Diamond nih.Mana satu yang okay?Mama mau jadi
           macam Ziana Zain.

Haha pasal tu no prob laa mama yang penting dapat innershine.And yah mama aku pun dah jatuh cinta dengan safi rania diamond.Sebelum ni mama guna safi rania gold ala yang Che Tah tu.And memang berkesan jugaklah.Ditambah lagi sekarang mama minum cocoa collagen.Dan sesiapa yang dapat nengok mama fuhhh meletop dah !!! Mama semakin putih nokkk!!

Jeles nih,,and alhamdulillah dapat beli.Semalam dah minum satu..Hihi malam nih tak minum lagi..Okay laa nanti aku sambung lagi..Nak minum INNERSHINE CAMU-CAMU !! btw esok ada meeting dengan 'Najip Ali" !! wahahaha,,tata

Tuesday, 25 June 2013

Baim Wong Bercinta Dengan Elfira Loy,,Are You Serious ?????

Dear Shoko's

Ini yang tak puas hati ni.Macam mana laa El boleh dapat,,haha actually tak jealous pon.Semoga berbahagialah ye.Macam mana aku tau?Semalam dekat MELETOP mereka dedahkan.Sampai Neelofa tanya dua kali kot.

Haha seriously mengaku dalam show live lagi.Nak buang tebiat ka apa?Haha alaa biarlah kan.Nasib baik Baim Wong kalau Lee Dong Wook tadi meang cari hal laa tu.Haha By the way semoga berkekalanlah ye.

Sunday, 23 June 2013

Selalu Berangan Dapat Suami CEO

Dear Shoko's

You are my poison.You are my poison.haha,,apa laa der ko merepek.Tapi best lagu nih,,dengar lagu nih tetiba teringat pulak dekat anak buah yang comel lagi manja Amani.fuhh teringat pulak dia menari bila dengar lagu Poison ni,,siap gerak-gerak bontot lagi..haha macam cinta hati si Donald Duck laa pulak.

Huhh berbalik kepada matlamat sebenar entry ini diwujudkan pada hari ini,ya aku selalu berangan-angan dapat suami CEO.Ehh ko jangan ingat aku ni perempuan materialistik pulak.Aku jadi macam tu mungkin sebab terpengaruh dengan novel-novel yang aku dah baca.

Hahaha disebabkan aku yang suka berangan ni,dapat laa aku menjana idea.Untuk apa?Mestilah untuk novel aku.Yuhuuuu eksited tahap dewa nak menaip cerita ni.Disebabkan kekangan masa,harapan terkubur begitu saja.Kalau ada idea pun tulis dekat atas kerta A4 jah dulu.


Hahaha tak nampak pun ciri-ciri perempuan materialistikkan.Taring aku mahal tu,,Yah sambung balik cerita pasal suami tu.

Memang laa betul aku berangan macam tu tapi minta jauhlah dari sifat gedik..hushh sumpah tak maw.Dapat yang biasa-biasa jah pun okay yang penting dia ikhlas sayangkan Dian.Tak perlu seorang lelaki yang kaya-raya tahap gaban kalau kasih sayang tak dapat.

Ehhh gedik sehh aku cerita pasal suami.yuuu tak layak lagi.haha,,by the way jangan lupa vote for TAPAW.Alaa bukan tapaw yang bekas makan tu.Ni TAPAW bintang mencari bintang ye.

Thursday, 20 June 2013

Stresslah Macam Ni !!

Dear Shoko's

Hari ni merupakan hari yang aku rasa boleh menyebabkan aku rasa macam nak bertapuk jah dalam kotak yang diperbuat daripada plumbum.Biar bahan-bahan 'radioaktif' tak dapat tembus.Wahhhhh macam mana laa paper add math aku boleh hilang.

Pagi tadi elok jah aku nengok paper tu,siap tersengeh-sengeh lagi dekat aku.Haiiii paper sah lah kau ni cari nahas dengan aku kan.Kalau aku tak siap semua ni mesti sebab kau.Kalau aku kena bebel esok mesti sebab kau! Sebab kau jugaklah nanti saham aku jatuh.

Tu satu.Satu hal lagi printer pulak buat hal.Amboiiii berpakat yeaaaa,.Ishhh betol-betol mencabar keimanan aku.Pasal printer ni malaslah aku nak share dekat ko shoko's.Memang tak da faedahnya pon kan.Rasa malu pon ada.Sebabnya terserlah kemalasanku nanti.Malulah kak Ton nanti.Mana nak letak muka kita comel yang ada jerawat cenonet ni.





Wednesday, 19 June 2013

Baju Raya !!!!

Dear Shoko's

Baru satu hari ganti puasa rasa macam di dalam bulan ramadhan sudah lagaknya.Weeee,,Ya Allah lambatnya aku nak ganti puasa ni.Bukan apa aku nak terus sambung dengan bulan ramadhan jadi tak la terasa sangatkan.Ye laa first time nanti puasa mesti banyak dugaan.Jadi kalau awal lagi puasa mesti nanti dah biasa.

Weiii kalau dah bulan ramadhan maknanya baju raya mesti nak siapkan dah.wahaha,,Actually aku dah berkenan tiga baju.Tapi dari online boutique yang berbeza,but kedua-duanya dah popular tau and design pun  sendiri punya.Ehmm tapi takkan lah aku beli ketiga-tiga tu kan.Memang tak laa.

Gila ka wehh mesti mama tak bagi,aku bukannya anak Dato' dapat beli berjuta-juta baju.Dalam delima,,ehh tu buah.Dilema laa,,hah aku dalam dilemalah sekarang ni.Mana satu laa pilihan hati ni.eammm?? Tunggu dan lihat jah laa.haha



hahaha makeup Puffy Eyes yang tak menjadi..

Sunday, 16 June 2013

Berdebar-debar !

Dear Shoko's

Aku tak pernah share pasal hati dan perasaan.Ececeh tak pernah konon.Seriously laa tak pernah.Maksud aku kalau perasaan ni ada kena mengena dengan boboi.wahhh sebelum ni memang aku langsung tak terfikir pun nak share.Ya laa malu kot.

Tapi bila fikir balik tak ada siapa pun baca blog aku ni,bolehlah aku luah-luah.hehe.Lagipun ni blog aku kan suka hatilah nak taip apa punkan.So,bolehlah aku share dekat kau kan.hehehe.bolehkannnn

Apa yang aku nak cerita ni mestilah berkaitan dengan perasaankan.Aku memang kuat cemburu.Yes betul.Memang tak boleh dinafikan.Dan aku tak tahu perasaan ghaib apa yang tibe-tiba masuk dekat dalam badan aku ni sampai tengok nama dia jah pun aku boleh berdebar-debar.

Ini betul-betul punya cerita tak ada gurau-gurau macam selalu.Tak ada Lee Dong Wook.haha apa-apa pun dia jadi Lee Dong Wook dalam hati Dian.Hahaha,,baru jah suruh dia buat rambut macam Izzue Islam..sweet tak kita?haha bwekk

Tak tahulah kan kenapa,,asal nengok gamber dia hati berdebar..dengar suara dia hati berdebar..Ishishh insha'allah lah ada jodoh..ehhh siapa dia??hehehe rahsiaa..kalau ada jodoh dengan dia,kita hantar kad jemputan..haha

Okeylahhh byeeee..ada kerjaaaa,,actually nak nengok hijabista



Tuesday, 11 June 2013

Tiba-Tiba Angin Tuttt Datang !

Dear Shoko's

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang.Ekeh,hahaha aku rasalah kan lagu ni agak famous jugaklah dah.First tu ingatkan lagu ni girl yang nyanyi.Tau-tau jah budak lelaki.Ya Allah kejut mak tau!! Serious suara diaaaa macammmm...okay malas sambung.haha

Aku tak tahu angin apa yang tiba-tiba masuk ke dalam perutku yang comel ni.Tiba-tiba ohhh makk pergi toilet.Lari selaju yang mungkin supaya cepat sampai.Rasanya kalau ikut acara lari masa sukan confirm dapat nombor satu.Bukan setakat nombor satu siap dapat anugerah pelari terbaik.

Ya Allah mungkin sebab esok aku dating dengan encik yang serupa Najip Ali tu.Maknanya esok ada add math !!!! kecut wehhh,,sebab mesti esok dah dapat paper.wiiii mungkin aku tau apa result aku.Rileklah Dian tu belum penentu lagi.


Friday, 7 June 2013

Birthday Buah Hati ?

Dear Shoko's

Wahhh hari ni 7/6/2012 laaa,,maknanya hari ni birthday boyfriend sepupu yang paling kacak  cantik di abad ini,,hahaha sorry belated pretty,,actually Dian dah wish melalui whatsapp tapi tak ada balasan pulak,,maybe tak perasaan budak comel ni mesej,,biasalah kalau befday ni mesti ramai yang wish kan,,siapa laa kita ni,,ibarat ikan nemo merajuk dah ni taw,,haha



Sebelum Dian meleter dengan panjangnya lepas ni,,adalah lebih baik letak dulu gambar yang comel lagi ayu dulu,,even gambar tu sama dengan wish birthday Chuki hari tu tak pa kan my pretty sister ? hihi yang penting special taw,,taw,,taw

Even kita sepupu tapi Dian tak pernah anggap seperti itu,,rasanya macam tak sanggup,,lebih sweet kita ini adik-beradik,,tak kisahlah apa pun kan,,tapi sudikah ?? hihi

Kita sekepala,,gedik ? haha maybe not you sis,,Dian saja,,Sorry if Dian tak wish di facebook apa lagi twitter,,twitter ?? okay jauh sangat dah Dian merepek,,sebab apa? Dian tak tahu macam mana nak main twitter !! Menci taw,,kesian betol,,hahaha,,

Alaaa dekat fb kan boleh wish,,jawapannya....."NO"!! but why ? kan lagi senang,,tak mawww,,sebabnya Dian tak boleh nak meleter panjang-panjang !! hehehe



Birthday,,birthday jugak raya jangan lupa plan kita tu,,hihi,,Dian ingat tu,,hihihi,,apa-apa pun selamat hari tua !! hihi LOVEYOU !! muahh muahh,,

Thursday, 6 June 2013

Nenek Kita Pun Boleh Ikut ?

Dear Shoko's

Aku pun tak tahu kenapa tajuk tersebut keluar daripada otak kecil aku,,hahaha,,actually aku just nak share something,,apa lagi jangan lepaskan peluang anda untuk join,,
http://8share.com/my/specials/5wedsays


Wednesday, 5 June 2013

Yeah Finally Dah Imbang

Dear Shoko's

Yuhuuu finally my account work yang selama ni aku abaikan sebab hati telah dibius agar mood kemalasan itu datang dah imbang tadi,,setelah aku tilik,,amboii haha,,check apa laa yang aku silap nih,,salah kira ka apa ka kan,,dan barulah aku teringat ALLAH SWT itu ada,,memohonlah kepadanya,,

And alhamdulillah berkat kesungguhan diriku jugak,,dah imbang tadi,,tau sebab apa??hanya tersalah catat,,hihi see walau kita pandai macam mana sekalipun bila kita tak boleh lupakan kekuasaan ALLAH,,aku sedar aku sangatlah takbur,,

Petang tadi teruja benar aku tunggu kawan-kawan aku datang nak buat kerja math and add math nie,,last-last tak dapat datang jugak,,huhhhh cuak jugak laa,,tapiii apa boleh buatkan,,saborr je laa,,ekehh cerita apa ya g tengah main sekarang dekat chanel RIA nih?ohhhh i see its BUDDYZ !! ehmmm abah aku cakap cerita apa laa nih ?? hahaha tak tengok maka tak cintakan,,eEEeee tapi tak berminat pulak aku,,hihi




Malam nih bolehlah aku bermanja-manja dengan buah hati,,sapa lagi kalau bukan orang dekat atas nih !! hahaha serious engko sangatlah gatal DIAN !! hihi weeee indahnya duniaaaaaaa

Tuesday, 4 June 2013

Si Kacak Daniel Henney

Dear Shoko's

Terasa sedikit cuak menunggu nak connect to internet,,ish time-time ni jugaklah kak MAXIS yang cantik berwarna putih tu sengaja nak jadi ayu,,nasiblah sekarang dah okay,,kau buat lagi sekali siap nahh !!

Ada jugak masa akukan nak nengok the fugitive:plan b nih,,walhal kerja kursus sangatlah melambak-lambak,,actually tak laa banyak mana pun sebenarnya,,akaun ngan ict jah,,kalau aku dah buat awal-awal minggu lepas confirm minggu ni aku dah senang-lenang baring atas kusyen then baca novel Saranghaeyo Arumi ! yang entah kali berapa,,tak pun bolehlah aku layan Istanbul aku datang yang sangat comel cerita dia tu.Sama macam novel tu jugak !!

Ataupun lagi best sambung buat novel tu,,kan best,,akukan suka berimaginasi macam spongebob !! "IMAGINASI!" hahaha,,hummm itu K.A.L.A.U !! terkuburlah angan-anganku disebabkan kesalahan diri sendiri,,haha tak apa tak apa,,tak lama lagi aku dapat cuti panjang,,hihihi

Okay entri semalam aku teruja sangat cerita pasal the fugitive:plan b nihh,,dan hari ni aku nak sambung lagi,,tapi tak nak dah cerita pasal Rain Bi,,hari ni nak cerita pasal seorang lagi pelakon yang handsome dalam cerita tu ! hahhh sapa diaaaa nihhhhhh,,



Terkejut tak terkejut tak ?? hahaha handsomekan ?? mesti dah ada yang jatuh hati,,nasib baiklah aku ni setia,,don't worry my sayang Dong Wook,,tak ada seorang pun yang boleh lawan you,,hihi nak muntah?muntah laa,,tau laa dah mesti jealous kan,,haha

Okay-okay siapa dia ni??hah meh mek kenalkan,,kalau dah tau duduk diam tak pun pergi main jauh-jauh kay,,nama dia nih DANIEL HENNEY!!

Tu nama komersial dia jah,,mungkinlah,,nama sebenar dia ni DANIEL PHILIP HENNEY,,ek eh sama jah punkan,,haha merepeklah aku nih !! Dia ni American actor juga model,,dia lahir 28/11/1979,,mehh kira 2013 tolak 1979,,maknanya umur dia sekarang dah 34 tahun,,alamak dah tua laa !! hahaha dah boleh jadi appa orang tu,,dan dan tinggi dia 1.87m,,

Kalau tak silap aku Acik Lana macam ada guna dia dalam novel karya dia,,tapi aku pun tak berapa pasti laa jugak,,kalau nak tau lebih pasal mamat ni boleh laa search sendiri dekat google ye,,ataupun aku nih dah ketinggalan nak promote diaa,,haha whatever laa,,layan gambar dia jah laa,,












Sumber daripada GOOGLE !! hihi

Monday, 3 June 2013

The Fugitive:Plan B

Dear Shoko's

Disaat orang tengah busy cerita pasal IZZUE ISLAM dah kahwin aku langsung tak tau,,tiba-tiba 'ek eh izzue dah kahwin?serious?',,hahaha see betapa ketinggalannya aku,,actually bukannya aku langsung tak tahu tapi aku saja tak nak ambil tahu,,sebab apa?aku ni jenis bila dah tak minat orang tu memang macam tu,,suka hati dia laa nak buat apa pun,,

Macam cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia yang tengah hot dekat tv3 sekarang,,aku layan juga bukan sebab Tiz  ataupun Izzue tapi sebab cerita tu aku dah baca novel dia,,aku lebih suka Acad yang sebenarnya tu jadi pelakonnya,,siapa..siapa??mestilah Hairul dan isteri dia pulak Heliza Helmi,,tapi entah laa kenapa orang lain pulak,,kalau AIMAN HAKIM REDZA pun okay jugak,,hhihi tapi sepupu aku cakap not bad laa even first time cerita tu dia tak berapa suka jugak,,hehe yes why not kan,,layan je laa,,

                                                                        see kan sesuai jek

Ekeh apa yang aku melalut sampai ke cerita SSID nih,,tajuk entri THE FUGITIVE:PLAN B,,hahaha okay nampaknya yang nih aku memang ketinggalan zaman sangat-sangat,,aku baru nengok cerita nih,,hahaha dulu mama ada cakap 'ada Rain Bi ada berlakon dalam wayang baru" entah tahun berapa tu 2000 berapa lupa dah,,aku just"ohh mesti tak best tu ma",,hahaha agak-agak aku cakap macam tu tak??of course not laa,,gila! nak kena cubit di pipi ngan mama,,macam aku tak tahu yang mama tu peminat setia Rain Bi,,okay lagi laa kalau aku cakap-cakap pasal Rain,,kalau aku cakap pasal LEE MIN HO ?hahh better janganlah,,



Okay berbalik kepada cerita tadi,,aku baru nengok cerita nih di siaran KBSWORLD setiap pukul 3.20 petang,,hahaha sangat-sangat suka cerita nih,,Rain dalam cerita nih kaki perempuan jugak laa dan dia kelakar.tu pun aku tak nengok lagi episode 1,,tapi faham jugak,,haha




Memang best cerita ni,,ekeh sapa yang sebelah Rain tu,,handsome,,hahaha nak tahu sapa?next entry aku share dekat kau ye,,hihi,,apa-apa pun selamat pengantin baru buat Izzue Islam dan pasangan,,semoga jodoh berkekalan dan dapat baby cepat,,hihi

Tuesday, 28 May 2013

Majlis Perkahwinan

Dear Shoko's

Alhamdulillah dah habis exam pertengahan tahun.haha dah empat hari habis baru aku ada masa nak share dengan kau kan shoko's.Siap aku attend majlis kahwin lagi.hahaha jahatkan aku.

Majlis kahwin tu hari sabtu,,tapi hari jumaat tu dah balik buat persiapan.Ya laa kena laa buat persiapan kalau nak majlis tu berjalan dengan jayanya.Tapi apa yang pasti bukan majlis perkahwinan Dian nahh.hihi


Aku pergi pun bukannya ada buat apa pun,,datang then duduk diam-diam,,layan anak buah jah,,hahaha kelaskan aku,,ya aku tau,,aku kecik jah,,bahasa kesatnya pendek,,kannn,,,haha


hahaha dah tak ada kerja boleh pulak aku ngan Shasya buat gwiyeomi,,hishh kelas betul,,


Pada malam hari pula ada acara yang dipanggil 'mandi bedak'.Kiranya masa ni pengantin akan pakai inai sekali.Dan..malam tu juga pengantin menggunakan baju etnik bajau.


Ek eh yang ni bukan pengantin tau,,yang ni pengapit dia saja,,hahaha yang pastinya aku sangat teruja,,nengok sampai terngangah tu !!


                             Sebelah tu blogger lovewithinourheart,,iaitu Nurain How,,sepupu Dian jugak,,

Dan,,dan ini laa pengantin lelaki,,


Aku berada di pihak sebelah pengantin lelaki.Jadi esoknya akan ke majlis sebelah pihak perempuan pula.Dalam jam 9 gitu geraklah.


Bersama sepupu.Comel tak kami ? hahaha


Sebelum ambil makanan snap dulu ye..Sorry eh tak ada layanan VIP.Semua kena ambil sendiri.biasalah tu kan,,


Yang ni gambar terakhir sebelum balik,,tak ada pula gambar pengantin,,hahaha tak sempat nak snap,,actually tak teringat pun dekat pengantinnya time tu,,hahaha melampau betul !


Gambar terakhir bersama my twin !! hihih,,balik tu layan budak kecik ni pula,,


Syok Shekaliii,,hahaha Amani-amani !! Sayang kamo nakkk,,aktifnya jugak,,sesiapa yang nak kurus bolehlah jaga Amani,,hahaha melawakkk,,
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page